23 Jun 2016

Cerita Danial

Assalamualaikum...

Ada ke lagi yang sudi datang menjenguk blog aku yang sunyi sepi ni.  kalau tak ada pun tak apalah.

Kali ni nak cerita pasal anakanda Danial.  Birthday dia bulan 5 dah lepas.  Emak is terlupa nak update dalam blog.  Kesian kat dia...Tahun ni genaplah umur dia 9 tahun. Tapi manja mengada dia tu tak hilang juga lagi.  Sekarang ni Danial aku hantar ke sekolah tahfiz. Biarlah ada sorang anak aku yang bergelar tahfiz...doa aku begitulah...

Mulanya aku memang berat hati nak hantar dia ke tahfiz.  Almaklumlah dia kecil lagi. Dalam kepala dia asyik ingat nak main aje...apalah yang dia tahu...pemikiran mak2 sangat kan.  Masa mula2 hantar dia dulu, dari rumah lagi aku dah 'hujan renyai-renyai'. Maunya tak sedih, pertama kali berpisah dengan dia...Tapi dia excited.  Siap cakap, ibu janganlah nangis, nanti lepas ni tak adalah ibu nak marah adam lagi...huaaaa...lagi laju lah airmata aku...bertuah betul kan.  Lepas hantar dia tu, beria dia lambai kat aku...sepanjang jalan balik memang tak kering lah airmata aku ni...time nak tidur malam lagi drama...

Senyap2 esoknya en suami pergi tempat dia...Dia berpuasa sunat hari Isnin masa tu. 
Entry ni terhenti hari tu sebab mak is taufu fa. Airmata mengalir sendiri tanpa dapat di tahan-tahan...

Selepas seminggu duduk di tahfiz, nampak sangat perubahan dia.  Kalau dengar azan laju pergi ambil air sembahyang...mak pulak termalu sebab lengah-lengahkan waktu....rajin nak tolong bersihkan bilik air sebab kat tahfiz memang tugas dia buat khidmat membersihkan bilik air.  Sejak duduk kat tahfiz ni juga aku tengok dia berselera makan nasi.  Syukur Alhamdulillah.  

Masuk bulan kedua, Danial dah pandai buat hal.  Dia dengan beraninya lari keluar dari tahfiz.  Aku tak tahu, ustaz call dekat en suami suruh datang tahfiz.  Syukur sangat sebab dia di jumpai oleh kawan2 ustaz juga.  Aduhaiii Danial...Ustaz suruh bawa balik...berulang lah dekat sebulan juga.  Seawal 4.30 pagi kita orang hantar dia ke tahfiz. Ada juga hari-hari yang dia nak memonteng...Start bulan 3 aku suruh duduk situ.  Aku datang melawat seminggu sekali.  Tapi tiap kali datang, Danial mesti menangis nak ikut balik...tu yang aku tak tahan tu...Lepas tu, aku kentalkan hati, tak datang melawat langsung.  Cukup bulan datang ambil bawa balik aje...tapi sekali sekala watsapp lah dengan ustaz or ustazah tanya khabar dia. 



ini aje gambar dia yang ada.  Ada banyak gambar yang ustaz hantar tapi ntah kat mana tak jumpa.  Ada gambar yang dah kena edit ni.  Tak tahulah kerja sape ni...
Masa ni nak hantar balik ke tahfiz lah tu...muka sedih..

Dalam pada dia menangis tu, dah 6 bulan jugalah dia kat sana.  Menurut ustaz, dia dah tahu masa bila nak baca panjang atau pendek. Alhamdulillah...

Itu ajelah cerita dia...ada banyak lagi tapi cukuplah setakat ni dulu.  Terima kasih datang baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails