Memaparkan catatan dengan label ict shah alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ict shah alam. Papar semua catatan

03 Jun 2015

Tora Datang Lagi

Assalamualaikum...

Tak tahulah untuk kali yang ke berapa tora nak muncul kat blog ni...hahaha...Sebulan tak on air...nak kata sibuk tak adalah sibuk sangat, buat-buat sibuk aje lebih.
Yang benarnya, tak ada apa nak di kongsikan.  Rasa macam semua dah ada kat sini...masak memang dah lama tak masak...alasan terbaik sebab dapur gas tersumbat...
Boleh diguna pakai alasan tu.  Hari tu aku nak gorengkan nugget untuk yasmin dan qaseh, sekali tengok api kecil aje.  Padahal tong gas baru aje beli ...lama-lama terus terpadam api.  Jawabnya memang kena keluar jugalah makan kat kedai.

Minggu lepas bawa anak-anak jalan-jalan kat ICT Shah Alam.  Memang jalan-jalan cari pasal betul kat situ...Masa aku pergi Vietnam dengan eimran hari tu, ayah dia orang bawa yang bertiga tu jalan-jalan kat sini.  Hari tu kebetulan ada kenduri kahwin kat Shah Alam, bawalah aku dan eimran pula...

 Hai Danial...kat Eiffel Tower pun nak main kucing
 nampak real sikit lah gambar ni...
sukalah tuuuu

semua ni kat dalam 3D museum kat ICT.  Banyak lagi gambar...cukuplah tu aje yang aku kongsi untuk kenangan.  Tiket masuk kat sini RM 15 seorang. Tak kira besar kecil tua muda.

 Aku dah lama teringin nak pergi sini sebab nak masuk kat red carpet ni lahhhh...ala-ala retis gitu...masa ni tak ramai sangat orang so kita boleh bergambar anak-beranak.
 Dengan Mr Bean..hari-hari nak tengok Mr Bean...
 Dengan 'ex-boyfriend' dan wife barunye...tak sukaaa
 masuk-masuk aje dah di ajak bergambar dengan Marilyn Monroe
layankan aje...
Tak suka tau...ramai sangat nak ambil gambar...i low profile

Ok selesai sudah sesi berangan di Shah Alam.  Tiket masuk aku terlupa pula...almaklumlah dah sibuk bergambar sana sini...

Lepas keluar dari red carpet ni layan kan anak-anak nak main indoor game.  Aku duduk lepak tunggu dia orang datang suruh topup kad ICT tu...Balik dari ICT ni pergi makan kat area-area depan Jakel Shah Alam tu...not bad juga.  Service cepat makanan pun sedap.

Ok tu aje update terkini dari aku.  Kalau ada cerita menarik aku akan on air lagi.
Terima kasih datang baca...

27 Julai 2010

ICT Shah Alam




rasa cam kat korea jer
jamm giler nak ke sini
snap dr dlm kereta jer

Sabtu 2 minggu lepas aku sekeluarga ke ICT Shah Alam. Sesat barat gaklah nak mencari tempat ni. anak sedara en suami suh tunggu kat depat UITM, nnt dia dtg ambik. sepanjang jln nak masuk ke ICT tu jamm. Bayangkanlah keluar rumah lepas maghrib n sampai kat sini dlm pukul 10 lebih...tensionnnnnnn...dgn lapar lagi, mujur kita org ada beli jajan kat stesen petronas, bolehlah mengisi perut. Kita org posing2 n melepak sampai pukul 12 lebih rasanyer. balik rumah kepenatan....
Related Posts with Thumbnails