24 September 2013

Cerita Ceriti

Salam Hari Selasa...

Tetibakan aku bagi salam...satu perkara yang jah rang...jah rang aku buat kannnnnn... bukan buang tebiat ya...kang ada pulak yang kata dah buang tebiat ke apa...sebenarnya aku dah lama benar rasanya tak update blog ni.  Gambar tak boleh nak transfer...pendrive dah penuh, tenet kat rumah pulak ada masalah...buntu dah kepala nak buat macam mana pun tak tahu dah...

Ehhh ada ke yang perahsan aku dah tukar link blog kat atas nun...saja menggunakan nama penuh sekali dengan nama bapak aku letak...walaupun aku lebih dikenali dengan nama yang sebelum ni, tak perlah...ahkak is redha menukar link itu...kita buat sesuatu itu bersebabkan??? Soooo tunggulah cerita selanjutnya...

Entry kali ni memang tak ada gambar...padahal belambak aje gambar kat dalam phone pintar ahkak, dah tak boleh nak load...biarkan saja...kita cerita ceriti ajelah ya...
Aku sekarang ni kan dah tak ada maid...ahkak is penat tau...bangun mestilah pagikan...pukul 5 dah bangun...kalau ada kerajinan, sempatlah buat breakfast yang simple untuk mengisi perut anak-anak and en suami.  Termasuklah perut ahkak sekali...Apa breakfast yang simple tu??? Paling senang, roti sapu kaya lohhh...nak sedap sikit, lepas tu bakar ler atas dapur.  Kalau rasa vitamin 'r' terlebih pagi tu, gulunglah sausage dengan roti, celup dalam telur yang dah dipukul, goreng aje dalam minyak panas...sodap aje dia orang makan cicah sos cili..ngeh..ngeh..ngeh...Paling rajin, goreng ajelah frozen yang memang ada stok kat dalam peti ais.  Bagi aku tu semua kira menu simple lah.  Kalau tak sempat macam mana pun, air tetap kena buat.  Bagi aku, macam mana lambat pun, tak sampai hati nak biar perut dia orang kosong pepagi tu...mithali lah sangatkannn...yang bersekolah pagi pun hanya yasmin aje...so selalunya aku paksa dia minum teh o suam or hot chocolate. Tu ajelah pun yang sempat nak buat kalau dah lambat...untuk en suami haruslah nescafe 'o'!

Tu breakfast...untuk lunch, dia kan sekolah pagi petang, adalah duit belanja.  Lagipun kat nursery memang dah provide lunch.  Untuk abang eimran, pandai-pandailah nak hidup! hahaha...kejam sungguh mak ko bang...

Yang selalu buat aku pening adalah time dinner.  Haruslah makan nasi kannnn...kesian kat diaorang dah lite-lite dari pagi...tu pun kadang call aku, tanya kat mana...dah lapar ni.  Aku pulak kalau dengar macam tu mulalah menggelupur kesian kat dia orang.  Mana dan ajelah jawabnya.  Pernah sekali aku masak kari untuk dinner ni, bila en suami balik dia tanya, awak balik awal ke??  alolooooo...kesiannya kat laki den...hahaha...tak ada maknanya balik awal...dalam situasi macam tu, selalunya aku akan beli roti or gorenglah nuget dulu ke bagi alas perut kat anak-anak syurga aku tu.

Memang aku akui sejak tak ada maid ni, tersangatlah penatnya.  Sebab tu bila letak aje kepala kat bantal, terus gone...hahaha...tapi dah few months tak ada maid ni, ahkak is okey saja.  Cuma masa nak bersenang lenang tu dah kurang sikitlah...ehhh kurang banyak you!!!  Macam nak beriadah di pagi sabtu or ahad tu memang dah tak ada.  Aku gantikan dengan membuat kerja-kerja rumah.  Percayalah...berpeluh macam beriadah juga...hahaha...Bab membasuh baju sekolah anak-anak syurga ni...memula dulu aku basuh tanganlah sebab nak menyental yang kotor-kotor tu kan...tapi sejak aku di serang denggi hari tu, aku hantar dobi aje baju sekolah dia orang.  Jumaat malam, kumpulkan semua baju sekolah, hantar dobi...ahad malam baru ambil...siap gosok ok!  Tu cara aku nak meringankan sedikit kerja kat rumahlah...tapi ada sorang kawan aku pulak ajar teknik nak menghilangkan kotoran tu...malam hari rendam aje baju sekolah dia orang dalam mesin basuh...esok baru jalankan mesin tu...aku dah cuba juga hari tu, tapi still ada part yang kena gosok dengan berus juga.  

Paling tak boleh tahan adalah bab melipat kain baju...tak ada ke orang nak cipta mesin melipat kain baju ni...bab membasuh sedap aje...pantanglah tengok hari panas...laju aje aku mesinkan semua tuala ngan cadar...bab nak melipat...sangatlah bercinta.  Ada jiran aku tu pun lebih kurang aku juga, dia siap sediakan sorang satu bakul untuk anak dia...anak dia 3 orang aje...kecil2 lagi tak apalah.  Anak ahkak 4 orang, campur makbapak jadi 6.  Nak kena ada 6 bakul...huishhh banyak tu...Boleh di pertimbangkan juga idea tu...Paling sadis bab stokin en suamilah...memula dulu asyiklah hilang sebelah...sekarang ni nak tau aku buat macam mana????  Biarkan aje kat ampaian..hahahaha...nak pakai ambil kat ampaian...tapi kalau time rajin aku lipatkan jugalah...sebab dah memenuhkan ampaian...haruslah aku lipat!!!

Pernah sekali aku ambil part time maid datang buat kerja kat rumah...tapi sumpah itulah 1st and last aku panggil...patutnya buat kerja 4 jam...tapi dia buat kerja 3 jam aje.  Sejam lagi duk tengok TV dengan anak2 aku sementara tunggu majikan dia datang ambil.  Ada yang kata, kena suruh buat kerja...aku ni kalau baru kenal cam tu tak pandailah nak suruh-suruh buat kerja.  Bagi aku, ko dah memang dihantar buat kerja rumahtangga, sepatutnya tahulah nak buat apa.  Ni asyiklah duk tanya nak buat apa? nak buat apa?  Last aku suruh dia lipat baju...sudahnya aku juga yang kena lipat balik.  Bila abang eimran dengan en suami balik, aku tanya ada apa-apa perubahan tak kat rumah...tak ada apa pun...dengan mimik muka tau dia orang buat...hahaha...ayat tambahan en suami, membazir aje bayar kat dia orang...baik awak bayar kat saya, beres semua kerja!!! Cisss...sabar ajelah aku!  So sekarang ni...akulah yang buat semua kerja kat rumah.  Tapi kalau angin puting beliung aku datang, aku kerah juga yang besar2 tu buat kerja.  Macam abang eimran, bolehlah diharapkan untuk basuh bilik air dia...sendiri guna...sendiri jagalah ya tak?  kalau rasa nak bersih, sentallah kuat sikit...kalau suka aje tengok berdaki tu...fikirlah sendiri...hahaha..

Mungkin bagi ibu-ibu yang tak bekerja tu tak ada masalah kot...macam aku ni bekerja...keluar pagi balik malam.  Keluar tak nampak matahari balik pulak matahari dah tenggelam.  Kalau time sampai rumah tu tengok anak dah tidur...sedihnya rasa hati. Esoknya nak pergi nursery pun tak bangun lagi...sedihhh...sedih sangat aku rasa!  Tetiba aje rasa nak nangis...

Kerja-kerja kat rumah memanglah tak pernah habis...dapat pulak kalau ada yang baju tak boleh basah sikit...aduhhhhh...aku pula yang rasa nak nangis...dah asyik kerjanya nak menyalin baju aje...ahkak is tensi okey!  patutlah bakul baju kotor aku tu tak pernah kosong!!!

Tu baru kerja rumah tangga...belum bab nak mengintai kerja sekolah dia orang.  Yang tu nantilah aku cerita kat dalam entry yang lain.  Cukuplah takat ni aje luahan hati ibu yang bekerja...hahahaha...luahan hatilah sangat...jangan muntah okey...aku menulis untuk tatapan anak-anak syurga aku tu dan en suami walaupun aku tahu dia tak  baca.  Tak per...satu hari nanti aku paksa juga dia baca...hehehe...

Dan terima kasih pada korang yang sudi datang baca...datang lagi ya...

17 September 2013

Ke Pusat Sains Negara

Kali ni tadika Danial buat lawatan ke Pusat Sains Negara.  Ini pun di tangguh seminggu dua atas sebab yang tak di nyatakan.  sepatutnya pergi akhir august kalau tak silap aku, tapi dapat surat awal sept.  Tak kisahlah, janji pergi kannnnnnnn...Awal pagi lagi kita orang dah menghantar dia ke sekolah.  Asalnya dia sepatutnya pergi dengan Qaseh, tapi pagi tu qaseh tukar fikiran tak nak pergi...gehhhrammmm aje aku....
Qaseh tak nak pergi sebab bibir dia berdarah kesan jatuh beberapa hari sebelum tu. Sayang sangat dia dengan luka tu sampai tak kasi sorang pun bersihkan.  Aku nak mengelapkan kesan darah tu pun tunggu dia tidur nyenyak, baru boleh lap perlahan-lahan. Kalau dia sedar haruslah meraung-raung...diakan drama queen!
Anak-anak syurga di beri makan pagi sebelum menaiki bas.  Danial manalah suka nak makan kuih pagi-pagi tu...air solivite tu laju aje dia habis kan...karipap tu tak boleh nak masuk agaknya.  Cikgu pula duk paksa, sapa tak habis tak boleh pergi...jenuhlah danial suruh aku tolong habiskan...aku suruh dia makan sikit-sikit, tak mahunya dia...kalau roti laju aje.
Ni dah beratur kat bahagian luar sekolah...sementara menunggu bas yang tak sampai-sampai...Lotih den menunggu...Agaknya dalam 8.30 pagi baru sampai!  Jangan ingat aku sorang aje yang duk sibuk ambil gambar anak ya...belambak yang sibuk ambil gambar anak masing-masing.  Baik mak baik bapak...ada yang siap naik atas bas lagi!  Masa ni ajelah pun boleh simpan untuk kenangan, ya tak???

Okey tu ajelah pot pet aku petang-petang ni...terima kasih datang baca.

Jamuan Raya Kejiranan

Kejadian berlaku di penghujung Syawal yang lalu.  Memang dah penghujung betul.  Aku pergi dengan anak-anak aje.  En suami bekerja.  Actually mereka yang menjayakan majlis ni dah hantar surat awal-awal lagi...aku aje yang bertangguh nak memberikan jawapannya. Setiap rumah di kenakan bayaran sebanyak RM 50 sahaja.  Tak kiralah dalam tu ada berapa orang dewasa, tetap bayar RM 50 juga.  Gambar atas tu aku baru sampai, so kenalah register untuk mendapatkan doorgift.
 Ini doorgiftnya...cantik bekas tu.  Kat dalam tu ada gula-gula, coklat dan macam-macam lagi.  Bekas untuk ibu, jajan untuk anak-anak..
 Ini sebahagian dari juadah yang di sediakan
Ada macam-macam makanan, BBQ saugsage dan  lamb.Tu ada nasi impit, satay,
paling istimewa tapai yang di bungkus dalam daun getah.  Aku memang tak suka tapai, so
tak jamahlah tapai tu...sapa yang makan kata memang sedap dan susah nak jumpa yang dibungkus dalam daun getah!
  1.  Ini pula mee bandung tulang.  Dalam bekas yang di sediakan ni memang ada tulang!

 sebahagian dari decoration...mujur pasang khemah malam tu,
hujan bagaikan mencemburui kami...hehehe
Ada sesi cabuatan bertuah juga.  Aku dapatlah jug air.
Last sekali sebelum balik, sesi bergambar juga.  Time ni
sesi untuk anak-anak...tu yang kak min dan danial dah duduk dulu...
Tu ajelah nak cerita...terima kasih datang baca

16 September 2013

Addicted

Semenjak dua menjak ni, aku selalu mengantuk time kerja...
so old town white coffee lah penyelamat keadaan.
Masa mula-mula diperkenalkan dengan minuman ni...cewahhh ayat aku...
tak adalah macam sedap sangat...tapi celiklah juga mata
Lepas dah dua tiga kali minum...tak boleh 
miss dah nak minum aje hari-hari...
Menurut kawan aku, yang perisa hazel nut ni memang sedap
rasa lemak-lemak gitu...dan aku pula tak boleh
kehabisan stok...dah tinggal satu sachet tu
cepat-cepat pergi cik din nak restock balik.
Perisa yang lain aku tak cuba lagi, rasanya tak naklah cuba
nanti addicted pulak...hehehe
Terima kasih datang baca.

14 September 2013

Sepetang di Alamanda

Selepas menjamu selera kat Cibiuk tu, teruslah ke Alamanda...Tujuan asal nak ke Setia Alam, tapi memandangkan jauh sangat Setia Alam tu, so ke Alamanda ajelah kita. Kebetulan pulak ada abang badut tu, yang kecil ni pun nak lah request belon.  Danial nak pedang, qaseh request mickey mouse tapi dia bagi teddy bear...okeylah tu.
Tak sangka pulak budak kecil ni tak takut nak bergambar dengan abang badut tu...
  Jalan-jalan turun naik mall tu, tak bolehlah nampak mainan ni
mesti nak naik juga...tapi masa ni, ni ajelah satu yang
dia orang berjaya naik...yang lain kena tunggu turn
omak eh is tak kuasa nak menuggu...sorry anak...
 my girl, sweetheart, peneman setia
 dia orang ni, nampak aje aktiviti untuk kanak-kanak
lukisan kat tangan pula
 qaseh pun sama
abang eimran dah besar, dia tak nak dah join adik-adik dia 
buat lukisan kat tangan ni...
okey, semua dah kenyang...dah bergembira jomlah kita
pulang ke pangkal jalan.  Tamatlah sesi riadah bersama
anak-anak...ada masa terluang lagi nanti kita
jalan-jalan ya...
Terima kasih datang baca.

13 September 2013

JJCM-Cibiuk Restoran @ Bangi

Lama dah kami berjjcm ke Bangi ni.  Tak ingat tarikh sebab memang dah lama bebenor. Lama tak lama masa bulan raya hari tulah.  Kita orang kan tak berjalan raya sangat, so hari tu sebelum ke Alamanda, singgahlah makan dulu kat sini.  Aku lah tu yang ajak, dah beberapa kali asyik lalu aje, apalah salahnya singgah sekali kannnnnnnnn...kata JJCM...
Ini restoran Indonesia, tapi sunda...lebih lanjut aku tak tahulah ya.  Tapi menyibuk juga tanya kat waiter tu, cibiuk tu apa? Itu nama kampung kat Indonesia...oohhh...okey jom tengok apa yang kita orang ngap hari tu...
 Sambal ni nampak biasa ajekan...tapi sumpah sedap siap minta tambah lagi...
Ini nasi goreng untuk kak Min.  Tapi knowing her yang memang tak habis, lagi pun portion banyak...share lah dengan ibu, danial & qaseh.  Dia orang makan sesudu dua aje.  Yang lain kenalah omak eh ni yang perabihkan...tak baik membazirkan.  Lagipun nasi goreng tu memang sedap.  Ayah dan abang eimran makan nasi ayam penyet...dua-dua pun bagi feedback yang sama- sodap sangat!
 Ini air aku-alpukat ke apa namanya...lupa
air orang lain aku tak ambil gambar, dia orang ni selalu bising sebab
aku asyik nak ambil gambar aje...so ambil lah gambar air sendiri...huk..huk...
 untuk aku, pisang keju ni aje. aku oder ni
sebab masa pergi jakarta hari tu tak dapat pun makan pisang keju 
yang famous kat sana...so makanlah kat tanah tumpahnya darah ku...
Bila tengok pisang keju ni...huk alahhhh...sonang bangat membuatnya...
pisang tu di balut dengan roti, golek atas breadcrumbs dan goreng.
taburkan cheeseeeee...tapi kat sini, selalunya roti tu 
dibalut dengan sausage letak keju...
 Keadaan dalam restoran...kita orang makan kat sebelah luar...berangin aje...
 Ni pun kat bahagian dalam...ada ulam-ulaman dan aneka sambal belacan juga...
semua ni FOC...rasanyalah..
Dah makan kenyang, jomlah kita bergembira ke Alamanda pula
Terima kasih datang baca.

10 September 2013

Ais Krim Nutella


stok nutella ada 3 botol kat rumah.  hari tu saja try test buat ais krim nutella.
blend aje dua bahan kat atas tu sampai pekat dan likat.  lepas tu curah kan aje 
dalam bekas ais krim batang.  aku punya bekas tu dah hilang...so curah aje dalam
bekas biasa...simpan semalaman dalam peti sejuk...tapi kat rumah aku standardlah...tak ada maknanya nak simpan semalaman...lepas sorang-sorang cuit ngan jari rasa
dah keras ke belum...hasilnya memang sodappppppp...
nak buat lagi tapi takut 'demuk-demuk' pulak banyak 
sangat makan nutella...
Tu jerlah nak bagitahu.  Terima kasih datang baca...

Takut tapi nak tengok juga

 Gelak aku tengok aksi dia orang bertiga ni
Ada hati nak tengok cerita hantu, tapi bantal sorang satu dah siap standby
 Menengok cerita zizan ni...apa ke tajuknya...Hantu Bonceng kalau tak silap
"bang...tolong saya bang..." Danial sampai menangis-nangis aku sakat
Gaya kan main hero lagi...hahaha...
Kan main concentrate masing-masing menegok tv...
bila part seram kat hospital tu...hahaha...laju-laju
tutup muka dengan bantal...
Penakut...tapi nak tengok juga...lepas tu masing-masing
berhimpit tidur ngan aku...
Terbaru cerita Hantu Kak Limah balik rumah pun 
masing-masing sibuk nak tengok...lepas tu mengelupur
takut...tu pun ada aku snap gambar...
Tu ajelah nak cerita...terima kasih datang baca.

09 September 2013

Bila Yasmin Menulis


Aku suruh dia tulis nak beli barang dapur. Aku cakap dia tulis. Bila suruh baca balik...eh bila masa ibu kata beli keropok dengan cokelat? Sesedap rasa aje dia masuk kan dalam list tu...alaa bolehlah...

Sekali bila pergi giant bukan main sakan dia orang ambil itu ini...maklumlah ayah tak ikut, laju aje tangan dia orang mencapai barang...terutama qaseh...haii lah budak kecil ni...tiap kali ke giant or tesco mesti nak beli kaler pensil...lepas tu bersepah...tensiii tau!!!

Itu ajelah nak cerita. Sebenarnya nak mencuba update blog dari hp. Kalau berjaya Alhamdulillah...kalau tak berjaya kita cuba lagi ya...Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails