Memaparkan catatan dengan label Kenduri doa selamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri doa selamat. Papar semua catatan

09 Oktober 2013

Kenduri Doa Selamat

Kenduri ni bulan lepas, 15 Sept tapi aku baru nak buat entry.  Tujuannya sempena keberangkatan kakak aku dan suaminya ke Tanah Suci Mekah.  Dia orang pun dah selamat sampai kat Mekah dah sekarang ni.  Teknologi canggih sekarang ni, hari-hari boleh watsapp.

Kenduri ni dia orang buat kat rumah in law dia kat Shah Alam.  Aku antara yang terawal sampai.  Bukan 'antara' dah, memang yang pertama sampai among adik beradik yang lain. Dah di pesan suruh datang awal, ahkak is menurut perintah...Masa aku sampai tu semua dah siap, cuma tengah goreng ayam aje.  Tu sebahagian kuih yang ada.
Kuih tart ni dikhabarkan order online.  Tapi aku tak tahu linknya.
Roti jala ni di order dari kejiranan menurut mak mertua kakak aku merangkap mak long aku juga...cicah dengan kuah durian.
Lauk lain aku tak ambil gambar.  Aku ambil gambar kat ulam-ulaman ni aje sebab tak tahan tengok dia segar-segar bersusun kat meja tu.  Lauk lain yang sedap-sedap macam sambal sotong, ahkak siap tapau bawa balik sambal sotong...ada rendang daging, ayam goreng, ikan masin masak lemak dengan nenas dan ikan goreng kat bawah nun.

Aku sampai dahlah awal, sampai-sampai dah kena makan.  En suami siap lunch lagi walaupun belum waktunya..hehehe.  Yalah lepas tu dia pergi kerja, tinggallah aku anak beranak kat rumah kenduri ni.  Manalah aku tak melantak...dah duduk sampai petang...
Tulah kakak aku yang dah selamat sampai kat Mekah...hahhh jangan ada yang kata aku nampak tua pulak dari dia ya...biasa tu...
 Sebaris dengan aku tu makcu, maklang dan kakak-kakak aku yang lain...
 susah nak tengok anak bujang aku yang sorang ni nak duduk diam masa orang berzikir...
Alhamdulillah dia mengikut abang farid yang baju merah tu, tu pasallah
dia duduk diam sekejap.  Lepas tu siap masuk longkang lagi dia...haishhh sabar ajelah 
aku dengan dia ni...
 Sesi bergambar mestilah ada kannnn...Qaseh pun dah terbang tudung dia.  Aku bergambar dengan mak lang aku yang dah lama sangat tak jumpa.  Raya pun aku dah lama tak pergi rumah dia...terukkan...
Ni sesi anak-anak aku bersalam-salaman dengan mak ngah and pak ngah yang nak berangkat ke Mekah.  Tapi dia orang ni memang biasa kena buli dengan mak ngah dan pak ngah dia orang time bersalam macam ni.  Especially abang eimran yang shy-shy cat sangat tu...Danial memang manja mengada namanya tu...
 nilah yang shy-shy cat sangat tu...
 yasmin rileks aje
Qaseh pun tak nak ketinggalan nak salam ngan mak ngah and pakngah dia.  Budak ni siap bertukar baju lagi. Ohhh dia dapat tidur kan main sedap lagi....tu yang bangun tidur terus nak tukar baju...nak ucap selamat jalan, dah sampailah pulak dia orang kat sana.  Cuma doa aku semoga semua urusan dia orang di permudahkanNya dan mendapat haji yang mabrur.

Tu ajelah nak cerita.  Ni pun dah basi benar baru masuk blog.
Terima kasih datang baca.

08 Oktober 2011

Kenduri Doa Selamat & Bacaan Yaasin

Gila lama dah habis majlis baru nak buat entry.  hehehe...ni majlis doa selamat dan bacaan yassin kat rumah kakak aku kat Mantin.  Majlis ni untuk anak sedara terchenta yang skrg ni dah pun berangkat ke obersea.  Majlis ni pada minggu kedua raya kalau tak silap...

Sementara menunggu pak supir siap, haruslah aku dan anak2 bergambar duluuuu...



Majlis makan2 adalah selepas isyak.  Aku adalah antara adinda yang terawal sampai...aku memang punctual...malu weiiihhh kalau sampai lambat kat majlis orang. Ada juga masa2nya aku sampai lambat kat majlis2 orang...tapi bukan salah aku...tu kena salahkan pak supir ku...Antara menu hari tu, ada laksa johor, mee hoon goreng, kuih koci, karipap dan buah2an.
nilah antara juadah nya.  Ada jiran/kawan kakak aku yang bawa mee kari jugak...semangat kejiranan kat kawasan rumah kakak aku ni, sangat tinggi...memang patut di puji...ehem..ehem...



sambil makan-makan, wajiblah berposing.  Konon-konon gadis2 sopanlah tu makan beradab...nak tengok anak sedara terchenta yang dah pun selamat sampai...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
sesekali aku pun teringin gak mendera korang scroll ke bawah
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
sikit lagi
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
tadaaaa
untuk abang long, makndak doakan yang terbaik untuk abang long.
take good care of yourself
balik nanti kita makan nasi minyak ya...ehhh terlebih sudahhh...

29 September 2010

Kenduri Doa Selamat

 Dari Melia, en suami dah tunggu tu yg kena cepat tu...terus gerak ke Mantin lak.  Dah lah hujan, jln jammmm...sampai pun majlis doa selamat dah selesai, org tgh makan(makan lagiiiiiii)..kat sini aku main cuit2 rasa jer yg mana dia org(kakak akulah tu) kat lauk sedap.  Gambar lauk pun aku tx ambik, dah lah dtg lambat, sekali tu sibuk lak ambik gambar, kang org ingat reporter mana ntah...

Dah dtg lambat, perut pun kenyang lagi, aku tolonglah kemas2 mana yg patut...
Related Posts with Thumbnails