19 April 2019

2019

Assalamualaikum...tak jawab dosa.  Jawab dalam hati kan...tak per aku tahu...

Selamat tahun baru 2019, yang paling hampir, salam nisfu syaaban.  Lepas tu dah nak puasa, selamat menjalani ibadah puasa.  Hambekkk...semua aku bagi terus.  Almaklumlah dah lama tak menulis, dasar mood tak mari-mari langsung.

Untuk  post yang pertama di tahun 2019 ni, aku tak berjaya nak masuk kan gambar-gambar lagi.  Agak menguji kesabaran nak transferkan gambar dari handphone pintar ke laptop ni.
Harini aku menulis di laptop.  Selepas sekian lama asyik menulis dari handphone pintar guna app bloggeroid tu.  Aku pun tak perasan hamba Allah manalah yang pergi delete bloggeroid kat handphone aku.  Tengok-tengok dah tak ada. Nak tak nak kenalah guna laptop semula.  Bagus juga, lama dah tak menaip, hampir hilang skill menaip aku ni.  

Sempena tahun baru ni, walaupun dah 4 bulan berlalu, bermakna bertambahlah usia kita semua ni kan.  Anak-anak meningkat usia, kita makin tualah maknanya tu.  Aku pun nak dekat 50 dah...macam tak percaya aje.  Allahhuakbar...Dulu harap sangat mati muda, tak banyak dosa...tapi Allah panjangkan umur sampai harini, kenalah banyak-banyak bertaubat kan...

Bila dah berumur ni, nak minta pula panjang umur, nak tengok anak membesar, anak kahwinlah, nak tengok cucu lah pula...haiiii lah manusia, kau dah kenapa??  Syukurlah Allah bagi panjang umur, sihat dari penyakit merbahaya, alhamdulillah...Harapan dan doa aku semoga semua yang mengikut blog picisan aku ni sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah.  Semoga semuanya sihat-sihat selalu.

Untuk entry pertama di tahun 2019, cukuplah setakat ini dulu...Semoga aku diberi kekuatan untuk terus mengupdate blog kesayangan aku ni. Doakan ya.  Jumpa lagi.

 



 
Related Posts with Thumbnails