versi cincai...dulu aku selalu tolong arwah mak aku buat kuih ni. Sapa lagi yang nak kalau tak abang aku tu. Kira ni kuih feberet dialah ni. Semalam tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih gunting, tapi tak nak yang berempah-rempah semua tu. Memang resepi arwah mak aku ni tak ada rempah. Dulu aku lah tukang uli tepung, melenyek sampai lah menggunting. Tapi resepi ingat-ingat lupa. Yang aku ingat ada bawang kecil dihiris-hiris. Daun kucai. Lepas tu tak ingat dah. Suruh eimran google...kebanyakan nya ada rempah ratus...ahkak tak nak yg cam tu. Call lah kakak aku yang kat mantin nun...dia pun tak berapa nak ingat...letak majerin katanya. Sib baik aku tak letak telur...
Aku buat sikit aje...percubaan kata kau....tak ada sukatan-sukatan bagai. Semua main curah sesedap rasa. Aku guna tepung gandum, tepung beras, majerin, bawang kecil yang dihiris, daun kucai yang dihiris, sesudu rempah kari dan air garam. Uli sampai tak melekat kat tangan...
Danial suka pula makan kuih gunting aku ni. Ada sikit kurenglah rasanya. Masih boleh diperbaiki lagi...practice make perfect katanya...
Petang tu Qaseh demam lah pulak. Tiba-tiba aje budak kenit ni demam. Panas kan main lagi...lepas tu dia siap menangis sebab sakit kepala...Bawalah pergi klinik. Baik keluar aje dari bilik doktor, elok aje dengan senyum dan berlarian dia...sebelum tu kan main lagi muka sakit dia...nak ambil gambar malu pulak, orang ramai sangat kat klinik semalam.
Habis urusan kat klinik, Yasmin pulak nak coolblog...dari hari selasa malam lagi dah merengek nak coolblog...haishh anak...masa turun nak ke kedai coolblog tu, ada pulak kedai bundle. Danial nampak aje boot bola yang di cari-cari. Hari tu dah cari kat Al-ikhsan, tak ada size dia...selamat duit mak ko...hahaha...sekali ada pulak kat kedai bundle ni...harga pun mampu beli...sudahnya malam tadi sibuk lah dia berjalan dalam rumah dengan kasut bola dia tu...hangin aje abang eimran menengok adik dia...muahahaha...sabar abang ya...lepas ni adalah geng abang nak main bolakan...
okey tu ajelah cerita cuti hari pekerja kami...terima kasih datang baca.
kuih gunting ni saya pernah wat.. tapi entah kat mana salahnya.. keras sket.. boleh bagi resepi tak..
BalasPadamKak Yati.. mak sy pun time raya ada jugak buat kuih gunting ni. Selepas di uli mak akan goremg atas kuali leper dulu (macam goreng roti canai).. potong dengan pisau (nak cepat) atau guna gunting lepas tu baru goreng dengan minyak yang banyak. Err.. sama jek kan caranya? Haha..
BalasPadamTapi sy suka makan yang baru digoreng guna kuali leper tu.. nak2 yang garing tu... perghhh