Memaparkan catatan dengan label aidiladha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidiladha. Papar semua catatan

22 Oktober 2013

Aidil Adha 2013

 
Aidil Adha tahun ni, aku sekeluarga merayakannya di rumah sendiri.  Aku pun tak masak satu apa pun.  Minggu sebelum tu adalah cakap kat en suami, aku nak order aje rendang dan ketupat palas kat office aku ni...sekali dia cakap...kan bagus kalau masak...bla..bla..bla...okey...saya yang menurut perintah.  Sekali bila sampai hari yang di tunggu...habuk tak ada...ngeh..ngeh...ngeh...
Memang pagi raya tu, tak ada ketupat, nasi impit semua tu...rendang jauh sekali.  Malam raya tu adalah juga aku suruh beli lemang yang banyak berjualan kat sepanjang jalan...tak nak juga.  Hishhh tak faham aku!!  sudahnya pagi raya melopong makan nasi putih...dengan rendang.  Aku buat juga rendang di pagi raya tu...
Tapi lepas tu, jiran depan rumah bawa sedulang nasi beriani dengan lauk pauk segala.  Terima kasihlahhhh...malu nak pulangkan pinggan kosong, tak per kita simpan dulu...

Sebelah tengahari kita orang ke Ampang...apa aku cerita ni...letak gambar sup tulang...hahaha...Aidil adha mestilah ada kena mengena dengan sup tulang, ya tak?  Dah petang sikit aku ke rumah kakak aku kat Mantin.  Dia lah yang bagi aku tulang lembu tu...hahaha...punyalah panjang mukadimah!
Tak pernah lagi aku masak sup tulang...lagipun kat rumah aku manalah ada periuk besar nak merebus tulang tu...sudahnya masak lah 3 ketul aje tulang tu hari Ahad lepas.  1st time masak sup tulang haruslah di abadikan kat blog ni...aku rebus boleh tahan lama juga.  Sup bunjut tu aku bukakan ikatannya...lepas tu tambah sikit dengan rempah kurma.  Abang eimran kata...sedapnyaaaaaaaaaaa...sapalah nak puji lagikan kalau tak anak sendiri.  Tapi memang habislah...berebut-rebut dia orang ni makan.  En suami makan sup tulang tu aje, nasi langsung tak makan. 

Tu ajelah cerita Aidil Adha aku tahun ni...sadis sungguh tak ada rendang dengan nasi impit.  Terima kasih datang baca.

31 Oktober 2012

AidilAdha Kedua

aku dan anak2 beraya ke rumah kakak aku kat Mantin.  Sampai aje terus anak sedara aku angkat sepinggan cekodok pisang ngan ketupat palas
 Lain dari yang lain sikit, ketupat palas makan dengan sambal ni.  tapi aku tak makan satu pun ketupat palas kat sini.
 cekodok pisang jugak yang habis
 sup tulang korban.  aku makan sikit aje sup ni.  ratah gitu aje cicah ngan sambal mangga

nilah rupa sambal mangga tu.  walaupun pedas tapi sangatlah sedapnya...
kalau ada nasi for sure lagi sedap.  
Lepas tu, sebelah petangnya pulak, beraya rumah sister in law dekat ampang.
di jamu dengan mee/mee hoon sup.  sedap jugak...gambar tak adalah pulak.

30 Oktober 2012

Steamboat di AidilAdha 2012

Sebenarnya tak plan pun nak buat steamboat masa raya haji hari tu.  Tapi memikirkan pasti ada tetamu yang nak bertandang kerumah, kita orang decide nak jamu steamboat ni aje.  For sure kat rumah masing-masing dah penuh meja dengan nasi impit, rendang, lemang dan sewaktu dengan nya kan...so kita bagilah lain dari yang lain sikit.
Lagipun tak susah sangat nak sedia kan steamboat ni.  Bahan-bahan segala balls tu beli aje kat Tesco atau kat kedai borong yong tau foo.  Cuma nak membuat kuah pencicah tu ada sikit susah nak cari bahan.  Boleh pulak kehabisan stok taucu manis kat tesco.  Daun ketumbar memang confirmed habislah kan.  Dari pasar besar kajang mencari daun ketumbar, tesco kajang last sekali baru jumpa kat Pasar Bt 9.  Itupun ciput aje dah RM 15, gila mahal tuuu...
 Qaseh yang selesa berbaju kurung dan bertudung sepanjang sesi mencari barang pagi tu...
mulanya nampak begitu sopan anak aku sorang ni, tapi tunggu time
dia nak minta suruh beli barang...satu tesco boleh dengar suara dia...
 ni pulak masa menunggu ayah dia kat pasar kajang
budak manja tapi sedikit nakal...susah nak makan, badan dia dah kurus keding 
aku tengok.
 pantang lah nampak apa-apa yang berkaitan dengan upin ipin
baju ni sampai rumah terus pakai, hari sabtu basuh, ahad pakai balik
basah kering basah kering aje baju ni...
 nilah ghoper kuah steamboat resepi en suami...
hari sabtu tu buat lagi sos ni, atas permintaan...

 buah-buah pencuci mulut
 ni repeat lagi steamboat hari ahad waktu lunch.  itu pun dah pukul 3 petang baru lunch.
aku anak beranak aje yang makan.  adalah tambahan ketam dengan udang.
Habis bersteamboat mengemaskan buku-buku kat bilik eimran...settled kat bilik dia,
semua melopong tak tahu nak buat apa...terus purchased hantu kapcai kat astro 1st.
Kelakar juga...mestilah kelakar zizan kan ada...
 ni yasminlah punya kerja...tak adanya dia nak susun cantik-cantik...semua di teraburkannya...masa hari ahad nilah baru aku tengok danial makan banyak
sikit ball2 tu.  cepat-cepat aku rebuskan lagi bila dia tanya ada lagi tak...
Budak kenit ni semua dia nak, tapi tak makan pun.  tengok baju yang dia pakai tu, baju upin lah tu...kan aku dah kata, basah kering basah kering aje baju tu...
oklah...terima kasih daun keladi,
nanti datang lagi...

Rezeki Di AidilAdha

Memang murah rezeki sungguh raya haji hari tu...jiran depan rumah bagi semangkuk sup ekor + soto.  Tak sempat dah aku nak ambil gambar...petangnya dapat lagi lauk pauk dari Shah Alam...kiriman mak mentua kakak aku.  Ada kuah kacang, sama beli kat hj samuri..hehehe, ada sambal kerang yang gemuks gemuks, ada sambal sotong yang sedap sekali, ada kari ayam yang tak sempat nak ambil gambar dan wajik juga.  Terima kasih Mak Long...
 Nilah sambal kerang yang kerangnya gemuks2
 nilah jugak sambal sotong yang sedap sekali
ni pulak nasi impit pemberian my sister in law.  Di bungkus dalam daun apa aku tak sure lah pulak.  macam daun pisang...disebabkan aku ada 3 versi kuah kacang, haruslah aku habiskan satu persatu.  Pemberian dari Shah Alam dan dari Ampang ni dah aku sejuk bekukan.  Bila nak makan nanti baru aku panaskan balik...bila tu tak pasti lagilah.  Tapi kalau dah dekat sejuk beku tu, tak apa...InsyaAllah selamat utk dimakan bila2 masa.
Semua lauk-lauk dan nasi impit kat atas ni, aku panaskan balik untuk sarapan hari Sabtunya pulak.  So hari kedua raya haji pun masih makan nasi impit dengan ketupat palas.  Raya kedua juga aku ke Mantin rumah kakak aku pula...makan sup tulang.  yang itupun in next entry.
daun pisang daun selasih
sekian terima kasih
sungguh tak ada kena mengena
sesuka hati aku aje...hehehe
terima kasih korang sudi datang membaca

29 Oktober 2012

Aidil Adha 2012

Buat pertama kalinya kita orang beraya kat rumah sendiri...nasib baik raya haji jer...Pertama kali juga tak balik kampung di hari raya..sob...sob...sob...
Tapi tetap nak 'merasa' suasana raya kan...ketupat palas tu aku order aje dari kawan office....gumuk-gumuk ketupat palasnya.
Rendang daging ni pun order dari orang yang sama.  tak sempat aku nak merendang lepas balik kerja hari Khamis lepas.  Dah lah hujan lebat selebat2nya kat kajang hari tu...dengan angin lagi, seram juga lah aku takut terkandas kat tengah2 bandar masa tu.  Nasib baik ada hero datang selamatkan aku.  Tapi sebelum tu round2 sekejap kat Parkson, konon nak bagi keringkan baju yang basah kena hujan, sekali terjebak beli benda kat Parkson..hrmmm...
Kuah kacang hj samuri...beli lagiiii...apa yang ko masak hah??  kan dah kobarkan, semua beli, mana sempat nak masak!!!
Kok ado yang masak pun, ni hah...dendeng...itu pun bibik aku yang buat.  tu ajolah citer sambutan raya haji kami tahun 2012.  Biasa-biasa aje.  Malamnya adalah adik-beradik yang datang menziarah....itu citer next entry ya...
tq for reading...

14 November 2011

Before Aidil Adha

Nasi impit ni aku dah siap rebus kat rumah lagi.  Sebab nanti kalau balik kampung sampai pun dah malam, tak ada maknanya nak merebus malam2 tu kan.  Lagi pun kalau balik kg, kena buat kerja lain, nak mengelap2 rumah yang berhabuk.  Segala pinggan mangkuk nak kena cuci balik.  Memang lah tak ada masa nak merebus bagai.  Lainlah kalau balik awal pagi.  Tapi ada sekali tu, kakak aku balik awal, tapi satu apa dia tak buat...hangin kan...dasarrrrr...hahaha...jangan mareeee....
On the way nak balik tu, haruslah singgah samuri kat senawang nun nak beli kuah kacang.  Kita org memang beli aje kuah kacang sekarang ni.  Sampai rumah panaskan aje atau kalau rajin sikit, tumislah balik.  Tapi balik raya baru ni, panas kan sajorkkkkkkkk...Disebabkan sampai malam, kakak aku beli sekali ayamas ni.  Dah lama weeiii tak makan ayamas.  Dulu kat Balakong ngan Kajang ada ayamas, skrg ni dua-dua dah tutup.  Kalau nak jugak kena pergi kat Bt 9, Hulu Langat nun.  
Masa beli kuah kacang kat samuri, belilah sekali sate ni hah.  Ada jugak acara motong kek besday kakak aku, tapi gambar kat dlm kamera.  Gambar ni semua dari hp cap ayam aku jer.  Nanti ada masa aku loadlah gambar kat sini.
Penuh perasaan qaseh makan.  Ntah apa yang dia makan masa ni, ayamas kot.  beria-ia menggigit.  Budak ni kan makan saje, tak cerewet cam abang dia.
Tengok...orang sibuk kat meja makan, dia sibuk nak tengok tv.  Berkali2 di panggil pun tak datang jugak.  Nasib baik balik kg kali ni senang nak dapat siaran astro.  Kalau tak tu jenuh jugak nak menunggu sejam dua.
ooohhh...ini adalah sangat nostalgia.  ubat nyamuk, ular mati hisap rokok..hehehe.  Dulukan masa kecik-kecik paling tak suka nak pasang ubat nyamuk nilah.  Sebab dulu aku penakut nak hidup kan api guna mancis tu.  Sekarang tidak lagiiii..kalau balik kg skrg ni TETAP kena pasang ubat nyamuk ular mati hisap rokok ni...kat kg tak adanya yang elektrik punya tau.  Setakat sembur ngan ridsect tu tak maunya pergi nyamuk2 kat kampung tu.  

08 November 2011

Aidil Adha 2011

Aidil Adha tahun ni aku balik Linggi.  Sabtu petang baru gerak balik kg.  Itu pun tumpang kakak aku, pasal en suami kerja and balik lambat...so aku gerak dulu ngan anak2.  Disebabkan menumpang org, so tx blh lah nk bawa balik bantal ngan selimut busuk kita org. Guna ajelah apa yg ada kat kg.  Sampai kg lepas maghrib, terus bersih2 kan apa yg patut, almaklumlah dah lama di tinggalkan...


Dinner mlm tu kita org mkn satay hj samuri and lewat sikit lepas tu ada acara potong kek.  ehhh lupa lak..ada jugak ayamas.  tapi satu gambar pun tx ada.


Nasi impit, gulai tempoyak dah siap masak kat kolumpo lg.  Aku ditugaskan merebus nasi impit ngan buat sambal ikan bilis utk dinner mlm tu and kakak aku lak buat gulai tempoyak.  Tu sebab aku yg suruh buat, kan raya hari tu aku dpt ciput aje.  Kali ni siap boleh tapau lagi...hehehe...


Oklah...habis citer persiapan aidil adha...pepagi tu lepas sembahyang raya baru kita org gi tgk upacara korban ni.  Selalunya kakak aku yg masuk korban kat kg ni.  Tu yang tgh pegang kaki lembu tu Tok Chu aku.  Dia kira org kuat jugak tu.


Tahun ni eimran aje tx ikut aku gi tgk upacara korban ni.  Danial sakan ke hulu ke hilir tgk lembu2 korban tu.


Orang pompuan dah siap sedia nak motong daging. 
Aku tgk cara pembahagian daging korban ni, dia org timbang 5 kilo then di bahagi 3.  Satu bahagian utk org yg berkorban and 2 bahagian lg di sedekahkan.

Lepas tu dahaga gi rumah Tok Long minum air...hehehe
Related Posts with Thumbnails