23 April 2014

Oat Choco


Dah pernah rasa oat choco ni? Terhangat di pasaran sekarang ni tau...susah nak dapatkan stok,memanjang habis jer. Ni pun dapat dari kawan fb. Kenal sebab lain tapi berjumpa sebab lain...hehehe.

Harga pun bermacam-macam jugalah jadinya. Paling mahal yang aku dengar RM20 sepeket. Yang aku punya ni murah jauh banyak beza dengan yang mahal tu. Rasa sama jer...so sapa yg pernah terbeli dengan harga mahal...meh lah beli dengan saya ya.

Tu ajelah cerita terkini. Mungkin lepas ni saya nak jual beberapa produk untuk puasa yg tak lama lagi ni dan kuih raya....tunggu ya.

Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

Hai

Lamanya aku meninggalkan blog kali ni...uhuk..uhuk...berhabuk sana sini ko...ada ke yang tersesat kat sini masa ketiadaan tuan rumah...tak per datang jer,ahkak tx kisah pun...hahaha...perahsaan tetap sama tx berubah!
Cerita adalah sangat banyak yang nak aku kongsikan kat blog ni...almaklumlah aktiviti banyak kan...lagi-lagi bila anakanda danial dah melangkah ke alam persekolahan ni...lg banyak story yg nak aku kongsi dan abadikan kat blog aku ni. Gambar yang 'meletop' lg lah banyak...hahaha meletop kebabom lahhhh sangat kannnn...
Buat masa ni sebenarnya beberapa bulan kebelakangan ni aku menghadapi banyak sangat rintangan nak update blog. Paling sedih gambar header hilang...geram betul...ni pun tak tahan dah nak update, guna hp tp sokmo typo...almaklumlah jari-jariku comel-comel belaka...
Kalau semua rintangan tu berjaya aku atasi akan aku usahakan secepat mungkin untuk mengupdate cerita ceriti kami di sini ya.
Itu aje buat masa ni...terima kasih datang baca...

05 April 2014

I'm Back

Tak tahulah berapa lama i'm back nya ni.  Tapi yang penting gambar kat header dah muncul balik...berpeluh-peluh aku dibuatnya...makan bulan tu.

Gambar kat header dah settled, tapi gambar untuk bercerita tak berjaya nak upload lagi.  Dah sampai tahap sakit hati yang maks ni...gambar banyak sangat nak bercerita...manalah aku tak geram.

Baru-baru ni ahkak up up and away tapi tulah tak ada gambar sebagai bukti.  Kali ni ahkak ke Bandung pula.  Berdua dengan anakanda Yasmin.

Kenduri kendara kat rumah kakak pun ada gambar juga...makan-makan tak usah cakaplah banyaknya gambar...sepetang di sini dan sinun pun belambak...haishhh sabar ajelah aku...

Demi tak nak menambahkan rasa sakit hati aku ni, baiklah aku stop kat sini saja.
Nanti bila masalah dah selesai kita sembang-sembang lagi ya...

bye...bye...terima kasih datang baca.

28 Februari 2014

Tora Datang Lagi

As salam...lamanya tak bersiaran kannnnnnn...ada je, cuma masa dan keadaan begitu mencemburui aku sekarang ni.
Ada ke yang datang jenguk-jenguk kat sini...balik-balik entry yang sama.  Terima kasih ya datang menjenguk.

Ni kira entry baru untuk tahun baru.  Hari ni pun dah last day bulan February.  Macam-macam nak cerita tapi keadaan tak mengizinkan buat masa ni.  Tunggu ya Tora muncul lagi.  

Buat masa ni nak masuk kan gambar pun macam apa jer...sabar ajelah aku.  Ehh dah lama tak merapu kat blog ni, rasa lain pula bila nak mulakan balik..hahaha...poyo sungguh tu..

Okey tu aje entry pengenalan...hingga bertemu lagi...terima kasih datang baca.  

* Sekurang-kurangnya orang tahu yang aku masih bernafas di bumi Allah ni...
Related Posts with Thumbnails