As salam. Cerita Miri hari tu tak berapa nak habis lagi kan. Terjumpa pula gambar2 ni terselit dalam folder so terhasil lah satu entry untuk bulan December ni. Hahahaa...pandai kan aku..Ceritanya macam ni...kita orang sampai Miri hari Khamis. Hari Jumaat lepas asar majlis akad nikah. Aku menggunakan tiket atas nama adik mak pengantin...so dapatlah menyelit duduk dalam rumah tengok upacara akad nikah. Tetamu yang lain duduk dalam khemah kat luar.
So habis akad nikah dekat pukul 6 lebih jugalah. Lepas tu kita orang terus ke Pasar tamu kat Bandar Miri sebab nak makan durian. Tak ada pula gambar durian miri kat dalam phone aku ni. Tapi ikut tekak aku ni, durian semenanjung lagi sedap.
Malam lepas Isya pergi lagi ke rumah pengantin. Ada upacara bergendang. Kira macam joget lambat tapi kat sana memang guna gendang. Adalah beberapa orang yang menari. Lepas tu kakak aku of course lah kena tarik menari sebab mak pengantin. Kita orang yang makcik-makcik pengantin duduk selit kat bahagian dalam supaya susah nak keluar...cerdik tak kita orang...ngeeee...
Next day hari sabtu, hari langsung. Sampai tengahari jugalah kita orang kat rumah pengantin. Makan masa hari langsung ni super sedap ok. Ada tempoyak goreng. Sekali lagi sebagai adik mak pengantin...ahkak dapat duduk makan depan pelamin...kat sini makan beradap bersila kat depan pelamin. menu sama dengan tetamu lain. Tak jumpa udang berdiri tegak semua tu ya...hahaha...tapi sedap sebab ada tempoyak...terus lupa udang segala..
Petang lepas kenduri tu, kita orang satu van saja jalan-jalan kat Bandar Miri. Guna waze segala nak mencari jalan pergi kraftangan ni. Tu aku peluk ole-ole untuk en suami. Siap pesan suruh beli. Ok...ahkak menurut perintah.
Sebenarnya ke Grand Old Lady ni masa dah nak balik. Ni pun berpusing-pusing mencari. Ada muzium kat sini. Tapi masa kita orang sampai tu dah tutup. Lagipun kan hari sabtu. Half day mungkin.
Apalah maknanya kalau ke Sarawak tapi tak membeli kek lapis kannnnn...Nak mencari kedai kek lapis ni lah yang berpusing-pusing. Almaklumlah semuanya baru pertama kali ke Miri.
Hah tu ajelah cerita miri yang dah basi. Kira habis lah ni. Sib baik ada jumpa saki baki gambar masa kat sana.
Terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan