Memaparkan catatan dengan label jakarta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jakarta. Papar semua catatan

24 April 2013

Jakarta-Day 2 & 3

Sama macam day 1, tak ada gambar shopping tu semua.  Tak sempat nak mengeluarkan hp pun.  Awal-awal pagi kita orang breakfast kat Garuda.  Pagi-pagi dah makan nasi...waduhhh...julung kali aku bersarapan nasi...kalau nasi lemak tu lainlah.

Nasi padang memang segala lauk di hidangkan nya.  Tapi kita orang cuma pilih 3 jenis aje.
Aku slow sikit kalau pagi-pagi kena makan nasi nih...kawan aku berkali2 tanya kenapa aku makan sikit sangat...tak lalu nyahh...
Ni aje menjadi pilihan hati kita orang.  Sambal udang dengan petai, rendang ayam dan dendeng daging.  Tiga tiga lauk ni memang sedap.
Lepas makan terus cari teksi nak ke Mangga Dua pulak.  Kat sini aku sedikit hilang pedoman...muahahaha...mana tak nya...barang untuk budak perempuan sampai aku naik juling...princess dengan hello kitty punyalah lawa-lawa...teringat-ingat sampai sekarang.  Sempatlah aku sambar 2 stationery set princess untuk qaseh dan yasmin.  Untuk Danial aku belikan set cars.  Abang eimran dah dewasa, so dia tak heran punya!  Habis kat sini, kita orang ke Tanah Abang lagi.  Sampailah pukul 3 kot kalau tak silap.  Lepas tu cari tempat makan, dan terus balik hotel untuk berehat.  Sepanjang dua hari kat sana, petang-petang memang hujan, tapi taklah lebat sangat.  Hari kedua ni kita orang lunch kat Sarinah.  Malam tu lepas maghrib, kita orang terjah lagi Sarinah ni.  Kat sini aku beli jeans untuk en suami.
Ni dah masuk day 3 ya.  Pagi-pagi tu, for last round, kita orang terjah lagi Tanah Abang...Biasalah kan, bila sampai hotel...masing-masing menunjukkan hasil rembatan...mulalah menyesal tak beli, tu yang ke situ lagi.  By 11.30 kita orang dah balik ke hotel untuk pack barang untuk balik KL.
Kat area hotel aje aku beli sim kad no. sana.  Dalam 50K.  Lebih kurang RM 16.  Sekejap aje habis...apa taknya...pagi petang siang malam asyik duk menalipon anak-anak aje.  Lepas tu ada aku top up dalam 20K lagi.  Buat syarat sebelum balik...
Masa kita orang nak balik tu, hujan turun renyai-renyai...jalan pun tak berapa nak jamm.  so awal jugalah kita orang sampai airport.  Tu beg aku tu dah kena buka extension. Syukur dah over berat..hehehe... Flight balik dalam pukul 3.50 kalau tak silap aku.  Sempatlah solat kat airport lepas tu mengisi perut lagi...padahal dah order makanan kat dalam flight...oh ya..pagi sebelum balik tu kita orang tak breakfast sebab nak mengejar masa.  Malam sebelum tu siap-siap beli roti aje kat 7Eleven.  Tu ajelah breakfast kita orang.  Maunya tak lapar...tu yang makan dulu sebelum check in.
Ni antara menu yang kita orang makan.  
 Ni pulak makanan kat dalam flight.  
Padahal masa kat airport melantak nasi juga...
habis licin aku makan...
balik office, penimbang laju aje bertukar angka
aku redha ajelah..muahahaa...

Sampai LCCT dalam pukul 6 lebih...en suami dah setia menunggu...alhamdulillah semuanya di permudahkanNya...tak adalah nak bersoal jawab dengan kastam bagai...Masa on the way nak balik ke rumah, yasmin call tanya kat mana...aku saja cakap tak jadi balik...terus dia nangis...alololoooo...dah rindu lah tu...
Macam mana aku boleh terlepas ke Jakarta ni tanpa anak-anak???  Pada dua orang yang dah besar dan boleh fikir tu, aku cakaplah yang sebenarnya.  Dia orang pun tak banyak hal...cuma eimran sibuk suruh beli jersey...macamlah kat sini tak ada kan??? Pada dua yang kecil lagi tu, aku cakap pergi kerja...kena tidur kat office...bohong sunat tu...hehehe...malam yang mula-mula tu qaseh menangis juga, almaklumlah dah biasa time tidur nak menyusu/nen kan...bila tak ada tu, menangislah dia...siap janji kalau aku balik dia tak nak nen dah...alaaa ciannya kat dia...aku sedih juga sebenarnya, tapi dah jauh nak buat cam mana...malam kedua tu pun sama juga, siap cakap tak boleh tidur lagi...hahaha...tapi bila aku balik tu, tak ada maknanya dia nak berhenti nen...Kalau aku ugut nak tidur kat office, dia kata pergilahhhh...nanti bawa balik baju banyak-banyak ya...hahaha...sabar ajelah aku dengan budak kenit ni...dah memang baju dia yang banyak pun...aku nak simpan untuk raya, tapi dah habis di laramnya...geram betul!!!
Okey tu ajelah cerita Jakarta aku.  Sebab tak banyak gambar, maka ciput ajelah ceritanya.
Terima kasih datang baca.  

