28 Disember 2009
Cuti2 M'sia@Langkawi
Tak tau cam ner aku nak mulakan citer percutian aku kali ni. Sehingga petang sehari sebelum bertolak ke utara, aku dan suami masih tx decide lg samada nak pergi or tidak. Tp yg pasti aku awal-awal lg dah apply cuti. Yasmin ngan Eimran tok sah cakap lah cam ner excited nyer nk gi ke Langkawi ni. Yasmin hari-hari dok tanya bile hari Sabtu? Betul ke kite nak gi Langkawi? Jauh ke Langkawi tu? and 1001 soalan, and yg paling kelakar dia pesan suh kejutkan dia kalau nk gi Langkawi. Gelak aku dibuatnyer...dan aku cakap kat dia,"ibu txkan tinggalkan anak2 ibu kalau ibu gi jalan tau!" Eimran mmg dah ikut mamanyer(kakak aku) beberapa hari awal ke Penang. So mmg janji akan jumpa kat Kuala Perlis hari Sabtu(12/12). Baju Yasmin, Danial and Qaseh dah siap cume aku tx masukkan dlm beg jer sbb kalau tx jd txlah ralat sgt. Baju aku and suamiku ajer tx siap lg.
Actually yg pergi bercuti ni 3 family dr side aku. Tu yg berat aje kot suami aku nk gi...Lam kul 10 mlm kot baru aku siap2kan baju aku and pepagi tu lam kul 6.30 pagi baru aku masukkan sume brg dlm beg.
Kami bertolak lam kul 8.30 selepas menunggu sorang lg anak sedara aku. Then kita org terus zasst ke Tapah, sorang lg kakak aku tunggu kat sana. Dr Tapah kita org konvoi terus ke Kuala Perlis cume berhenti makan kat mana ntah aku tx ingat tp sebelum sampai ke K.Perlis.Sampai kat Kuala Perlis lam kul 4.30pm and ferry ke Langkawi lam kul 5.30pm. Ferry tu bertolak ke Langkawi lam kul 6.00++. kita org sampai kat Pulau Langkawi lam kul 7.00++. Hari dah gelap, tunggu bro in law gi ambik kereta and discuss itu ini...kita org gi cari makan kat Padang Mat sirat. makanan sedap tp aku tx dpt nak menikmati pasal Qaseh dah merengek, nk tido and kepenatan kot, sian kat dia. Danial cam biasa tx tau nk dok diam, merayap dia, tx takut kat org langsung...
Lepas makan, kita org 'check in' kat our homestay. Letak beg aje lepas tu keluar ke Pantai Chenang. Jln-jln kat tepi pantai then balik ke rumah tumpangan tu lam kul 11.30. take turn nak mandi then zzzzzzzzzzzz
Labels:
cuti-cuti m'sia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan