Assalamualaikum...
Tuan tanah sendiri terkejut tengok blog yang dah lama sangat dah berupdate...nampak sangat hangat-hangat tahi ayam. Lama betul kali ni...Last update bulan Januari...
Banyak sangat nak cerita, tapi sis cubalah ya.
Memula nak bagitahu yang entry ni tak ada gambar. Gambar semua dalam handphone tak transfer lagi masuk laptop.
Untuk update yang pertama, haruslah dari bulan Januari. Cerita follow up anakanda Danial di hospital Serdang. Tahun lepas kan dia kena follow up dekat Hospital Serdang pasal masalah jantung berlubang...Mujur follow up tu setahun sekali je setiap bulan Januari. So Januari lepas aku bawalah dia, kali ni keluar rumah lebih awal. Sesudah solat subuh okey! Tapi tetap kena tempuh kesesakan menghala ke Putrajaya tu...Bertabah betul aku masa tu. Sadisnya tetap dapat parking tepi highway, malah lebih jauh lagi. Bertambah sadis sebab masa tu hujan renyai-renyai...Berlari anak kitaorang anak beranak.
Syukur sangat, proses dari pendaftaran hingga jumpa doktor tak lama macam masa mula-mula dulu. Kali ni jumpa doktor, terus buat ultra sound. Doktor check lepas tu cakap dah tak ada lubang...mak is terkejut juga. dalam masa yang sama sangat bersyukur...so doktor pun terus cakap, tak payah datang lagi...bertambah bersyukurlah mak dia...kira selamatlah cuti aku tahun depan.
Itu kira pembuka tirai 2018 aku lah...sebab appointment hospital memang awal tahun. Yang lain-lain akan aku cuba ingat untuk memori dekat sini.
untuk sementara waktu, ini ajelah yang mampu aku kongsi. Terima kasih daun keladi..jangan lupa jenguk-jenguk blog ini lagi...
Memaparkan catatan dengan label danial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label danial. Papar semua catatan
09 Ogos 2018
23 Jun 2016
Cerita Danial
Assalamualaikum...
Ada ke lagi yang sudi datang menjenguk blog aku yang sunyi sepi ni. kalau tak ada pun tak apalah.
Kali ni nak cerita pasal anakanda Danial. Birthday dia bulan 5 dah lepas. Emak is terlupa nak update dalam blog. Kesian kat dia...Tahun ni genaplah umur dia 9 tahun. Tapi manja mengada dia tu tak hilang juga lagi. Sekarang ni Danial aku hantar ke sekolah tahfiz. Biarlah ada sorang anak aku yang bergelar tahfiz...doa aku begitulah...
Mulanya aku memang berat hati nak hantar dia ke tahfiz. Almaklumlah dia kecil lagi. Dalam kepala dia asyik ingat nak main aje...apalah yang dia tahu...pemikiran mak2 sangat kan. Masa mula2 hantar dia dulu, dari rumah lagi aku dah 'hujan renyai-renyai'. Maunya tak sedih, pertama kali berpisah dengan dia...Tapi dia excited. Siap cakap, ibu janganlah nangis, nanti lepas ni tak adalah ibu nak marah adam lagi...huaaaa...lagi laju lah airmata aku...bertuah betul kan. Lepas hantar dia tu, beria dia lambai kat aku...sepanjang jalan balik memang tak kering lah airmata aku ni...time nak tidur malam lagi drama...
Senyap2 esoknya en suami pergi tempat dia...Dia berpuasa sunat hari Isnin masa tu.
Entry ni terhenti hari tu sebab mak is taufu fa. Airmata mengalir sendiri tanpa dapat di tahan-tahan...
Selepas seminggu duduk di tahfiz, nampak sangat perubahan dia. Kalau dengar azan laju pergi ambil air sembahyang...mak pulak termalu sebab lengah-lengahkan waktu....rajin nak tolong bersihkan bilik air sebab kat tahfiz memang tugas dia buat khidmat membersihkan bilik air. Sejak duduk kat tahfiz ni juga aku tengok dia berselera makan nasi. Syukur Alhamdulillah.
Masuk bulan kedua, Danial dah pandai buat hal. Dia dengan beraninya lari keluar dari tahfiz. Aku tak tahu, ustaz call dekat en suami suruh datang tahfiz. Syukur sangat sebab dia di jumpai oleh kawan2 ustaz juga. Aduhaiii Danial...Ustaz suruh bawa balik...berulang lah dekat sebulan juga. Seawal 4.30 pagi kita orang hantar dia ke tahfiz. Ada juga hari-hari yang dia nak memonteng...Start bulan 3 aku suruh duduk situ. Aku datang melawat seminggu sekali. Tapi tiap kali datang, Danial mesti menangis nak ikut balik...tu yang aku tak tahan tu...Lepas tu, aku kentalkan hati, tak datang melawat langsung. Cukup bulan datang ambil bawa balik aje...tapi sekali sekala watsapp lah dengan ustaz or ustazah tanya khabar dia.
ini aje gambar dia yang ada. Ada banyak gambar yang ustaz hantar tapi ntah kat mana tak jumpa. Ada gambar yang dah kena edit ni. Tak tahulah kerja sape ni...
Masa ni nak hantar balik ke tahfiz lah tu...muka sedih..
Dalam pada dia menangis tu, dah 6 bulan jugalah dia kat sana. Menurut ustaz, dia dah tahu masa bila nak baca panjang atau pendek. Alhamdulillah...
Itu ajelah cerita dia...ada banyak lagi tapi cukuplah setakat ni dulu. Terima kasih datang baca...

Labels:
danial
14 April 2016
Hospital Lagi
Ingat tak kisah danial pengsan tahun lepas? Lepas tu sepatutnya ada follow up dalam bulan November, boleh pula maknya terlupa. Petang masa balik kerja akak nurse hospital called marah-marah sebab tak datang. Lain kali call lah satu dua hari sebelum tarikh appointment...gentle reminder gitu... Ni dah petang call nak marah buat apa...doktor pun dah balik. So set another appointment dalam bulan Januari lepas. Pergi jugalah dan dari situ doktor setkan appointment lain untuk buat EEG kat hospital lain.
Di sebabkan hospital kajang tak ada peralatan nak buat eeg ni, maka danial kena refer ke hospital klang. Mulanya aku dapat appointment dalam awal bulan April, memandangkan masa tu aku dah ada urusan yang dah di plan setahun yang lalu, aku cuba nasib call sendiri ke hospital klang. Alhamdulillah orang yang menyambut panggilan aku sangat baik dan berbudi bahasa. Dia pun pelik macam mana aku boleh dapat appointment lambat sangat. Padahal masa tu bulan Jan. Since minggu depan nya tu cuti hari wilayah, dia pun save kan tarikh tu untuk danial.
Menurut nurse dari hospital kajang, malam sebelum datang nak buat EEG ni, suruh anak tidur lambat. Jadi masa buat ujian ni, dia akan tertidur...tak ada maknanya danial nak tidur awal. Walaupun tidur lambat malam sebelum tu, bila bangun macam biasa aje dia.
Ujian ni dalam setengah jam aje. Setengah jam sebelum tu dia bagi penerangan tentang ujian ni.
Dah berselirat wayar kat kepala tu dia tetap tak boleh nak tidur...kepala asyik bergerak aje. Beberapa kali juga orang tu suruh dia duduk diam. Buat ni sambil baring...kalau aku harus dah mimpi-mimpi dah. Suasana bilik pun suram, konon nak bagi dia tidur, sudahnya aku yang mengantuk.
Result dari ujian ni akan di hantar ke hospital kajang. Next appointment danial dengan hospital kajang dalam bulan Mei ni. So kita doakan yang baik-baik aje untuk anak syurga aku ni ya.
Terima kasih datang baca.

10 Ogos 2015
Cerita Ahad Lepas
Tragedi sangat petang ahad lepas...ceritanya bermula begini...hahaha...skema sangat
Petang-petang sabtu or Ahad memang sangat dinantikan oleh anak-anak aku ni...tak lain tak bukan nak mengajak pergi ke tamanlah...memandangkan sebulan puasa hari tu tak ke taman pun, jadi aku dengan baik hatinya offerlah kat dia orang pergi taman petang sabtu tu lepas majlis khatam al-quran yasmin. Tapi petang tu, hujan lebatlah pula...so offer tu di tarik balik...dan di cadangkan pada petang ahad pula. Dan kebetulan hari ahad tu cuaca sangat cantik, dapatlah dia orang ke taman.
Aku yang nak exercise sebenarnya...almaklumlah dah makan macam-macam...exercise satu pun tak ada...bukan nak berlari sangat pun, sekadar jalan kaki keliling taman permainan tu aje...yasmin di tugaskan memantau qaseh dan danial. Danial pun tak adalah di pantau sangat, sebab dia sibuk mengayuh basikal...
Happy aje kan, bila kehendak hati berjaya di laksanakan...sampailah bab nak ajak balik...
Biasalah tu...tak nak balik...tak puas nak main lagi...ok, ibu bagi 5 minit lagi...cukup time kita balik...masa nak balik ni lah tiba-tiba danial kata dia tak larat nak jalan...amboiiii tadi sakan mengayuh basikal, sekali bila nak balik tak larat pula ya...aku pimpin dia sambil jalan sampai melintas jalan...tiba-tiba dia mencangkung kat jalan...nak tak nak aku dukung juga dia...sambil tu mulut membebel kat dia juga...sekali aku tengok mata dia tertutup dan bibir dia dah putih pucat...aku apa lagi...laju-laju lari balik ke rumah. Tapi masa ni tak panik sangat...siram air dan panggil dia...dia buka mata...bagi minum air...oh ya...masa ni jiran sebelah pun datang tolong panggil dia...tak bagi dia tidur...
Bila dia dah sedar, aku papah bawa masuk rumah...masa nilah aku panik giler...bila aku duduk kan atas kerusi, dia langsung tak buka mata...aku sapu air kat muka pun dia tak bangun...panggil pun tak respon nak buka mata...nampak macam dia sedap sangat tidur...tapi kenapa nak tidur pulak time ni kannn...aku dah selebat-lebatnya hujan...
tapi yang 3 orang lagi tu ingat danial main-main...almaklumlah dia kan drama king. abang eimran geli-geli kaki pun dia tak respon. qaseh duk cucuk kat pinggang pun dia tak respon...yasmin called ayah dia bagitahu danial tak sedar...mungkin dengar aku menangis, laju aje bapak dia balik...terus bawa pergi klinik dalam keadaan yang tak sedar tu...Doktor terus bagi oksigen...baru dia buka mata...
Bila buka mata pun dia macam terpinga-pinga aje...pandang keliling...nak pastikan kat mana kot. Aku panggil dia, dia pandang aje. Lepas tu mata melilau pandang keliling lagi. Aku ada rasa cuak juga di situ...Aku suruh sebut Allah...dia sebut.
Doktor kata mungkin dia pitam, sebab check perut dia banyak angin...tapi Doktor tetap nak refer ke hospital untuk further check up. Lagipun ini pertama kali berlaku. So lepas tu ke hospital kajang lah kita...
Masa kat emergency, doktor terus buat x-ray, ECG dan ambil darah. Semua tu ok tapi doktor still nak pantau dalam masa 24 jam. so bermalamlah kami di hospital.
Alhamdulillah masa kat hospital Danial sihat-sihat aje. Tak ada beza langsung time sihat dengan sakit...sempat juga pow aku kat kedai hospital tu...nak kereta mainan. Sebab admitted, aku layanlah juga...
Ni gambar Danial tolong bapak budak tu nak bagi ubat...anak dia duk jerit tolong...tolong...hahahaa...pandai sangat adik tu...terus danial datang tolong pegang kepala dia...memang seksa nak bagi budak-budak kecil makan ubat kan...aku dah merasa tu dulu zaman abang eimran.
Tu aje cerita kali ni. Harapnya Danial akan baca kisah ni.
Terima kasih datang baca.
Labels:
danial,
hospital kajang
04 Jun 2015
Sukan Sekolah
I'm proud of you son
Tulah satu-satunya gambar hari sukan sekolah danial yang aku ada. Itu pun bukan aku yang ambil, kawan yasmin yang tolong ambilkan. Teknologi canggih sekarang, sekejap aje dah dapat.
Danial masuk lari 100 meter. Bersungguh dia berlari...aku berdiri kat garis mula untuk bagi semangat kat dia. Sekali yasmin sound baik aje...'ibu jangan over ya'
Sabar ajelah aku...aku tak nampak danial menang atau kalah, tapi dari jauh nampak cikgu tarik dia ke tepi, maknanya menanglah tu..cuma tak tahu tempat ke berapa.
Mak yang 'taufufah' macam aku ni mulalah kannnn...anak menang lumba lari pun nak syahdu syahdan...hahaha...ada aku kesah...
Rupanya ayah dia bangga aje dengar nama anak dia di umumkan...ayah bagi sokongan dari luar pagar sekolah aje.
21hb Mei yang lepas, harijadi danial yang ke 8 tahun. Ada kek tapi gambar entah mana pula. Doa dan harapan ibu semoga danial menjadi anak yang soleh. Anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Danial kena rajin-rajin solat.
Terima kasih datang baca.
Labels:
anaksyurga,
danial
01 Jun 2014
Danial is 7
Dah beberapa minggu lepas birthday anakanda Danial. Celebrate pun lambat dua hari. Nak keluar kat blog ibu lagi lah lambat...hihihi...Tapi Danial tak kisah pun...janji ada hadiah...kek lambat sikit tak jadi hal lah...
Sekejap aje dah 7 tahun anak aku ni. Keaktifan dia masih belum berkurangan walaupun dah masuk sekolah. Kadang-kadang aku tengok dia macam dah matang pun ada. Kadang manja mengada pun ada juga.
Few days before harijadi dia tu...boleh dikatakan tiap malam nak tidur kat lengan aku dulu. Kalau qaseh jeles...merajuk dia bawa diri masuk bilik dia...sian sangat tengok dia masa tu. Bila qaseh dah tidur baru aku pergi peluk cium dia pula.
Kadang Danial ni boleh tahan rajin nak tolong aku mengemas rumah. Pernah dia tahu ada orang nak datang rumah, dia tanpa disuruh tolong lap-lap habuk yang ada kat meja tv. Kasut sekolah pun selalu nak basuh sendiri...tu aku tahu sebab suka nak main air kannnn..
Tapi dalam bab makan tetap cerewet...nasi jarang sangat dia nak makan. Semenjak dua menjak ni aje aku tengok dia nak makan nasi.
Untuk Danial...moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu love Danial to the moon and back, to the moon and back...berulang kali sayang...hahaha...

26 November 2013
Sakit Tekak
Aku ni dah batuk dan sakit tekak sejak hari Khamis lepas lagi...Danial dan qaseh pun batuk tak hilang lagi. Semalam bawa pergi klinik yang ke 3. Doktor kata, dari pemerhatian di tekak qaseh...dah ke arah pemulihan tapi ada sikittttt aje lagi merah.
Since dua-dua orang tu dah lama batuk, Dr suruh buat neubilizer malam tadi. Bila dah buat tu, jelas kat muka doktor tu kelegaan...sebelum tu berkerut-kerut muka dia bila dengar kat dada danial ngan qaseh. Dan malam tadi dapatlah Danial tidur nyenyak tapi qaseh ada juga sekali dua terbangun sebab batuk. Sebenarnya dah beberapa malam aku dan dia orang tak boleh nak tidur sebab kejap-kejap danial terbangun batuk lepas tu berlari ke tandas nak muntah...aduhaiii kesian betul kat dia. Dan Alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lenanya.
cuma sekarang ni aku ajelah tak recover lagi dari sakit tekak dan batuk ni. Ni stok ubat aku beli kat farmasi. Strepsils ti dari yang extra strong dah sampai Max aku hisap tapi tak hilang juga sakit tekak dan batuk ni. Aku siap kemam lagi strepsils tu time tidur...tekak ni tak usah cakaplah macam mana peritnya.
Dah beberapa hari asyik makan bubur aje...tak boleh tahan, semalam tolak juga nasi masuk ke mulut...hehehe...
Tu ajelah nak bagitahu...korang ada cara lain ke nak hilangkan sakit tekak ngan batuk ni? Terima kasih datang baca.
13 November 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tadika Danial
Panjang ke tajuk entry aku tu? Tak perlah sekali sekala aje aku letak tajuk yang panjang. Majlis anugerah ni hari Sabtu lepas pukul 2 petang. Belah paginya aku ke sekolah Agama yasmin. Dah ceritakan yang tu...
Masa nak ke Majlis ni, cuaca sangatlah panas...berpeluh-peluh aku...jalan kaki aje sebab belakang rumah, tapi tetap berpeluh...masa aku sampai, khemah tu dah penuh...aku cari tempat duduk bawah khemah tak ada kosong, kalau ada pun masing-masing dah book untuk ahli keluarga dia orang...Mulanya aku hangin juga, setakat nak tengok budak tadika, hangkut satu keluarga...tok nenek semua...tapi nasib baik cepat muhasabah diri...hehehe...Perancangan Allah tu lagi cantik...sekali aku dapat duduk bawah porch rumah orang, elok aje redup dan sejuk. Ya Allah ampunkanlah aku...nampak sangat tak istiqamah...
Seperti biasa sebelum pergi harus posing-posing dulu anak-beranak. Berposing di bawah terik matahari...Danial aku dah suruh abang eimran hantar dulu, cikgu nak touch up kot tu sebab kena hantar awal. Mak datang lambat sikit tak apa...ngeh..ngeh...
Tu adam dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah. Set alat tulis faber castle. Aku suruh simpan elok-elok untuk guna tahun depan. Jimat sikit untuk alat tulis dia...
Ni baru dapat sijil tamat persekolahan tadika...di sampaikan oleh Pengerusi penduduk taman aku tu...Hebatkan sekarang ni, sekolah tadika pun siap pakai jubah ambil sijil...Yang tukang sampaikan pun kena berjubah juga. Zaman aku dulu mana ada semua tu...kalau nak pakai jubah tu, sila belajar sampai universiti!
Tengah-tengah penyampaian cenderahati dan sijil tu, hujan turun agak lebat juga. Tetapi majlis tetap diteruskan dan alhamdulillah berjalan lancar. Di akhir majlis, ibubapa di jamu dengan minum petang. Ada mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih.
Masa nak ke Majlis ni, cuaca sangatlah panas...berpeluh-peluh aku...jalan kaki aje sebab belakang rumah, tapi tetap berpeluh...masa aku sampai, khemah tu dah penuh...aku cari tempat duduk bawah khemah tak ada kosong, kalau ada pun masing-masing dah book untuk ahli keluarga dia orang...Mulanya aku hangin juga, setakat nak tengok budak tadika, hangkut satu keluarga...tok nenek semua...tapi nasib baik cepat muhasabah diri...hehehe...Perancangan Allah tu lagi cantik...sekali aku dapat duduk bawah porch rumah orang, elok aje redup dan sejuk. Ya Allah ampunkanlah aku...nampak sangat tak istiqamah...
Seperti biasa sebelum pergi harus posing-posing dulu anak-beranak. Berposing di bawah terik matahari...Danial aku dah suruh abang eimran hantar dulu, cikgu nak touch up kot tu sebab kena hantar awal. Mak datang lambat sikit tak apa...ngeh..ngeh...
Di lorong sebelah rumah jiran...
Selepas dua tiga orang memberikan ucapan...barulah ada persembahan. Danial langsung tak praktise apa pun kat rumah. Cuma masa nak pergi tu dia cakap, nanti ibu dengar adam nyanyi ya...adam nak nyanyi kuat-kuat...masa ni dia tercari-cari aku...Tu adam dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah. Set alat tulis faber castle. Aku suruh simpan elok-elok untuk guna tahun depan. Jimat sikit untuk alat tulis dia...
Ni baru dapat sijil tamat persekolahan tadika...di sampaikan oleh Pengerusi penduduk taman aku tu...Hebatkan sekarang ni, sekolah tadika pun siap pakai jubah ambil sijil...Yang tukang sampaikan pun kena berjubah juga. Zaman aku dulu mana ada semua tu...kalau nak pakai jubah tu, sila belajar sampai universiti!
Tengah-tengah penyampaian cenderahati dan sijil tu, hujan turun agak lebat juga. Tetapi majlis tetap diteruskan dan alhamdulillah berjalan lancar. Di akhir majlis, ibubapa di jamu dengan minum petang. Ada mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih.
Pihak sekolah baik hati bagi bergambar sekali lagi dengan jubah dan scroll. Tapi spoil adam pakai selipar jepun aje...selalunya dia kalau bersiap nak menyemart aje. Mesti nak pakai kasut tapi hari tu boleh pula dia pakai selipar...haiiilahhh adam....
Besar dah adam...Tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan. Kak min selalu cakap, dia risau kalau adam ni nakal sangat kat sek kebangsaan. Dahlah cikgu garang-garang...nanti mesti dia kena lempang...huuuiii kesianlah kat dia nanti...Dahlah kakak dia tu tak sama sesi dengan dia...kalau tak boleh juga dia tengok-tengok kan adam kan...Yasmin tu cakap dari pengalaman dia sendiri yang menangis tak nak pergi sekolah...jenuh jugalah aku nak memujuk dia siap pergi menghadap guru besar lagi!
Harapnya adam tak adalah sampai macam tu ya...Memang tak dinafikan yang adam ni agak hyper sikit...Tapi apa-apa pun kita tunggulah macam mana dia di dunia baru tu nanti.
okey tu aje cerita adam...terima kasih datang baca.
Labels:
danial
18 Oktober 2013
Sukan Sekolah

Ni masa sukan tadika sekolah danial dan qaseh. Hari minggu beberapa minggu yang lepas. Semangat budak berdua ni bangun pagi nak ke padang. Pagi tu hujan rahmat sekejap, tapi renyai-renyai aje.
Sebelum pergi, mak dan anak-anak haruslah bergambar dulu...Cameraman adalah abang Eimran. Ayah tak joint sebab bersiap nak pergi kerja. Tapi sempatlah dia jengah dari tepi padang aje.
Bergambar lagi sebelum gerak ke padang. Abang eimran saje mengacau adik dia nak bergambar tau. Suruh ambil elok-elok tak nak.
Macam budak sekolah kebangsaan...ada perbarisan mengikut rumah. Aku sibuklah mencari anakanda qaseh yang nit-nit tu...almaklumlah bila semua dah bertudung tu, payah sikit nak mencarinya...Abang danial senang aje nak kenal...yang tak tahu duduk diam...tulah anak aku!! Bila tak jumpa qaseh, aku perhatikan kat kasut pulak...tak jumpa juga...aikk mana pula qaseh ni. Dari duduk terus berdiri nak tengok qaseh...hahaha...
sekali nampak dia tengah tersengih-sengih kat depan sekali....hahaha...aku pun gelak kat diri sendiri...sure dia pun fikir, mesti ibu tengah cari aku tu...
Sempat danial melambai kat aku...gaya pro aje dia.
Ni salah satu acara yang danial masuk...susun kon namanya. Aku ingatkan kenalah susun mengikut turutan...tak ada maknanya...janji semua masuk kat tiang tu, terus lari. Aku tengok Danial duk tengok budak sebelah dia tu menyusun...ikut turutan. Budak yang tengah lari ni...janji susun aje dah selesai...untuk acara ni danial dapat tempat ke 4. okeylah tu, dapat juga medal.
Ni pula peserta yang ditunggu-tunggu...hahaha...comel sangat tengok dia jalan tengak bawa bola tu...nama acara ni bawa ice cream...homel-homel sangat...matilah puji anak sendiri. Lagi lawak...acara ni dua orang aje yang masuk...lagi sorang tu budak lelaki...haruslah budak lelaki tu laju aje dari qaseh. Tak per...dia no. 1 qaseh no. 2...hahaha tak payah nak rebut-rebut...
Tu dia masa ambil hadiah...aku post gambar ni kat instagram...kagum mak sedara qaseh berjaya dapat tempat kedua...dia orang tak tahu, memang dua orang aje dalam acara tu...hahaha...bukan setakat mak sedara aje yang kagum, ayah dia pun sama...bangga sekejap anak lari dapat no.2!!!
Ni lagi satu acara yang abang danial masuk. Pancing ikan namanya. Zaman yasmin dulu pun ada juga acara ni...sakit tekak aku jerit kat yasmin dulu...susah betul nak lekat magnet pancing tu kat ikan...kali ni aku siap pesan kat danial...kalau tak lekat, ambil aje ikan tu lekatkan sendiri kat pancing...ya ampun cikguuuu....aku tengok danial mengikut apa yang aku cakap...hahaha...
Ni pula acara bawa pundi kacang atas kepala...yang belakang tudung hitam tulah qaseh.Homel lah dia bawa pundi kacang tu...penuh hati-hati...untuk semua acara ni, dia orang dapat sorang dua hadiah...okeylah tu, janji balik rumah jangan ada yang berebut hadiah.
Tu ajelah update terkini. Terima kasih datang baca...
17 September 2013
Ke Pusat Sains Negara
Kali ni tadika Danial buat lawatan ke Pusat Sains Negara. Ini pun di tangguh seminggu dua atas sebab yang tak di nyatakan. sepatutnya pergi akhir august kalau tak silap aku, tapi dapat surat awal sept. Tak kisahlah, janji pergi kannnnnnnn...Awal pagi lagi kita orang dah menghantar dia ke sekolah. Asalnya dia sepatutnya pergi dengan Qaseh, tapi pagi tu qaseh tukar fikiran tak nak pergi...gehhhrammmm aje aku....
Qaseh tak nak pergi sebab bibir dia berdarah kesan jatuh beberapa hari sebelum tu. Sayang sangat dia dengan luka tu sampai tak kasi sorang pun bersihkan. Aku nak mengelapkan kesan darah tu pun tunggu dia tidur nyenyak, baru boleh lap perlahan-lahan. Kalau dia sedar haruslah meraung-raung...diakan drama queen!
Anak-anak syurga di beri makan pagi sebelum menaiki bas. Danial manalah suka nak makan kuih pagi-pagi tu...air solivite tu laju aje dia habis kan...karipap tu tak boleh nak masuk agaknya. Cikgu pula duk paksa, sapa tak habis tak boleh pergi...jenuhlah danial suruh aku tolong habiskan...aku suruh dia makan sikit-sikit, tak mahunya dia...kalau roti laju aje.
Ni dah beratur kat bahagian luar sekolah...sementara menunggu bas yang tak sampai-sampai...Lotih den menunggu...Agaknya dalam 8.30 pagi baru sampai! Jangan ingat aku sorang aje yang duk sibuk ambil gambar anak ya...belambak yang sibuk ambil gambar anak masing-masing. Baik mak baik bapak...ada yang siap naik atas bas lagi! Masa ni ajelah pun boleh simpan untuk kenangan, ya tak???
Okey tu ajelah pot pet aku petang-petang ni...terima kasih datang baca.

26 Jun 2013
Abang & Adik
Danial mandi tapi lupa nak bawa tuala mandi...dia pun jerit kat adik dia qaseh,
Danial : Adikkkkk...
Qaseh : Apa?
Danial : Nak masuk syurga tak?
Qaseh : Tak nak...malas lah tu nak tolong ambilkan tuala, tau dah taktik abang dia...
Danial : Habis camner nanti abang nak cari adik...
Qaseh : buat dekkk aje...
Danial terus lari ambil sendiri tuala dia dan bagi kat qaseh...
Danial : nahh...bagi kat abang...
Qaseh buat pulak apa yang di suruh...haiilah danial...dia ingat dengan cara tu dapatlah dia cari adik dia kat sana nanti...
tu ajelah nak cerita. terima kasih datang baca...
25 April 2013
Cerita Adam
Lama pulak rasanya tak bercerita pasal anak lelaki aku yang sorang ni. Adam Danial. Bulan depan dia cukup umur 6 tahun. Tapi awal-awal dah minta nak bawa kek pergi sekolah. Okey lah Adam, since next year dia masuk sekolah kebangsaan, biasanya aku memang akan hantar kek ke sekolah tadika...kek pun dah request nak kek apa. Tapi bila nak confirmkan aje mesti dah bertukar-tukar...
Adam ni tak adalah jauh sangat beza umur dengan qaseh. Tapi dia yang terlebih manja dari qaseh. Tak selalu lah..kadang kadang aje. Tapi kalau time qaseh tidur, memang time dialah bermanja-manjaan...super duper aktif tak usah cakaplah kan. Tengok gambar pun dah tahu. Satu yang aku perhatikan pasal danial ni, suka berkawan. Kalau pergi mana-mana, dan ada budak-budak mesti dia pergi dekat-dekat dan lama-lama terus kawan.
Tapi Danial ni susah betul nak suruh makan...badan dia tu aku tengok dah nak terjojol tulang lutut dia...hahaha...puas paksa makan nasi, aku suapkan pun tak nak. Kalau berjaya pun dalam 3 atau 4 suap aje. Dia suka makan roti dan buah. Stok buah memang selalu ada.
Budak kecil ni boleh tahan juga panas baran dia...tapi kalau dengan qaseh dia memang banyak beralah. Dia seorang yang berani...pergi dapur waktu malam dalam gelap pun no hal lah...cuba ko suruh yasmin...nak mandi pagi-pagi pun suruh bibik temankan...kalau boleh nak disuruhnya bibik masuk sama dalam bilik air tu.
Tu ajelah cerita pasal Adam...kalau aku tunjuk entry ni kat dia, mesti dia malu-malu tengok gambar dia...nak baca tak pandai lagi. Catatan ni untuk Adam baca bila Adam dah besar nanti ya..

11 April 2013
Heart Attack
bukan art attack ya!
sakit jantung aku nengok hasil kreativiti anakanda
qaseh dan danial
Budak kecil dua orang tu kan
selamba aje menconteng dinding kat rumah
hari tu baru aje belikan pensil kaler
sampai rumah elok aje qaseh meng'test' pensel kaler dia tu
aduhhhh....terjerit aku nengokkan keselambaan dia tu
dia ingat dinding rumah tu kertas conteng ke apa...
ni kreativiti terbaru
merengek minta beli sticker kat kedai
sampai rumah merata di tampalnya
sampai ke almari baju aku sekali
Itu tak boleh ya nak...
buka sekarang..!!!
Okey tu aje nak cerita...tarik napasssss....
lepasssssss....
Terima kasih datang baca...
19 Februari 2013
Jagung...jagung...
dibeli atas permintaan anakanda danial
jagung ini adalah salah satu makanan kegemaran dia...
ada macam bunyi karangan sekolah rendah tak???
bila dah ambil gambar
cantik pula warna kuning ni...
tengok jagung ni, teringat jagung kat cameron highland
hari tu, eimran ada cakap, dah lama tak
pergi cameron highland...
yalah...terus google cari tempat penginapan...
sabar ya bang...banyak benar tempat yang korang nak pergi kan
kita pergi satu per satu ya...
terima kasih
13 Februari 2013
Cikgu nak gambar...
Sebulan lebih dah cikgu minta gambar ukuran size passport...mak dia buat endah tak endah aje. Semalam baru berkesempatan bawa dua orang budak kecil ni pergi kedai gambar.
Qaseh awal-awal dah siap nak pakai tudung sekolah lagi...
Qaseh awal-awal dah siap nak pakai tudung sekolah lagi...
Danial tak tahu nak senyum ke tak...dia kan perahsaan sikit...
so senyum ajelah danial ya...
hahaha...entry pendek aje
janji ada...
terima kasih datang membaca...
04 Februari 2013
Sambutan Maulidur Rasul @ Pasti
Selepas dua minggu qaseh tak ke sekolah, hari Jumaat lepas dia dengan penuh semangat nak pergi sekolah pula. Itupun lepas aku pujuk-pujuk cakap pakai baju raya barulah dia nak pergi. Hari Jumaat lepas ada sambutan Maulidur Rasul dekat sekolah dia. Kebetulan pula aku cuti sempena Hari Wilayah. Kenalah aku menghantar dia orang pagi tu...tak per janji nak pergi sekolah kannn...
Tapi kita orang terlambat, kawan-kawan yang lain dah berarak separuh jalan baru kita orang sampai...itupun nasib baik nampak perbarisan anak-anak comel ni...terus aje selitkan budak kecil dua orang tu.
Qaseh tercengang-cengang sebab dah lama tak pergi sekolah, manalah ada kawan kan... ikut ajelah belakang orang...aku pun kenalah ikut juga, sebab dah janji dengan qaseh... qaseh suruh tunggu dia.
Bila masuk aje kawasan sekolah ni aku nampak dia menangis...masa tengah berjalan tu pun dia menangis sambil tengok belakang...cari mak dia lah tu...aku cakap kat cikgu tu biarkan aje dia menangis...hehehe...aku tunggu aje kat luar pagar sekolah dia ni.
Bila budak-budak dah masuk kelas lagi lah dia menangis kuat...terus cikgu hantar kat aku..gerammm aje ngan dia ni tau...beria aje janji nak pergi sekolah, tak nak nangis...
Kuasa aku nak menunggu memujuk lagi kat situ...dah nangis tu jom ajelah balik. Tunggu kejap abang danial nak bagitahu qaseh dah balik...abang dia happy aje...Balik sekolah dapat jajan, qaseh rileks aje minta tanpa rasa bersalah...
okey tq for reading...cerita anak-anak aje. Cerita Grand Lexis next, next entry lah ya. Kenalah ikut turn ...

maulidur rasul,
pasti,
qaseh
Langgan:
Catatan (Atom)