23 April 2013

LCCT-Jakarta 15/4/2013-Day 1

Yahooo...selepas 4 tahun berblog akhirnya cukuplah sudah 1000 entries yang aku tunggu-tunggukan tu...sendiri pemalas...ko tunggulah 4 tahun, ya tak...tu ajelah nak bagi tahu...

Kelas kan buat tajuk macam tu.  Mestilah letak tarikh sebab tuan tanah slow bebenor nak mengupdatekan...Aku gerak dari rumah seawal pukul 3 pagi.  Janji dengan kawan nak pergi ke rumah dia, dari situ husband dia hantar kitaorang ke KL Sentral.  Tapi plan bertukar sebab subuh-subuh sepi tu kita orang dah sesat barat pulak nak mencari jalan ke rumah dia.  Sudahnya suruh tunggu aje kat Pekan Sg Besi...Sampai kita orang kena tahanlah dengan polis peronda subuh tu...Flight ke Jakarta pukul 7 pagi.  Memang saja ambil awal sebab sampai nak terus shopping dan mengelakkan jamm kat sana.
Lihatlah muka aku yang tabah menaiki kapal terbang pertama kali...ya pertama kali naik pesawat!  Kesian kat aku kan...huk..huk..huk...ada aku kisahhh...pertama kali juga meninggalkan anak-anak tercinta...qaseh tak usah cakaplah tiap hari menangis suruh balik...
Kita orang memang dah siap order makanan...so menjamu seleralah kami kat atas pesawat.  Almaklumlah keluar awal pagi, cuma minum secawan nescafe aje...habis licin nasi ayam aku tu...
Masa ni nak menunggu bagasi.  Sekejap aje
Ni dah sampai hotel.  Kami menginap kat hotel cemara jalan hj wahid.  Jgn di tanya kat mana...semua kawan aku yang uruskan.  Tapi tempat ni sangat strategik ...dengan dengan Tanah Abang, Sarinah, Garuda...nak ke Mangga Dua dan Tamrin City pun dekat.
Tapi masa kita orang sampai tu dia orang tak bagi check in...dengkilah tu...tapi tu semua tak mematahkan semangat kita orang.  Tinggal kan aje bagasi,kita orang terus terjah ke Tanah Abang.
Dalam pukul 1.30 waktu Jakarta, kita orang dah sampai kat Tamrin City...Cari tempat makan untuk mengisi perut.  Kita orang lunch kat D'Cost ni.  Food dia adalah sangat sedap.
Bila kawan aku order, waiter tu terus hantar order kita orang secara online...canggihkan dia orang?? Bila aku cerita dengan en suami, dia kata kat kedai mamak kat KL pun dah ada!
okey akulah tu yang ketinggalan...

 kita orang order ikan gurame ni-sehdappp
 sotong goreng tepung
 omelette seafood-tersedapppp
 nasi
air durian belanda...tapi kat sana tak panggil durian belanda...aku lupalah dia orang panggil apa...
Dah kenyang perut, kitaorang meronda pulak kat dalam Tamrin City ni.  Kat sini aku shopping jubah untuk lelaki2 perkasa kat rumah...untuk raya katanya.
Masa kat Tanah Abang memang tak sempat nak ambil gambar satu pun.  Aku cuma ambil gambar time makan aje.  Ni pun sebab menunggu lama adik tu packing barang aku, aku pulak nak mengeluarkan duit, ambil lah gambar jubah kat situ...aku beli yang belang-belang tu...ehhh terbagi tau pulak...Alhamdulillah semua lelaki perkasa itu muat dengan jubah-jubah yang aku belikan...
Ni sebahagian dari hasil rembatan pada hari pertama...Habis kat Tamrin City tu terus balik hotel.  Penat gilerrr...Lepas maghrib baru kita orang keluar balik...Waduhhh jamm giler kat sini...Malamnya kita orang ke Plaza Kuningan.  Saja jalan-jalan dan kat sini aku beli legging untuk yasmin dan qaseh.  Habis kat sini baru kita orang cari kedai makan untuk makan malam dan terus balik hotel.  Nama kedai makan malam ni aku lupalah.  Ada gambar nanti lah dalam next entry ya...
Okey terima kasih datang baca...

Related Posts with Thumbnails