Salam Jumaat...
Aku nak cerita kejadian semalam. Masa balik kerja aku menyinggah kat Watson's Kajang. Adalah tu kan nak membeli...sekali bila kaki kanan nak melangkah masuk aje kat watson's tu, terus alarm dia berbunyi...cuak sekejap aku. Sekejap ajelah sebab yang lain tu dah jadi bengang sangat!! Apa kejadahnya aku baru nak masuk ko dah berbunyi!!! Nasib baik tak ramai sangat orang kat watson's masa tu...Dan nasib baik adik cashier tu baik hati dan cakap baik-baik ngan aku...kalau tak memang aku melangkah keluar aje...hehehe...
Aku belum membeli lagi dia dah berbunyi, macam tak kasi beli aje...
Okeylah tu satu hal...lepas tu pergi pulak CIMB nak buat urusan perbankan sikit. Dahlah masa aku masuk tu aku sorang aje pompuan yang nak buat transaksi. Cepat-cepat pergi kat CDM, tengah-tengah aku duk membaca tulisan kat screen, tetiba ada pulak yang duk panggil kak...kak...ohh kak...aku dah cuak dah...cuak terkejut kat watson's tak hilang lagi, tambah pulak yang satu ni...hishhh...nak tak nak aku pusing lah juga tengok sapa yang panggil... sekali ada abang sorang ni dengan anak dia nak tanya boleh tak nak guna kad bank islam kat situ...haiiiiyaaaa...bank islam kat seberang jalan tu ajelah!!! dalam hati ajelah...hahaha..
Boleh encik, kalau dekat kad tu ada perkataan MEPS!!! Hahhh ada..ada..terima kasih ya...muahahaha...sonyum aku sorang-sorang tengok reaksi dia...
Tu ajelah nak cerita...dua perkara yang membuat kan denyutan jantung aku terlaju dari biasa...
Terima kasih datang baca.
kesimpulannya anda adalah fofular hahaha
BalasPadamhihihi ada tarikan tu :p
BalasPadam