Memaparkan catatan dengan label berjaya times square. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berjaya times square. Papar semua catatan

03 September 2012

Cosmic World @ Raya Kelima Bhg 2

Bahagian kedua lah sangatttt... bukan apa, gambar banyak benor...tu yang aku masuk kan sedikit demi sedikit.  Sebenarnya mood nak update blog ni, masih lemau...tapi memikirkan byk lagi gambar nak masuk, kenalah aku gagahkan jua.  Lepas geli-geli perut naik crazy bus tu, kita orang naik fantasy trail pulak.  Macam keretapi juga, kali ni round jauh sikitlah.  Masa ni tak byk gambar sebab ramai sgt orang.
 kat fantasy trail
Masa naik fantasy trail tu lagi danial dah tunjuk2 nak naik bumble bee ni.  Aku kata sabar tunggu sampai keretapi ni berhenti...
qaseh naik dengan kak min.  mulanya risau jugak aku takut budak kenit tu melalak...sib baik  dia happy aje masa naik ni.
Danial duduk sorang-sorang.  Abang eimran dah melepasi ketinggian untuk menemankan dia.  Poyo aje Danial posing cam tu...
 rileks aje dia
Lepas tu sekeluarga lagi naik benda alah ni pulak.  Apa ke namanya ni...Buddy Go Round


Habis pusing-pusing, danial ngan yasmin naik pulak Honey Bump ni-kereta langgar.  Ni 1st round qaseh tak naik, kenalah abang dia bawa dia naik elephant kat bawah ni.

 Danial dan Yasmin sabar beratur nak naik kereta langgar tu.
 Mula-mula naik terkial-kial juga dia orang nak main.Bila naik kali kedua tu, terror dah  memasing...

ni turn abang eimran pulak nak main kereta langgar.  dia kena beratur sorang2.  Kita orang tunggu kat tepi aje.  Kat sini punyalah ramai orang...

 pemandangan dari atas-penuh warna warni
 abang in action
 Habis sudah jalan-jalan raya kitaorang.  Lepas tu terus lunch kat area situ juga.  Sebelum balik singgah kat Kenanga Wholesale City.  Tunggu cerita next entry.
Tq for reading

30 Ogos 2012

Cosmic World Times Square @ Raya Kelima

Gambar beraya kat Cosmic World ni adalah banyak...so aku masuk kan sikit-sikit sebab takut nanti 'hang' lah pulak...jadi baiklah aku berhati-hati.
Danial happy kan main lagi bila dah sampai sini.  Kalau tak tu, sibuk lah duk tanya mana times square ni bu...mana times square ni ...tahu ajelah jalan kat kolumpo ni kan jam sokmo, lebih-lebih lagi kat jln pudu tu...tambah lak ada construction yang dah bertahun tu...nampak aje times square dari kejauhan terus aku tunjuk kat dia.  
Qaseh nangis sebab takut dengar bunyi roller coaster yang lalu kat atas kepala...masa ni tengah beratur nak beli tiket.  Boleh tahan juga ramai orang masa ni...masing-masing dah tak ada sedara mara kan, samalah ngan kita orang....

 alalala...meleleh airmata...kalau tak ko lah hero kan. 
 dekat nak sama tinggi ngan ayah dah ko ni bang...
 1st ride naik kereta ni yang duk langgar kereta depan.  Baru senyum qaseh...lagipun masa beratur nak naik ni tak ramai sangat orang...
 danial duk depan.  aku ngan yasmin duk belakang.  Konon-konon dialah yang bawak kereta tu...bila langgar kereta depan lagilah dia syok, konon dia terror lah tu bawa laju...suka hatilah danial, yang penting happy...
Lupalah apa nama ride ni.  Padahal aku ada ambil gambar kat setiap ride yang dia orang naik.
Masa aku tengah sibuk duk ambil gambar dia orang nak naik kapal ni, adalah sorang minah arab ke minah bangla berjubah duk sound kat aku jangan ambil gambar dia... HELLLOOOO...WHO R U? AND WHAT FOR I WANT TO SNAP YOUR PHOTO!!!??? PERASANNNN...hangin betul aku masa tu...tak hingin aku nak ambil gambar ko derrr...sengalll..hilang mood aku sekejap...
ambil gambar ice-cream ni lagi bagus dari ambil gambar minah sengal tu...eeeee geram betul aku masa tu...geram..geram..gerammmmm
Masa naik kapal tu, orang dewasa tak boleh naik, so danial ngan yasmin aje yang naik.  Abang eimran pun tak boleh, sebab dah melebihi had ketinggian yang di benarkan. Qaseh memula dah naik, orang tu pun dah ikatkan tali pinggang, sekali dia meraung kat atas tu, cepat-cepat aku suruh orang tu turunkan dia..hehehe...

Ni 2 gambar kat dalam crazy bus...hah yang ni aku ingat...yasmin terbahak-bahak gelak sebab bila bas tu nak turun, rasa geli-geli kat perut...tu yang dia gelak tu...Untuk crazy bus ni aku ngan qaseh naik 2 kali.  Sebabnya dia menangis nak naik kereta langgar ngan danial dan kak min nya.  Tu yang aku lari bawa dia naik lagi sekali crazy bus tu...
Ada lagi lepas ni ya...ni kira baru part 1.  Tq for reading

Related Posts with Thumbnails