18 Ogos 2016

Hari Lahir Abang

As salam. Hari ini 18hb August hari lahir anakanda Adam Eimran. Genaplah umur dia 16 tahun hari ni.

Aku malam tadi boleh pula terjaga dalam pukul 12 lebih...lepas tu terkebil kebil mata tak boleh tidur. Capai telefon terus message dekat dia. Ingatkan dia dah tidur, rupanya belum lagi. Aku ingat nak surprisekan dia, bangun pagi nanti tengok ada message dari aku....sekali malam tadi juga dia balas...


Doa ibu supaya abang tabah dan bertahan dalam menempuh kehidupan di asrama. Ibu sentiasa doakan abang agar di lindungi dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih Allah.

Tadi aku dah update dekat facebook, sekarang dekat blog pula. Teruskan usaha untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih datang baca.

16 Ogos 2016

Ayam Kicap Bermadu

As salam.
Aku belasah aje letak nama masakan ayam tu...sesedap rasa aje kan...aku masak untuk makan malam semalam. Saja tak nak makan yang pedas sebab anakanda qaseh demam dan batuk...batuk yang teruk juga. Sampai hilang selera nak makan...itu ayat dia lah tu...


Ni rupa ayam kicap bermadu aku. Bahan apa yang ada saja. Aku tengok ada madu yang dah lama tak berusik, kita curah dekat ayam. Madu tu qaseh yang suka makan. Semalam sempat bagi dia sesudu makan untuk kurangkan batuk dia tu.

Alhamdulillah semalam dapatlah suapkan dia makan dua tiga suap. Jadilah sebab dia tak berapa lalu nak makan dari pagi tu...

Macam biasa lepas tu bercinta nak suruh dia makan ubat...bila ayah balik rela terpaksa dia makan ubat..redho ajelah qaseh...

Tu aje cerita hari ni. Terima kasih datang baca...

08 Ogos 2016

Abang Eimran

As salam.

Jumaat lepas aku cuti sebab nak ambil keputusan periksa abang eimran. Periksa dah lama tapi baru nak bagi results. Aku rasa sebab vokasional ni dah taraf kolej, tu yang lambat sikit nak dapat keputusan periksa. Tak apa, mak sabar aje....

Aku adalah juga tanya dekat eimran, macam mana result periksa dia, dia kata tak tahu...yang di
a tahu maths dia 'c'...mak is terkejut okey...tapi sebenarnya memang selalu pun macam tu....hahaha.. tapi ada peningkatanlah tu sebab sebelum ni selalunya gahgal...

Seawal 8 pagi dah gerak ke kolej dia...semangat bukan main lagi aku. Aku ingat akulah yang paling awal, ramai juga yang bersemangat macam aku nak ambil keputusan anak...dekat sejam juga menunggu nak jumpa cikgu...sementara tu jomlah kita selfie dulu.


Mak is happy menunggu giliran...hahaha.

Aku sebenarnya dah siap-siap soalan nak tanya dekat cikgu dia...tapi bila duduk aje cikgu cakap eimran antara pelajar terbaik...mak is terkelu dan terkedu...terbang melayang semua soalan yang nak ditanya...
Cikgu bengkel pula kata, so far antara pointer yang tertinggi, aku syak untuk kelas dia kot...cikgu siap cakap boleh dapat anugerah dekan...perghhh terkedu lagi aku....eimran tak ada masalah disiplin di kolej. Aku hanya mampu cakap alhamdulillah...


Hari tu dah kongsikan dekat FB, sekarang aku abadikan dekat blog pulak. Tahniah abang...tak sia-sia ibu ambil cuti yang tinggal beberapa hari aje lagi tu...Semoga abang tingkatkan lagi usaha sebab dia kata ada kawan dia punya pointer lagi tinggi dari dia...

Ok. Itu aje nak cerita...jarang benar aku nak blogkan cerita dia. Dia pun bukan suka sangat kalau aku blogkan cerita dia..

Terima kasih datang baca.

04 Ogos 2016

Kenduri Tahlil sebelum puasa


As salam. Kesian sangat dekat diri sendiri sebab orang dah update cerita raya, aku baru nak update cerita sebelum puasa...melampau sangat tuan tanah ni...
Entah dimana silapnya, vitamin R aku tak muncul-muncul....jadi layan aje lah cerita dah basi ni.

Kenduri ini pun buat lagi seminggu nak puasa. Susah juga nak cari tarikh yang sesuai untuk kumpulkan semua adik beradik. Kenduri pun tak buat dekat kampung, kami buat di rumah kakak di seremban 2.

Kami mulakan dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh abang ipar aku. Alhamdulillah semua adik beradik aku ada kecuali adik yg bongsu ada urusan yang tak dapat dielak kan. Makcik dan pakcik serta sepupu-sepupu aku pun berjaya menghadirkan diri masing-masing...syabas kat korang.

Lepas solat zohor, kitaorang terus baca yassin dan tahlil untuk arwah-arwah yang telah terlebih dahulu pergi menemui penciptanya.

Selesai bacaan yassin dan tahlil, kami menjamu selera tanpa henti hingga ke malam. Melampau betul kitaorang...


Bersambung ke malam pulak, acara membakar satay...
Sambung lagi dengan makan nasi dan sembang-sembang sesama sendiri. Pintu rumah tutup lebih kurang pukul 12 malam.

Anakanda Danial yang tak berapa sihat masa sampai tu, bukan main seronok dapat lepas bebas main roller blade dekat taman permainan. Terus sihat dia...

Tu ajelah cerita sebelum puasa. Terima kasih datang baca...

Sembang Santai

As salam. Minggu ni qaseh ada ujian di sekolah agama. Nampak macam dia bersemangat aje nak periksa. Tapi yang pelik buku langsung tak baca...confident sangat tu qaseh...

So hari Isnin lepas masa balik kerja aku biasa akan tanya macam mana periksa, susah ke senang, boleh jawab ke tak...kalau dia jawab susah dan tak boleh jawab memang automatik mak dia akan membebel lah kan....tapi qaseh biasanya akan jawab senang...senanggggg hati aku mendengarnya...hehehe...tapi biasanya ada tambahan, klu senang mesti boleh dapat markah 100, tak dapat 100 siap lah...

Yang terbaru ni dia sendiri yang bercerita :

Qaseh : ibu , hari ni lawak betul...

Aku : apa yang lawaknya...

Qaseh : kawan aceh buat lawak bu...orang pakai celak dekat sini (sambil tunjuk kat mata dia), kawan aceh pakai celak kat sini ( sambil tunjuk kat mulut dia)

Aku : senyum aje...soalan periksa ke tu?

Qaseh : haah...

Aku : dia tak faham soalan kot, atau dia tx pandai nak baca jawi...

Qaseh : tapi aceh dah tolong betul kan...sekali kakak dia kata nak bagitahu dekat mak diaorang sebab aceh betulkan jawapan dia (buat muka tak puashati). Aceh cakaplah dekat kakak dia, kalau kita tak betulkan nanti dia dapat markah kosong...awak nak ke dia dapat markah kosong?

Aky : hahaha...baguslah aceh...

Ok part dia membebel tu yang kelakar...

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails