01 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum.

Apa khabar?  Lama betul tak menulis kat blog kesayangan aku ni. Tapi sementara tengah kena PKP ni, harapnya aku rajinlah mengupdate aktiviti aku dan keluarga kat sini ya. Doakan lah ya. 

Untuk permulaan PKP ni, masing-masing rajin sangat masak-masak kan. Termasuklah ahkak.
Jom tengok tahap kerajinan ahkak berada diskala berapa. 


Ni menu awal-awal PKP haritu.  Sebab aku yang teringin sangat nak makan mee goreng, semua isi rumah kenalah ikut selera chef yang masak.
Ni pula kudap-kudapan minum petang membawa ke malam. Sebenarnya aku nak habiskan stok mee siput ni. Dah lama sangat dalam simpanan. Rasanya dari tahun lepas punya stok ni. Bila dah goreng, lajulah habisnya. Nak kena tunggu habis PKP ni, baru aku boleh restok mee siput ni.
Baru beberapa hari duduk rumah dah tx tahu nak masak apa kan...ni pun gara-gara nak mencuba kuah perapan black pepper beli dengan kawan ofis aku. Kuah tu sebenarnya untuk perap kambing tapi boleh aje kalau nak perap ayam juga. Sebab semua anak-anak ada dekat rumah, buatlah ayam bakar black pepper tu. Sedap. Aku rekomen siapa nak cuba. 
Masakkan maggi kari ni dah malam. Aku dah nak tidur. Aku guna perencah kari ikan tambah dengan 1 je rempah maggi. Yang lain tu apa aje yang ada dalam peti ais. Dua kali dah masak maggi kari macam ni. Selesai.
Disebabkan Yasmin ada ajak pergi family mart haritu sebab nak makan oden ni, jadi mak dia buatlah kat rumah. Nak pergi family mart tak boleh kan. Nanti tx pasal kena tahan dengan polis. Makan je yang mak masak ya nak.
Nasi goreng sap sap soi ni entah hari ke berapa tak ingat dah. Sarapan pagi. 
Dalgona coffee tu ada buat tapi tak ada ambil gambar. Dalgona milo pun ada buat. Ni semua atas kerajinan Yasmin dan Qaseh. Diaorang yang rajin nak menggodak nescafe dengan milo tu, dah siap terus suruh aku minum. Tak sempat nak posing-posing dulu. Tapi yang atas tu, en suami yang buat. Mangga float. 
Ni menu berbuka puasa masa 1 Syaaban hari tu. Kari kepala ikan merah. Ni pun air tangan en suami. 
Ni onde-onde menu masa berbuka juga. Perisa mangga dan ros. Idea en suami lagi.
Sambal telur pecah ni ahkak yang buat. Untuk anak-anak yang tak puasa. Nak makan sedap kena tunggu ayah diaorang masak masa berbuka. Kalau mak masak, yang ringkas-ringkas tapi sedap. Eehhh...sedap ke??
Menu berbuka harini. Bukanlah makan bubur pulut hitam semata, ni pemanis mulut je. Diaorang makan ni dulu, lepas tu terus solat maghrib. Maghrib sekarangkan pendek masanya tu yang suruh makan bubur dulu.
Menu utama harini ayam masak black pepper. Tak ada gambar. Menu tu atas permintaan Qaseh. Walaupun budak kecil tu tak puasa harini, tapi menu ikut pilihan tekak dia. 

Wahhh banyak juga ya dah masak bersama dengan en suami....hahahha..kena kredit nama dia juga. Tunggu esok menu apa pula.

Terima kasih datang baca. Jangan lupa ikut arahan polis dan kerajaan ya. Duduk rumah.
#kitajagakita

06 November 2019

Cerita Di Bulan November

Assalamualaikum.

Tora dah lagi...

Dah nak hujung tahun 2019, kenalah munculkan diri juga.

Tahun ni, sebulan dua yang lepas, beberapa orang yang aku kenal telah lebih dulu pergi bertemu penciptanya.

Bulan August lepas, biras aku yang hampir setahun terlantar sakit akibat strok meninggal dunia di Hospital Ampang.  Kebetulan aku baru aje balik dari ziarah dia di hospital.  Tak lama lepas aku sampai rumah, dapat berita sedih ni.

Sebelum tu, penghujung July, suami kepada kawan baik aku meninggal akibat kanser di PPUKM.  Tahu sakit dalam bulan April, aku sempat melawat dekat hospital, dua tiga hari lepas tu dah tak ada.  Tapi aku respect dekat kawan aku, nampak dia sangat tabah dan kuat.  Kalau aku, tak tahulah nak cakap...

Bulan September, jiran yang juga ustaz dekat sekolah anak-anak aku dikejarkan ke hospital.  Pembuluh darah pecah.  Umur ustaz ni dalam 45 tahun kalau tak silap.

Dalam masa sebulan, suami kepada penjaga anak-anak aku pula meninggal.  Umur dalam 48 tahun rasanya.  Sama juga pembuluh darah pecah.  Arwah dah muntah-muntah dari rumah.  Isteri ajak pergi hospital dia tak nak.  Sampai 3 kali lah duk pakaikan baju dia buka.  Dia pengsan baru dapat bawa ke hospital.  Qaseh menangis-nangis talipon aku bagitahu abi dah meninggal.  Sedih juga lah aku...

Yang terbaru, suami kakak yang selalu jual nasi lemak kat area rumah aku ni meninggal sebab pembuluh darah pecah juga.  Tu semua sebab darah tinggi kan.  Kalau dah ada darah tinggi tu janganlah cuba-cuba nak ngelat makan ubat.  Tu ingatan untuk diri aku sendiri.  Aku dah hampir 10 tahun makan ubat.  Lepas bersalin qaseh, tak hilang pula darah tinggi tu...menetap terus dalam badan.

Mati itu pastikan...cuma tak tahu bila.  Sebab tu kita sentiasa kena buat kebaikan kan...banyak aku baca pasal peringatan macam tu.  Kadang-kadang terlalai juga...
Sebab tulah orang selalu kata, insaf sekejap je...Allahuakbar....janganlah aku macam tu.

Semua benda kat dunia ni kan tak kekal...tak perlulah kita duk risau nak tinggalkan itu ini kan...Kadang-kadang orang-orang yang sayang kita pun sedih takat 2 ke tiga hari je.  Lepas tu hidup kena diteruskan.  Paling lama pun bersedih sebulan dua lah...

Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk semua arwah-arwah ni.  Semoga mereka ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh.

Tu jelah update terkini dari aku.  Semoga ada kerajinan untuk menulis lagi lepas ni.

Terima kasih datang baca.  



27 Jun 2019

Cerita Puasa

Assalamualaikum

tadikan masa belum menaipkan laptop ni, macam-macam lah benda yang aku nak cerita kat sini...menderu-deru idea.  Sekali bila pegang laptop aje, kaku pula jari jemari aku ni nak menaip.  Idea tadi pun ntah mana perginya.

Masih di bulan Syawal, so kita cerita pasal raya lagi ke...persiapan raya lah pula.

Tahun ni pecah rekod sebab berjaya menyiapkan baju-baju raya sebelum puasa.
Untuk aku dengan Yasmin, kita orang beli yang dah siap aje.
Ada je size, tak lah gemuk mana...ehhhh

Untuk Qaseh, beli kain yang sama warna, kebetulan terjumpa dekat Jakel masa cuti Tahun Baru Cina.

Beli terus baju melayu untuk jejaka-jejaka kat rumah ni.  Rekod juga sebab tahun ni aku
belasah aje belikan baju melayu untuk en suami.  Selalu dia dah warning awal-awal kalau beli dia tak nak pakai.  Kali ni tak banyak cakap pula dia.

Maka pada Raya Cina hari tu, aku berjaya settled kan baju melayu dan kain baju untuk qaseh.  Tunggu kakak yasmin balik terus gi tempah.

Tahun ni rekod juga sebab tak perlu nak sibuk-sibuk cari baju raya masa bulan puasa.  

Ehhh banyak rekodlah tahun ni...30 hari puasa, hampir setiap hari en suami masak untuk berbuka.  Jadi ada penjimatan untuk ke bazar ramadhan.  Pergi hujung-hujung ramadhan je. 

Aku tolong juga, tolong masak nasi.  So by the time aku sampai rumah, terus masak nasi.
Berbuka dengan nasi panaslah.  Gambar-gambar tak ada ya sebagai bukti.  Masa tu tak kuasa nak ambil gambar...tunggu azan je.  Kuih muih pun tak perlu...nanti membazir aje.

Nak hujung-hujung ramadhan tu, sebelum balik kampung, baru pergi bazar ramadhan.  Bagi RM10 sorang suruh beli 1 main dish dengan air.  Kira challenge lah juga utk diaorg.

Sekali kan bila balik rumah, kira-kira balik, aku punya dengan abang yang melampau tersasar melebih dari RM10.  Mana tak tersasar, nampak kambing nak, nampak cendol sawit nak...nampak nasi arab nak...tu pasal aku tak suka pergi bazar ramadhan...

Tapi dont worry, semua tu habis...tak ada pembaziran langsung. So aku cakap dekat anak-anak, beli apa yang kita nak makan aje...jangan ikut nafsu.  

Korang mesti tak suka baca entry tak ada gambar kan...aku pun sama.  gambar semua masih belum berjaya  lagi nak transfer masuk laptop ni.

oklah tu aje bebelan aku kali ni.  Terima kasih datang baca.

19 Jun 2019

Menjelang Raya

Assalamualaikum.

Salam Syawal yang ke 15.

Masih dalam mood raya lagi kan.

Walaupun tahun ni macam sendu aje jemputan rumah terbuka.

Kat ofis pun tak ada jemputan, dekat kejiranan pun sama.

Paling sendu, tahun ni aku tak ada gambar family di hari raya...paling sadis

Bergambar adik beradik pun tak ada.  Gambar aku anak beranak pun tak ada.

Ko dah kenapa??

Pastikan raya haji nanti kita semua bergambar ya...

Tahun ni sama macam tahun lepas dan tahun akan datang, aku juga yang kena buka rumah kampung, kena kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk...

Bukan aku soranglah, dengan anak-anak 

Sehari sebelum raya, aku juga yang kena berpagi-pagi mencari daging, beratur membeli santan segar dengan 'orang tu'...owner cerita kami...hik...hik..hik

Sementara dirumah, kakak ipar setia menanti untuk memasak...

Aku suka cara dia...sekali jalan semua tiga periuk...sup tulang untuk berbuka, kuah kacang untuk raya dan rendang daging 4 kilo settle dalam pukul 3.

By the time waktu berbuka, sap sap soi kue teow goreng siap.

Aku buat apa??

Kan dah dikhabarkan tadi, aku berpagi-pagi mencari daging.  Balik rumah bersama-sama memotong bawang...sumpah tak 'membawang' langsung.

Menyangai kacang untuk dijadikan kuah kacang.  Dah lama tak buat kerja ni.  

Teringat zaman kecik-kecik dulu, kena buang kulit kacang, lepas tu kena tampi nak buangkan kulit kacang yang dah kopek...serius aku masih ada lagi skill tu...kacang tak terabur pun...

Walaupun hari terakhir ramadhan tu kat kampung aku panas yang tak berapa panas, tetap tekak kering.

Anak-anak minta upah belanja slurpee kat 7E...

Apalagi cerita aku, menjelang raya...tu aje.

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails