Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

19 Jun 2019

Menjelang Raya

Assalamualaikum.

Salam Syawal yang ke 15.

Masih dalam mood raya lagi kan.

Walaupun tahun ni macam sendu aje jemputan rumah terbuka.

Kat ofis pun tak ada jemputan, dekat kejiranan pun sama.

Paling sendu, tahun ni aku tak ada gambar family di hari raya...paling sadis

Bergambar adik beradik pun tak ada.  Gambar aku anak beranak pun tak ada.

Ko dah kenapa??

Pastikan raya haji nanti kita semua bergambar ya...

Tahun ni sama macam tahun lepas dan tahun akan datang, aku juga yang kena buka rumah kampung, kena kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk...

Bukan aku soranglah, dengan anak-anak 

Sehari sebelum raya, aku juga yang kena berpagi-pagi mencari daging, beratur membeli santan segar dengan 'orang tu'...owner cerita kami...hik...hik..hik

Sementara dirumah, kakak ipar setia menanti untuk memasak...

Aku suka cara dia...sekali jalan semua tiga periuk...sup tulang untuk berbuka, kuah kacang untuk raya dan rendang daging 4 kilo settle dalam pukul 3.

By the time waktu berbuka, sap sap soi kue teow goreng siap.

Aku buat apa??

Kan dah dikhabarkan tadi, aku berpagi-pagi mencari daging.  Balik rumah bersama-sama memotong bawang...sumpah tak 'membawang' langsung.

Menyangai kacang untuk dijadikan kuah kacang.  Dah lama tak buat kerja ni.  

Teringat zaman kecik-kecik dulu, kena buang kulit kacang, lepas tu kena tampi nak buangkan kulit kacang yang dah kopek...serius aku masih ada lagi skill tu...kacang tak terabur pun...

Walaupun hari terakhir ramadhan tu kat kampung aku panas yang tak berapa panas, tetap tekak kering.

Anak-anak minta upah belanja slurpee kat 7E...

Apalagi cerita aku, menjelang raya...tu aje.

Terima kasih datang baca.

15 Februari 2013

Spaghetti dan Balik Kampung

Breakfast spaghetti sebelum bertolak balik kampung
Kali ni aku tukar bahan sikit...dulu selalu guna
jenama Prego, untuk kali ni aku tukar kepada
jenama Leggo ke apa ntah...tapi dalam botol...
not bad juga rasanya...siap bawa bekal balik kampung lagi..
Balik sekejap aje
Dalam pukul 6 lebih dah balik KL balik...
Tak tahulah bila nak balik kg lagi...
terima kasih datang jenguk kat sini..

09 Januari 2013

Balik Kampung...

Balik kampung penghujung 2012 hari tu...sebelum tu dah balik masa pertengahan bulan dua belas.  Dua-dua sebab kepulangan kitaorang atas jemputan saudara yang mengahwinkan anak dia orang.  Pertengahan bulan hari tu kat Kg Permatang Pasir sebelah arwah abah aku.  Kali ni pulak kat Kg Pengkalan Durian sebelah arwah mak aku.
Aku sampai dalam pukul 2 petang jugak lah.  Singgah sana sini dulu...mak kan banyak urusan...patutnya petang tu dah kena pergi rumah orang kahwin, majlis nikah selepas asar...tapi di sebabkan masalah teknikal...teknikallah sangatkan...aku bawa baju sepasang aje...tak sanggup  pulak nak ke rumah orang kahwin dengan berseluar jeans...so duduk ajelah kat rumah ngan anak-anak and kak Adda.
Sebelah petang sikit tu, kita orang mulakan operasi membakar sate...susah rupanya nak membakar sate ni tau!!  Kalau setakat mengipas tu, sapa-sapa pun boleh okey...maksud aku susah tu sebab nak menghidupkan arang tu...habis segala daun kering, ranting-ranting aku suruh anak-anak kutip buat umpan...surat khabar lama tak payah cakaplahkan....
Selepas bersusah payah, akhirnya berjaya juga kitaorang menghidupkan arang tu...Maka dengan itu berjayalah kita orang menyantap sebahagian dari sate-sate itu...haaaiii penat mengipas nak hidupkan arang tu, haruslah aku ngap dulu...
Sebelah malam pun ada lagi upacara berinai kat rumah pengantin...seperti yang aku dah bagitahu awal-awal tadi...ahkak bawa baju sepasang aje...tak kan nak pakai baju 'kelawar' pulak kan...lagipun danial dan qaseh dah selamat beradu...kepenatan menolong omak eh membakar sate...Tapikan lepas tu en suami ajak ke PD menyertai ahli keluarga dia dari Ampang bercuti kat Glory pulak...ahkak okey jer...maka berhangkutlah kitaorang anak beranak malam tu ke PD pulak...gi PD pakai jeans no hal okey...muahahhaha...alasankan...
Dah tengahari gopoh-gopoh aku balik kampung...kampung aku ngan PD tu sepelaung aje!!!  Tapi boleh pulak hari tu kat PD jamm...maka jadilah berpelaung-laung...Kelam kabut bersiap pulak untuk ke rumah pengantin...Tapi dari pemerhatian aku, aku bukanlah lambat mana pun...sempatlah jugak jumpa mak-mak sedara yang jarang-jarang jumpa...hanya dengar cerita aje...tu gambar aku ngan anak-anak...sebelah tu aunty zizah.
Ni pun sebaris mak sedara aku...belakang tu mak lang saodah, mak chu dan aunty zizah.
Tu gambar pak cik aku ngan kakak aku.  Kat belakang dia orang tu ada orang nyanyi-nyanyi. Sedap suara dia...sib baik makan buffet, kalau berhidang mahu aku makan bertambah-tambah sebab sambil makan terleka dengar dia orang nyanyi...auwww...
Ni ajelah gambar pengantin yang dapat aku snap.  Pengantin perempuan tulah yang bersaudara dengan kita orang.  Pelamin dia sangat cantik...
Ni pinggan aku...rezeki orang datang lambat...dapatlah udang galah tu.  Ada ketam juga, tapi almaklumlah kat majlis orang, tak kan nak buat cam rumah sendiri pulak bila makan ketam...Tapi bukan makan sorang tau, suapkan jugak untuk danial ngan qaseh...alasan lagi..hahaha...Pak cik aku siap ambik semangkuk ayam golek...ehh sekarang ni kalau kenduri kahwin mesti ada ayam golek kan...sos pencicah dia sedap...
Tq for reading...

18 Disember 2012

Balik Kampung

Ni lah kerja dia masa balik kampung hari tu...suka buat macam-macam aktiviti kat dalam bilik air sebab bilik air kat kampung besar...lepas tu ada banyak besen yang besar2 boleh muat budak botak tu nak berendam...
Masa dia minta nak guna besen tu...tak sampai hati aku nak kata tidak...bila aku angkat besen tu, senyum sampai ke telinga dia.  Dia kalau main sorang-sorang kat dalam bilik air tu , berejam pun no hal..jangan ada yang datang kacau...tu yang memekak jadinya.
Kita orang balik kampung hari tu sebab ada sedara kahwin.  Lama weiii tak balik kampung. Balik hari tu jenuh mengemas rumah sebab 'banjir' kat dalam rumah.  Musim hujan kan sekarang ni.  Habis karpet-karpet terpaksa di buang.  Termasuk tilam dan bantal.  tulah padahnya bila lama tak ingat nak balik...sob..sob..sob...Menurut kakak aku yang sampai awal, macam air terjun aje air hujan tu masuk dalam rumah...hahaha...
Di sebabkan penat mengemas rumah, segala aktiviti memasak di mansuhkan terus petang tu.  Makan lah nasi ayam champion world beli kat pasar malam di Rembau.
Tu ajelah cerita kampung...tak sempat nak ambil gambar keadaan rumah yang terjejas tu...penat sangat-sangat...
tq for reading...

27 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Cerita raya pertama lah ya.  Tapi sebelum tu nak cerita yang tahun ni aku rasa paling rileks sekali pasal aku tak perlu berpanas dan kering tekak nak mengacau rendang dan menyediakan segala makanan untuk berhari raya.  Nak tahu kenapa???  Sebab dua orang kakak aku dah 'nampak' anak bulan awal...so silalah kacau rendang ya...nikmat sungguh aku rasa...hahaha matilah aku dia orang baca...
Dia orang memang terbaiklah...lepas sahur bertungkus lumus dia orang masak rendang dengan gulai tempoyak.  Masa tulah aku dapat menyusukan qaseh dengan tenang... alasannnn.  Bila qaseh tidur dengan aku sekali ke laut...bangun bangun aje tengok gulai tempoyak dah siap.  Rendang tengah di kacau...fuhhh...tak terkata aku...
 rendang daging
 kuah kacang haji samuri lagi...
 nasi impit
Sebelum ke masjid untuk solat, haruslah mengisi perut terlebih dahulu.  Yasmin berkali tanya aku boleh minum ke pagi ni...dah boleh makan ke...hari ni hari raya sayang...dah tak payah puasa lagi...

Semestinya bagilah suami dan anak-anak lelaki bersarapan dulu.  Tahun ni baju raya aku sekeluarga tak ada tema lagi...letih dah aku nak menetapkan warna rasmi setiap tahun.  So tema kita orang setiap tahun adalah warna-warni di aidil fitri.  Hentam kormo...
Sementara menunggu cik abe-cik abe memasing balik dari solat raya, kita orang lah pulak menjamu selera.  Selepas tu terus lah susun kuih-kuih raya kat dalam balang.  Balik dari solat raya, anak-anak sibuk nak bersalaman...salam ada maknakan...masing-masing dah ada target nak beli apa dengan duit raya dia orang...zaman aku dulu, paling tinggi dapat duit raya dalam RM 23 aje.  Budak sekarang ni, cecah ratusssss...qaseh yang duduk rumah tu pun dapat dlm RM 100++.  Tu belum lagi dia mengikut abang or kakak dia berjalan raya.  Tapi tahun ni pun eimran dengan yasmin tak di benarkan berjalan raya sangat.  Yalah rumah kat kampung tu tepi jalan, kereta laju-laju...macam F1.  Duduk ajelah rumah atau ikut time aku berjalan ke rumah sedara mara.
okey...cerita raya seterusnya dalam next entry ya.  ni baru intro aje tau.

27 Jun 2012

Kenduri Tahlil Part 2

Ni pulak antara kuih muih untuk breakfast pagi sabtu tu.  Ada talam suji, seri muka, agar-agar dan kole kacang tak ada dalam gambar.  Kole kacang tukan, selain tak ada gambar, kuih tu jugak tak sempat masuk dalam perut aku...kesian kat aku..
Buah rambutan ni buah tangan mak lang aku.  Last year kan danial seronok sangat dapat mengutip buah rambutan ni...harus di ingat pokok rambutan ni berbuah time dekat-dekat nak puasa...di sebabkan tak lama lagi nak  puasa, haruslah pokok rambutan tu berbuah.  tu yang mak lang aku bawa masa datang kenduri tu.  Tak cukup dengan dia bawa, besoknya kita orang pergi serang pulak kat rumah dia.  En suami aku siap panjat lagi..teror awak ya...
Durian nak buat bubur kacang tu banyak lagikan...breakfast pun makan lagi durian...
Sebelah tengahari nak ke petang tu abang ipar aku masak kuew teow.  Tengok ajelah kat dalam gambar ni, beratur anak-anak sedara menunggu dia masak.
Yasmin kan main lagi menunggu depan kuali rupanya dia, tapi tak dapat...sudahnya dia suruh aku tolong cakapkan...
Tengoklah tu, masing masing siap pegang pinggan ngan telur sekali...over tau budak-budak ni...aku pun beralah lah dengan dia orang ni...sebab dah selalukan makan kue teow ni... kasilah mereka-mereka yang jarang-jarang makan...aku rasa sikit-sikit aje eimran ngan yasmin punya...

26 Jun 2012

Gulai Tempoyak

Tu antara bahan-bahan yang sempat aku snap.  Masa dia orang tengah memotong tu aku ingat nak ambil gambar, lepas tu dah sibuk buat benda lain terus lupa.  Ni bahan-bahan dah masuk dalam periuk.  Bahan utama mestilah pucuk ubi, daun kunyit dan pucuk labu.  semua tu dihiris halus.  serai pun dihiris sebelum di blend.  Bawang merah dan ikan bilis pun di blend halus.  cili api juga.
Lepas tu masukkanlah santan dan tempoyak.  Jangan lupa kunyit sikit bagi kuning.  Bertambah sedap bila ada petai...silalah letak petai...jangan letak jering tau!  cukup sekadar petai...
Lebih sedap makan sebaik siap masak...tu akulah tu...lagi sedap lepas dipanaskan on the next day.  Kalau rasa-rasa nak cicah ngan roti pun ok.  Gulai tempoyak ni pun masak hari Jumaat sekadar untuk makan-makan tuan rumah aje.  
Kali ni aku kena belajar masak gulai ni, pasal en suami kata, kalau aku boleh masak ni memang dia respect lah...ni tak, asyik-asyik sambal, kicap, sambal kicap...okeyyy...aku rasa tercabar...tu yang aku menyibuk masa kakak aku masak ni...minggu ni jugak saya buat!  Eehh tak boleh..tak boleh....minggu ni ada sukan anak-anak...minggu depanlah, InsyaAllah...kalau rajin...muahahaha...alasankan...

Kenduri Tahlil Part 1

Kelas tak cerita kenduri aku berpart-part...oh ya sebelum tu aku nak bagitahu, kenduri kali ni boleh juga dikategorikan sebagai kenduri makan-makan sedunia.  Apa taknya, dari pagi sampailah nak pejam mata...asyiklah makan..makan dan makan.  Ini pun ada beberapa makanan yang tak sempat aku nak ambil gambar.  Dah namanya kendurikan, sibuklah pulak nak menolong sana sini sinun...
Okayyyy...kenduri hari Sabtu seperti yang di rancang.  HariJumaat lagi aku dah cuti.  Bukan aku aje cuti tau...eimran, yasmin ngan danial pun cuti...dah nak balik pagi-pagi katanya...sudahnya pukul 12 baru gerak...yang ni tak dapatlah nak menolong sebab aku balik dengan kakak aku...tapi aku anak beranak dari pukul 8 pagi dah bersiap.  Sementara menunggu tu, dapatlah aku melelapkan mata selayang dua.  
Our 1st menu bubur kacang hijau dengan durian.  Mesti letak durian sebab sekarang durian dah gugur...Aku memang tak berapa nak suka makan bubur kacang hijau ni...tapi sesi memilih dan membuang apa yang patut sebelum di masak tu aku adalah campur tangan sikit.  Sambil tu bagitau jugaklah kat yasmin, masa kecil dulu ibu selalu tolong nenek tiap kali dia nak masak bubur kacang hijau nih...
Malam tu jugak kakak aku masak gulai tempoyak...my fav...gambar-gambar next entry ya.

13 Jun 2012

Cerita Kampung Lagi

 Tak habis lagi cerita vacation kat kampung...matilah kena kutuk...balik setengah hari, sampai dua tiga entry...saja buat dua tiga entry sebab gambar banyak...dan sayang pulak kalau tak letak gambar kat sini...inikan mini diari kami...
Pokok rambutan yang dah berbuah hijau...Nak tunggu merah tu memang tipislah harapan...
Pokok bacang ni pun tengah berbunga lebat...tapi pokok tu kat luar pagar ya...ambil galah tolong jolok kan...
 Assalamualaikum...kami dah balik ni...
 seronokkan dia orang berlari-larian...
Orang yang paling seronok nak balik kampung adalah anak-anak aku nilah...asyiklah tanya bila nak balik kampung...bila nak balik kampung...Danial siap bawa baju satu beg sekolah dia...dia sibuk aje ajak tidur kat kampung...tak bolehlah sayang...lagi sekali balik nanti baru kita tidur ya...hari ni balik kita kena kemas-kemas dulu...

Rajinkan menyapu...berpeluh-peluh yasmin menyapu sampah...kalau kat rumah manalah sempat nak berpeluh...dah halaman rumah pun sekangkang qaseh aje...tak sempat peluh nak menitik...

 Disebabkan menunggu pembawa kunci lambat sangat sampainya...kita posinglah dulu ya...

muka-muka happy balik kampung...

Balik Kampung

Hukk aloohhh...plan nak balik kampung ni macam nak pergi vacation...vacation lah sangat!  Memanjang aje tertunda...akhirnya berjaya juga hari Sabtu lepas.  Itupun sebab dah nak dekat sangat dengan hari kenduri.  Kita orang plan nak buat kenduri sebelum puasa ni kat kampung.


Akukan awal-awal lagi dah plan nak makan rojak kat Pasar Linggi ni.  Yezzzaaa...keinginan aku tu tercapai jua!  Pepagi Sabtu tu aku dah pergi tapaukan nasi lemak untuk anak-anak aku + kuih muih sikit untuk alas perut sebelum bertolak balik kampung...macamlah kampung jauh sangat...aku alas perut dengan sebiji aje kuih karipap sebab nanti senang aku nak menikmati rojak Sulaiman itu...
Masa kita orang sampai kat kg, hujan turun renyai-renyai...ibarat meraikan kepulangan kita orang yang dah lama sesat tak jumpa jalan pulang...ngeh..ngeh..ngeh...aku kah itu???  Salah satu sebab kenapa kita orang sampai aje kat kampung tapi tak terus balik rumah... sebab kunci rumah tak sampai lagi...Daripada menunggu buah tak gugur, baiklah kita pergi petik buah kat pasar tu dulu...Puas sangat rasanya sebab dapat menikmati rojak tu sorang sepinggan...kalau tapau makan kat rumah kena share...dasar kedekutkan....
Biasalahkan anak aku yang dua orang ni...dia orang tak boleh nampak kedai.  Sebenarnya ada sorang lagi...Yasmin.  Nampak aje kedai jajan ni, terus tak nak makan dah...sibuklah suruh aku cepat makan sebab dia orang nak membeli membelah kat kedai ni...Nasib baiklah kedai ni jual jajan aje, tak ada mainan...kalau tak mau pengsan aku!
Sukalah dia orang ni membeli kotak yang besar-besar tu...padahal kat dalam tu ciput aje mainannya...harap kotak aje besar!  Tapi sebab sekali sekala aje balik kampungkan...so kita layankan ajelah...
Disinilah tanah tumpahnya darah ku...

02 Ogos 2011

Danial & Buah Rambutan

Rajin dia mengutip buah rambutan ni.  Kalau bukan kesukaan dia, kim salamlah dia nak buat kerja2 ni.  Lagi2 banyak pulak semut kat buah tu.  Silap haribulan kalau di suruh tolong kutip buah ni maunya dia cakap,  buatlah sendiri...ni tak payah tolong, dia aje yang duk masukkan dlm plastik hitam tu.
 konon kuatlah tu nak angkat sendiri...

Kat rumah aku kat kampung bukan tak ada pokok rambutan, ada 2-3 batang tapi semenjak dua menjak ni aku sendiri pun tak berkesempatan lagi nak tengok buah tu bertukar warna dari hijau ke merah.  Kalau nalik kampung tu selalunya dia terus tukar warna ke hitam...yalah dah tinggal kulit sebelah aje kat tangkainya...'sedara' yang kat kampung tu bukan nak ingat kat kita orang pun...cisss...balik kg baru ni lagi haru...kulit rambutan tu boleh pulak di campaknya dlm rumah.  kulit manggis pun ada...sib baik kat rumah aku tu tak ada pokok durian.  Kalau tak ngan kulit durian sekali dia campak dlm rumah...
Sib baik kat rumah mak sedara yang sorang ni ada lagi buah rambutan.  Dapatlah danial pengalaman bertenggek atas pokok rambutan.  Pengalaman berpeluh2 ngutip buah rambutan...cara2 membuang semut dari buah tu...kait pun pakai galah yang diletakkan kayu kat tengah2 nya tu...hanya orang tertentu aje yang tau guna galah tu...
ehhh tu kan kasut raya, apasal pakai gi kait rambutan ???
Related Posts with Thumbnails