17 Oktober 2016

Hari Sukan Negara

Tarikh 8hb Oct lepas aku buat pertama kalinya turut serta dalam sambutan hari sukan negara. Almaklumlah sejak ahkak dah boleh memandu ni, en suami izinkan saja nak ke mana...janji tak ganggu kerja dia...baik boss. Of course aku bawa dua anak yang kecil itu. Dia orang memang sangat teruja bila aku bagitahu nak pergi hari sukan.

Aku keluar rumah jam 7 pagi. Memang sengaja keluar awal sebab takut nanti tak ada parking. Sambutan hari sukan ofis aku ni buat dekat maybank academy di bangi. Memang betul sangkaan aku, masa aku sampai memang dah kena park kat luar pagar tepi jalan...tak kisahlah janji selamat sampai dan tak perlulah nak menapak jauh...

Acara yang pertama lari 3km. Aku rasa tak sampai 3 kilometer pun. Sebab dari pintu depan lari masuk pintu belakang...lepas tu ada 3 halangan sebelum sampai garis penamat.


Memula semangat berkobar-kobar...kitaorang berdiri kat depan sekali...separuh jalan tetiba rasa macam nak patah balik...terus kitaorang jalan lenggang kangkung aje. Jalan kaki tu pun senaman juga kan? Masuk je kat pintu pagar belakang rasa syukur sangat berjaya sampai walaupun tak sampai ke garisan penamat... ngelat aje kitaorang ni...


Lepas tu kat atas stage ada expose...aku tak ikut pun sebab tempat sempit sangat. Kalau depa tangan memang kena orang sebelah. Perlahan-lahan aku tarik qaseh keluar...


Masa aku keluar nak mencari udara untuk bernafas tu, aku tengok macam yang lain tengah sibuk-sibuk beratur kat depan. Aku tahu memang KJ akan datang untuk merasmikan hari sukan ni...so macam tepat sangatlah aku bergerak tu...hahaha...kebanyakannya selfie...yang bestnya KJ layan aje bila orang selfie dgn dia. Tapi aku tak sesuailah pulak nak selfie kan...buang tebiat sangat dah tu...so aku just ambil gambar dia aje. Sekali bila aku tgh nak fokus...kebetulan pulak dia pandang...haduhhhh gigil-gigil ahkak nak snap....Jom tengok gambar KJ

Gambar ada sedikit goyang sebab ahkak memang nebes sangat...tak sangka yang dia nak pandang sebenarnya.

Ok..tu cerita hari sukan ahkak...terima kasih datang baca.

05 Oktober 2016

Rendang aidiladha

As salam.

Hari tu aku dah siap taip cerita raya dengan gambar sekali...tape disebabkan line internet aku sangat lambat, aku pula secara tak sengaja tertekan back..terus hilang semua. Lepas tu aku malas nak taip lagi.

Ni aku nak share rendang raya haji kitaorang hari tu.

Sedap bak hanggg...bila aku post dekat mukabuku, ramai yang komen nak minta rasa. Susah pula nak menghantarkan...jadi akak bagi resepi. Cuba buat ikut betul- betul ya. Ehhh macam
resepi aku pula...hahaha...itu resepi mak mertua kakak aku. Dia orang kuala sawah jadi kitaorang namakan rendang tu rendang kuala sawah.

Mula-mula santan tu masak sampai keluar minyak. Tengok kat gambar tu dah keluar minyak sikit kan..tak lama nak mengacaunya...kejap dah keluar minyak.

Dah keluar minyak baru masukkan ayam, serai dan rempah kari. Lepas tu kacau je.

Sampai jadi macam kat atas tu. Dah masak jemputlah makan ya.

Tu serba ringkas resepi rendang kuala sawah.
Cuba ya jangan tak cuba...memang sedap.
Terima kasih datang baca.

27 September 2016

Balik kampung

As salam.

Ini cerita lama ya. Cerita balik kampung sempena raya haji yang lalu. Macam biasa, aku balik dulu dengan anak-anak yang memang happy aje kalau dapat balik kampung...selepas memandu lebih kurang sejam lebih, aku selamat sampai kampungku yang tercinta.

Kemas ala kadar aje, sebab kitaorang nak pergi kenduri kawin saudara sebelah arwah abah aku kat kampung permatang pasir. Tak jauh pun, sebelah menyebelah aje.
Dah bertahun tak jumpa dengan kakak saudara aku ni...almaklumlah selepas arwah abah meninggal kitaorang macam terputus hubungan pula. Tapi disebabkan jemputan ini d
isertakan dengan pesanan, aku dan kakak aku berbesar hati menghadirkan diri.

Mujur dia masih kenal kitaorang lagi...dapatlah jumpa dengan sedara mara yang lain...bila dah lama tak jumpa tu, apalagi yang ditanya kalau tak...ko duduk mana sekarang...anak berapa orang...


Waktu kitaorang sampai, pengantin dah duduk kat meja makan...kitaorang yang lambat atau pengantin yang tercepat...tak tahulah. Jadi tak perlu tunggu lama terus ambil makanan...lauk semua sedap-sedap...pajeri nenas sedap...lauk perut pu sodap.

Makan dengan penuh kesyukuran...hahaha..Dah makan tak kan nak terus balik...nampak sangat ular sawa...hahaha...sembang-sembang kosonglah dengan tuan rumah.
Tak lama lepas tu ada satu kereta berhenti betul-betul depan pagar rumah orang kawin ni...aku dalam hati dah berkata-kata...aku parking sikit punya jauh jalan menapak...sekali yang turun Yb dan isteri...
Yb ni kawan sekelas dengan aku dulu. Tapi dah lama betul tak jumpa. Masa reunion dulu aku tak pergi...masa mengundi pun tak jumpa...ni lah baru jumpa.

Sempat bergambar dengan Yb. Anak-anak bujang pandai betul mengelak bila ajak ambil gambar...

Ok tu aje nak cerita. Tunggu cerita rendang raya pula ya. Terima kasih datang baca.

18 Ogos 2016

Hari Lahir Abang

As salam. Hari ini 18hb August hari lahir anakanda Adam Eimran. Genaplah umur dia 16 tahun hari ni.

Aku malam tadi boleh pula terjaga dalam pukul 12 lebih...lepas tu terkebil kebil mata tak boleh tidur. Capai telefon terus message dekat dia. Ingatkan dia dah tidur, rupanya belum lagi. Aku ingat nak surprisekan dia, bangun pagi nanti tengok ada message dari aku....sekali malam tadi juga dia balas...


Doa ibu supaya abang tabah dan bertahan dalam menempuh kehidupan di asrama. Ibu sentiasa doakan abang agar di lindungi dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih Allah.

Tadi aku dah update dekat facebook, sekarang dekat blog pula. Teruskan usaha untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails