Jumaat lepas cuti hari wesak. Aku plan balik kampung sebab ada kenduri tahlil. Kakak aku pepagi lagi dah angkut eimran n yasmin balik kg. Aku balik lepas sembahyang Jumaat. Sebelum balik, kitaorg singgah klinik sbb qaseh masih batuk lagi. Buat lagi neubulizer, jerit lagi bagai nak rakkk... Doktor suruh masuk sepital, tp sbb nk balik kg, doktor suruh buat 'asap' lagi sekali kat klinik yg berdekatan selepas enam jam!
On the way balik tu, aku sempat singgah kat Beryl's chocolate buffet kat Bdr Baru Bangi. Ramainyer orang, beratur panjang nk dpt cekelat free. Sebelum balik dr sini kita org pekena ice-cream(bayar ok!) perisa mint, sedapppp...
Masa kat highway, tgk qaseh still tx ok, so decide nk singgah kat klinik in Senawang. Tunggu hampir 45 minit, bila turn aku, aku pun explain kat doktor...bla..bla..bla.. doktor check kat dada qaseh then cakap in low tone,"tenat ni". Aku pun terkejut beruk...oh tidakkkk...(biar betul doktor ni!) Lepas 10 minit explanation from the doktor, dia cuma tukar antibiotik jer!!!!Fuuuuhhhhhhh lega...syukur tx apa2. Tx ada gambar kat Beryl's sbb kamera tertinggal lam keta. Sempat ambik gambar hujan lebat kat highway S'ban-KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan