11 Ogos 2010

Ketam Kari/Ketam Kari Kapitan


Ini lauk dinner malam tadi. Masak lebih, terus panaskan utk sahur pagi tadi. Tapi bukan aku yang masak yer...en suamiku yg masak. Balik kerja semalam kita org singgah kat pasar tani ingat nak beli ayam, tapi tx jadi sebab ramai betul org kat gerai ayam tu. Tengok kat gerai ikan nampak lak ketam ni, besar2...aku pun apa lagi tanyalah ngan en suami nak beli tx, dia ok jer. Sekilo ketam ni RM 20 tp org tu bagi diskaun jd RM 18, rezeki tukan...

En suamiku masak kari kapitan...memandai jer aku letak nama lauk tu...alahhhh masak kari jer. Aku nak tolong tp dia kata tx payah, dia kalau masak mmg tx suka org ramai kat dapur... dia suruh aku jaga qaseh...yang qaseh pulak tx nak lepas2 kalau dah nenen tu...Pagi td pun mcm tu jugak, qaseh mengamuk nak menyusu, sampai aku tx dpt nak makan lagi lauk ketam tu. Anyway malam td dah makan banyak jugak ketam tu...aku sahur makan kurma ngan biskut jagung cicah air kopi. Sedap gak...

Since hari ni 1st day puasa, aku pun cam org lain jugak nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa kita tahun ini akan lebih diberkati...Kepada kawan2 yg memberi kad ucapan, "nanti saya ambil ya"....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails