Memaparkan catatan dengan label alamanda putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alamanda putrajaya. Papar semua catatan

14 September 2013

Sepetang di Alamanda

Selepas menjamu selera kat Cibiuk tu, teruslah ke Alamanda...Tujuan asal nak ke Setia Alam, tapi memandangkan jauh sangat Setia Alam tu, so ke Alamanda ajelah kita. Kebetulan pulak ada abang badut tu, yang kecil ni pun nak lah request belon.  Danial nak pedang, qaseh request mickey mouse tapi dia bagi teddy bear...okeylah tu.
Tak sangka pulak budak kecil ni tak takut nak bergambar dengan abang badut tu...
  Jalan-jalan turun naik mall tu, tak bolehlah nampak mainan ni
mesti nak naik juga...tapi masa ni, ni ajelah satu yang
dia orang berjaya naik...yang lain kena tunggu turn
omak eh is tak kuasa nak menuggu...sorry anak...
 my girl, sweetheart, peneman setia
 dia orang ni, nampak aje aktiviti untuk kanak-kanak
lukisan kat tangan pula
 qaseh pun sama
abang eimran dah besar, dia tak nak dah join adik-adik dia 
buat lukisan kat tangan ni...
okey, semua dah kenyang...dah bergembira jomlah kita
pulang ke pangkal jalan.  Tamatlah sesi riadah bersama
anak-anak...ada masa terluang lagi nanti kita
jalan-jalan ya...
Terima kasih datang baca.

14 Februari 2013

Sepetang di Alamanda

 Ke Alamanda sempena cuti tahun baru cina yang lepas.
sebenarnya nak ke Setia Alam, tapi rasa macam jauh aje
Lagipun tempat makan kat sana macam kurenggg aje...
hehehe...ada aje alasan...lalu menyimpanglah kita orang
ke Putrajaya.
 Walaupun cuba di jauhi dari melalui kawasan permainan
nampak juga dia orang...
Masing-masing dapatlah juga menyambar sorang satu
Danial dapat power rangers, qaseh hanya berjaya mendapat
buku mewarna, okeylah tu kan...
yasmin dapat pencil case dora...tu pun dah buat muka 
bila tengok qaseh dengan danial aje yang dapat... 
habis memborong barang dia orang, menjamu selera lah kami
 kat food court RASA
gambar tak ada...sebab masing-masing dah kebuluran
Jangan ingat abang eimran tak dapat apa-apa ya...
Habis aje adik-adik dia dah dapat
dia pulak lah pot pet pot pet...
apa lagi lah yang dia nak kalau tak kasut boot
sooooooooo ke Al-Ikhsan lah kita...
Habis kat Alamanda ni, terus balik rumah...
sebab esoknya nak balik kampung pulak.
terima kasih datang membaca..

22 Jun 2012

JJCM @ Alamanda Putrajaya

Kalau ikutkan hati en suami aku tu memang dia tak nak pergi Alamanda ni. Ntah apa nak di carinya...tak ada tempat lain ke?  tu antara ayat bebelan dia masa nak ajak gi Alamanda.  Memula tu aku nak ajak lunch kat Taman Pertanian aje, tapi memikirkan dah selalu sangat gi makan kat sana, lepas tu asyiklah makan sate...bosanlah...boleh tak kita gi Alamanda..


Tak ada apa pun nak cari sebenarnya...saja nak ajak makan kat foodcourt RASA kat shopping komplek ni.  Ada sekali tu kita orang sampai sini, tapi foodcourt tu under renovation.  Terbantutlah hasrat nak makan-makan masa tu.  Baru hari Ahad hari tu tertunailah hasrat hati aku nih.  Tapi kalau dah kesini, memanglah kena upgradekan kesabaran...mencari parking aje dua tiga kali pusing.  Nak mencari tempat duduk kat foodcourt tu pun sama juga ke lebih lagi kena pusing...sampai kan kita orang surrender terus masuk Al-Ikhsan.
 ni gambar lepas makan...tak ada arah tujuan...macam nilah ghopernya...
 Punyalah sedap dap dap popia ni, dua kali kita orang pergi beli
 coconut milk shake...
masa membuang masa kat dalam Al-Ikhsan tu, aku dah terbekenan kat kasut kaler grey tu.  Ohhh pleaseeee...
sedap sangat bila dah memakainya...lagi pun kasut aku yang tu dah lama bebenor memakainya.  Lupa pulak harga berapa.
Related Posts with Thumbnails