12 April 2020

Borak-borak kosong

Assalamualaikum.

Haritu kan semangat lagi aku nak update blog, tapi tetap ke laut dalam juga. Vitamin 'M' banyak sangat. Tapi harini ku gagah kan jua nak menulis sikit. Tak ada apa yang menarik pun, 
asyiklah duk tunjuk gambar makan-makan. 
Kat IG pun tetiba banyak pula gambar makanan. 

Sungguh aku tak tahu dah harini hari yang ke berapa PKP ni. Tapi tahu kena sambung lagi 2 minggu. Sedih tu memanglah sedih tapi demi keselamatan semua, bertabahlah kan.

Semalam aku terajin pula buat pisang goreng. Gila lama tak buat. Pisang tu pun sebab dah salah beli. Haritu beli nak buat pengat pisang tapi en suami kata salah pisang...pisang yang aku beli tu sesuai untuk goreng.

Ni bukti aku yang goreng. Cicah sambal kicap. Habis juga.

Lepas tu en suami ajak gi pasaraya CS dekat je dengan rumah. Sebenarnya pagi tu dah pergi, tengok orang beratur panjang, kami pergi tesco.
Sama juga. Malahan lagi panjang. En suami ajak balik suruh datang petang.
Ni kat pasaraya CS. Beratur lama, sekali bila masuk dalam suruh beli dalam masa 30 minit. Asyik duk buat announcement suh cepat-cepat. Aku rasa macam masuk program supermarket sweep je. 

Aku mencari essence vanilla dari minggu lepas tak ada. Kat CS ni pun tak ada. Singgah speedmart, kedai aceh kat rumah semua tak ada. Musim PKP ni ramai orang duduk rumah buat kuihkan, tu yang habis essence vanilla.

Ni tempe goreng ciliapi aku buat hari apa tak ingat dah. Resepi legend ni. Senang sangat. 
Ciliapi tumbuk kasar dengan bawang merah dan bawang putih. Lepas tu campak masuk kuali. Sebelum tu tempe goreng dulu dengan kunyit dan garam.  Dah masak ciliapi tu, perasakan dengan gula sikit. Aku tak letak garam sebab dah letak kat tempe. Agak dah sejuk sikit, baru temukan tempe dan ciliapi dalam kuali. Biar mereka mesra bersama. Ohh lupa...bawang besar dilupa jangan.

Oklah...terima kasih datang baca. Jangan lupa try test tempe ciliapi tu ya. 


01 April 2020

TB: Yasmin admitted

Assalamualaikum.

Aku nak buat sikit 'baling belakang' sebab tengah rajin dan banyak masa ni kan. Kisah berlaku ramadhan tahun 2019. Kiranya hampir setahun jugalah ni. Saja nak simpan dekat sini.

Yasmin kan duduk asrama, jadi bila ustazah dia call pagi-pagi(tak lah pagi sangat) mestilah mak is debar-debar kan. Terus jawab. Rupanya dia sendiri yang called suruh datang ambil sebab dia sakit tekak. Lajulah mak dia half day emergency. Demi anaklah katakan. 

Tapi sebelum gerak ambil Yasmin, kenalah ambil yang dua ketul ni. Mana boleh tinggal. Lagipun buat peneman mak. Ok jom gerak ambil kakak...
Sebelum pergi hospital, kami dah pergi Klinik Kita dulu. Sampai habis ubat, tak baik juga baru pergi hospital.  Tengok gambar tu pun tahu dah Yasmin sangat sangat takut. Bukan sikit-sikit punya takut. 

Masa admitted tu, kitaorang pergi lepas subuh. Sebab memang doktor suruh datang pagi. 

Masa ni aku dengan Qaseh yang menunggu dekat luar bilik operation. Sempatlah mak selayang dua. Tak ada orang, sejuk sangat. Lagipun masa tu bulan puasa, bertambah-tambah sejuknya. Dekat 2 jam jugalah menunggu.

Bila habis operation, Yasmin menangis sebab sedar-sedar tak ada muka mak dia. Dia terus nak bangun macam orang mengelabah tu. Terus sakit kepala pula. Nasib baik ada nurse yang tolong tenang kan dia. 

Kenalah bermalam 1 malam kat hospital. Akulah dengan Qaseh yang teman kan. Jadinya, yang lelaki tinggal kat rumah berbuka dengan ayah diaorang. Sahur semua terlajak perahu...

Ni gambar bulan December lepas masa checked gigi. Yasmin juga yang takut. Dia punya takut tu, masa tengah tunggu dia genggam tangan aku punyalah kuat...tengok dia genggam tangan sendiri pun tahu dia tengah takut kan..

Masa kecil pernah juga bawa pergi klinik gigi ni, dia punya meraung tahap boleh dengar sampai keluar klinik. Ingat masa kecil je, membawa pula sampai ke besar. Mujurlah gigi dia elok tak ada masalah. Selamat lah dia.

Terima kasih datang baca. Cerita lama pasal Yasmin. Tunggu cerita lain pula ya. 



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum.

Apa khabar?  Lama betul tak menulis kat blog kesayangan aku ni. Tapi sementara tengah kena PKP ni, harapnya aku rajinlah mengupdate aktiviti aku dan keluarga kat sini ya. Doakan lah ya. 

Untuk permulaan PKP ni, masing-masing rajin sangat masak-masak kan. Termasuklah ahkak.
Jom tengok tahap kerajinan ahkak berada diskala berapa. 


Ni menu awal-awal PKP haritu.  Sebab aku yang teringin sangat nak makan mee goreng, semua isi rumah kenalah ikut selera chef yang masak.
Ni pula kudap-kudapan minum petang membawa ke malam. Sebenarnya aku nak habiskan stok mee siput ni. Dah lama sangat dalam simpanan. Rasanya dari tahun lepas punya stok ni. Bila dah goreng, lajulah habisnya. Nak kena tunggu habis PKP ni, baru aku boleh restok mee siput ni.
Baru beberapa hari duduk rumah dah tx tahu nak masak apa kan...ni pun gara-gara nak mencuba kuah perapan black pepper beli dengan kawan ofis aku. Kuah tu sebenarnya untuk perap kambing tapi boleh aje kalau nak perap ayam juga. Sebab semua anak-anak ada dekat rumah, buatlah ayam bakar black pepper tu. Sedap. Aku rekomen siapa nak cuba. 
Masakkan maggi kari ni dah malam. Aku dah nak tidur. Aku guna perencah kari ikan tambah dengan 1 je rempah maggi. Yang lain tu apa aje yang ada dalam peti ais. Dua kali dah masak maggi kari macam ni. Selesai.
Disebabkan Yasmin ada ajak pergi family mart haritu sebab nak makan oden ni, jadi mak dia buatlah kat rumah. Nak pergi family mart tak boleh kan. Nanti tx pasal kena tahan dengan polis. Makan je yang mak masak ya nak.
Nasi goreng sap sap soi ni entah hari ke berapa tak ingat dah. Sarapan pagi. 
Dalgona coffee tu ada buat tapi tak ada ambil gambar. Dalgona milo pun ada buat. Ni semua atas kerajinan Yasmin dan Qaseh. Diaorang yang rajin nak menggodak nescafe dengan milo tu, dah siap terus suruh aku minum. Tak sempat nak posing-posing dulu. Tapi yang atas tu, en suami yang buat. Mangga float. 
Ni menu berbuka puasa masa 1 Syaaban hari tu. Kari kepala ikan merah. Ni pun air tangan en suami. 
Ni onde-onde menu masa berbuka juga. Perisa mangga dan ros. Idea en suami lagi.
Sambal telur pecah ni ahkak yang buat. Untuk anak-anak yang tak puasa. Nak makan sedap kena tunggu ayah diaorang masak masa berbuka. Kalau mak masak, yang ringkas-ringkas tapi sedap. Eehhh...sedap ke??
Menu berbuka harini. Bukanlah makan bubur pulut hitam semata, ni pemanis mulut je. Diaorang makan ni dulu, lepas tu terus solat maghrib. Maghrib sekarangkan pendek masanya tu yang suruh makan bubur dulu.
Menu utama harini ayam masak black pepper. Tak ada gambar. Menu tu atas permintaan Qaseh. Walaupun budak kecil tu tak puasa harini, tapi menu ikut pilihan tekak dia. 

Wahhh banyak juga ya dah masak bersama dengan en suami....hahahha..kena kredit nama dia juga. Tunggu esok menu apa pula.

Terima kasih datang baca. Jangan lupa ikut arahan polis dan kerajaan ya. Duduk rumah.
#kitajagakita

06 November 2019

Cerita Di Bulan November

Assalamualaikum.

Tora dah lagi...

Dah nak hujung tahun 2019, kenalah munculkan diri juga.

Tahun ni, sebulan dua yang lepas, beberapa orang yang aku kenal telah lebih dulu pergi bertemu penciptanya.

Bulan August lepas, biras aku yang hampir setahun terlantar sakit akibat strok meninggal dunia di Hospital Ampang.  Kebetulan aku baru aje balik dari ziarah dia di hospital.  Tak lama lepas aku sampai rumah, dapat berita sedih ni.

Sebelum tu, penghujung July, suami kepada kawan baik aku meninggal akibat kanser di PPUKM.  Tahu sakit dalam bulan April, aku sempat melawat dekat hospital, dua tiga hari lepas tu dah tak ada.  Tapi aku respect dekat kawan aku, nampak dia sangat tabah dan kuat.  Kalau aku, tak tahulah nak cakap...

Bulan September, jiran yang juga ustaz dekat sekolah anak-anak aku dikejarkan ke hospital.  Pembuluh darah pecah.  Umur ustaz ni dalam 45 tahun kalau tak silap.

Dalam masa sebulan, suami kepada penjaga anak-anak aku pula meninggal.  Umur dalam 48 tahun rasanya.  Sama juga pembuluh darah pecah.  Arwah dah muntah-muntah dari rumah.  Isteri ajak pergi hospital dia tak nak.  Sampai 3 kali lah duk pakaikan baju dia buka.  Dia pengsan baru dapat bawa ke hospital.  Qaseh menangis-nangis talipon aku bagitahu abi dah meninggal.  Sedih juga lah aku...

Yang terbaru, suami kakak yang selalu jual nasi lemak kat area rumah aku ni meninggal sebab pembuluh darah pecah juga.  Tu semua sebab darah tinggi kan.  Kalau dah ada darah tinggi tu janganlah cuba-cuba nak ngelat makan ubat.  Tu ingatan untuk diri aku sendiri.  Aku dah hampir 10 tahun makan ubat.  Lepas bersalin qaseh, tak hilang pula darah tinggi tu...menetap terus dalam badan.

Mati itu pastikan...cuma tak tahu bila.  Sebab tu kita sentiasa kena buat kebaikan kan...banyak aku baca pasal peringatan macam tu.  Kadang-kadang terlalai juga...
Sebab tulah orang selalu kata, insaf sekejap je...Allahuakbar....janganlah aku macam tu.

Semua benda kat dunia ni kan tak kekal...tak perlulah kita duk risau nak tinggalkan itu ini kan...Kadang-kadang orang-orang yang sayang kita pun sedih takat 2 ke tiga hari je.  Lepas tu hidup kena diteruskan.  Paling lama pun bersedih sebulan dua lah...

Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk semua arwah-arwah ni.  Semoga mereka ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh.

Tu jelah update terkini dari aku.  Semoga ada kerajinan untuk menulis lagi lepas ni.

Terima kasih datang baca.  



Related Posts with Thumbnails