24 Disember 2013

Warkah Buat Ibu dan Ayah

Haahhh nilah surat cinta dari anakanda yasmin.  Masa dia bagitahu ada surat untuk aku tu,  aku ingatkan surat dari sekolah...sekali bila dia tunjuk envelope terus laju aje aku sambar nak baca.  Untuk ibu dan ayah...Nor Yati, Mohd Zulkifli...tengok envelope pun dah rasa sayu hati...hahaha...Envelope bunga bunga.  Mesti ustazah yang bagi ni.
i love you too darling...
Lepas baca aku peluk-peluk lah dia...janji tau jangan bagi ibu marah...hehehe...Lepas tu tunggu ayah balik pula...nak pass surat tu kat dia...kan untuk ayah dan ibu...ayah dia yang gagah tu pun terharu baca surat anak dia.  Moga yasmin jadi anak yang solehah.

Terima kasih datang baca.

20 Disember 2013

Yasmin

Hari ni aku nak cerita pasal yasmin.  Dari penghujung November hari tu aku hantar dia ke kem hafazan berdekatan dengan rumah.  Mulanya dia nak tidur kat situ tapi aku yang berat hati nak bagi kebenaran.  Aku belum bersedia nak lepaskan dia untuk berdikari lagi...uhuk..uhuk...Dan hari ni merupakan hari terakhir dia menghadirkan diri ke kem hafazan tu. 

Masa nak mendaftarkan dia ke kem ni hari tu, Yasmin yang sendiri minta nak pergi kem hafazan ni.  Kalau abang eimran...huk..huk..huk...terbatuk omak eh nak suruh.  So pagi-pagi sebelum ke office aku kenalah hantar dia dulu lepas tu balik pula orang nursery tempat dia transit tu akan tolong ambil dia setiap petang.  Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi dia tak ada kawan yang sama nak balik ke nursery.  Paling selamat bayar ajelah kat orang nursery untuk ambil dia waktu petang.

Kiranya kem hafazan ni setiap hari selama 4 minggu.  Kira sebulanlah kan.  Tapi yang aku risaukan hari tu sebab dia kekurangan baju kurung.  Kalau ada pun sepasang baju kurung masa raya.  Mujur ada 2 helai jubah yang aku beli kat Jakarta dulu.  So tak kan 3 helai nak ulang selama 4 minggu kan?  Aku tempahkan lagi satu baju kurung yang biru gambar atas tu.  Nasib baik boleh siap cepat.  So itulah yang dia duk ulang pakai.  Tapi dia lagi suka pakai jubah...

Nampak sangat yang yasmin ni dah remaja tau...pepagi tu kalau dah bersiap, siap tanya nak pakai tudung apa...aku suruh pakai aje tudung yang ada...tak nak pula, tak sama kaler dengan baju katanya...amboi..amboi...pandai dah nak match match macam ibu juga ya...dia memang suka pakai tudung aku...tudung kanak-kanak dia tak nak pakai dah. 
Ni gambar pagi tadi...hari terakhir nak ke kem hafazan.  Alhamdulillah sekarang dia dah hafal beberapa hadis dan surah.  Malam tadi pun gigih suruh aku dengar dia nak menghafal sural al-waqiah.  Lagi satu aku perhatikan dia kalau nak masuk tandas mesti baca doa...walaupun masa tu dia tengah terkepit-kepit nak terkucil, tetap tadah tangan kat depan bilik air...Kalau aku minum berdiri, mesti dia tegur suruh minum duduk...terus aku terduduk...hehehe....

Ada sekali hari tu, aku membebel sebab rumah bersepah...dia kata tak per, biar amin sapu.  Aku ingatkan setakat sapu ajelah, sekali dia siap mop lantai lagi.  Terus aku puji dia melambung-lambung...saja nak kasi abang eimran jeles...ko ingat dia nak jeles...tak pasal-pasal dia kata kita orang dah ada bibik baru...kurang hasam betul!!

Dua hari lepas yasmin ada bagi surat untuk aku dgn ayah dia.  Mesti ustaz dan ustazah yang suruh tulis.  Mana ntah gambar tu, nanti kalau dah jumpa aku post entry ya.
Kat kem ni dia tak ada ramai kawan.  Dia cuma rapat dengan sorang kakak sekolah menengah yang dia panggil kak sue.  Padahal ada juga budak darjah 4 tapi sebab sekolah lain-lain jadi macam tak boleh nak ngam dengan dia.  Masa minggu pertama lagi dia cerita kat aku yang budak-budak tu suka cakap bisik-bisik...sekali dia sound kat budak tu, kita datang sini nak belajar, kalau tak nak kawan sudahlah...hahhh hambek kau!
Jadi sampai ke sudah dia memang baik dengan kak sue tu ajelah.

Dan esok ada majlis penutup untuk kem ni.  Dia kata ada persembahan.  Sebab dia terlibat sama dalam persembahan tu, kenalah aku bagi semangat sikit dengan menghadirkan diri esok.

Tu ajelah cerita dan kisahnya.  Terima kasih datang baca.  Sekarang ni tahap kemalasan melonjak-lonjak.  Malas segala-galanya...dah masak, malas nak ambil gambar.  Malas nak update blog, tapi nak berblog!  Dah hujung-hujung tahun ni mood semua ke laut.  Tunggulah tahun baru nanti, mesti ada azam baru nak update blog tiap hari...hahaha aku lah tuuuuu...

12 Disember 2013

Kadar Baru Tol 2014

Just nak kongsi dan sebagai panduan dan rujukan juga nanti.  Almaklumlah ahkak kalau balik kampung ikut LEKAS...so nanti tahulah berapa nak siap-siapkan duit tol...

Untuk lebuhraya Sg Besi-KL S'ban tak naik ke?  kalau ikut list kat bawah tak ada...

‎LEBUHRAYA‬ SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00


LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMASARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00


Tu aje nak share hari ni.  Terima kasih datang baca...

11 Disember 2013

Back To School Part 1

Ahkak kan suka part by part ni...so redha ajelah membaca ya...Tahun 2014 nanti menyaksikan anakanda Danial melangkah kaki ke alam persekolahan.  Surat untuk orientasi pun dah dapat dari pihak sekolah.  Dah dapat surat barulah bersemangat membeli baju sekolah dia.  Saja aku beli cap canggih, sebab kain dia tebal sikit.  Almaklumlah anak lelaki aku tu super aktifkan...Sedangkan abang eimran yang 'sedang-sedang' tu pun koyak juga lutut seluar sekolah dia dulu, inikan danial...hanya emak dia aje yang tahu...uhuk..uhuk...

Ni baru sepasang aje baju aku beli.  Nak try test dulu, kalau okey baru beli lagi dua pasang kot...Baju untuk sekolah agama pun tak beli lagi...Aku dah jeling-jeling juga bahagian beg sekolah...harga dalam RM 39.90, okeylah tu...next round boleh sambar beg sekali.
Stationery pun aku dah siap-siap beli.  Tapi tak nak bawa balik dulu.  Nanti tak sempat tunggu nak masuk sekolah semua dah berterbangan.  Dah nak buka sekolah nanti baru aku bawa balik...Tak tahulah stok tu tahan berapa lama.  Dia orang ni pesen suka mengasah pensil...
Ni harga tudung sekolah.  Aku ambil gambar ni untuk kawan aku...dia pesan suruh tengokkan harga tudung...Dah tua-tua ni ahkak pelupa sikit...ada pula gadget canggih, ambil ajelah gambar kannnnnnnnnn...Yasmin punya tudung rasanya boleh pakai lagi untuk tahun depan.  Lagipun ada sehelai yang baru beli bulan 9 ke 10 hari tu...

Okey tu ajelah persiapan untuk persekolah anak-anak aku.  Kalau ada borong yang lain nanti aku update lagi ya.  Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails