Memaparkan catatan dengan label klcc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label klcc. Papar semua catatan

31 Januari 2013

Chilli's @ KLCC

Sejak tahun baru ni, kita orang sekeluarga belum ada lagi keluar ke mana-mana kalau time weekend.  Setiap cuti sabtu ahad tu memang duduk rumah aje...masak makan masak makan ajelah kerja kita orang.  So macam mana nak kurus???  Sendiri tanya sendirilah jawab kannn...cuti Maulidul Rasul yang lepas barulah ada kerajinan sikit nak bawa anak-anak keluar...itupun selepas dia orang 'terkena racun' dengan mak ngah dia orang.  Konon nak mandi kolam...sekali kelaut perginya....
Macam mana nak mandi kolam, dah sampai kat rumah dia waktu tengahari...ayah dia orang pesan jangan mandi waktu tengahari...aku menurut perintah saja...dah tengahari, perut pun lapar...so aku dah sms kakak aku bagitahu yang aku lapar!!!hahaha...hanya dia yang faham maksud tersirat itu...maka ke mana dan di mana hala tuju selepas itu???
Pilihan di tangan aku...terus laju-laju cakap nak makan kat chilli's...sebab utama dah lama benor mak cik nak ke KLCC tu...lagi satu sebab nak ke KLCC ni, nak makan pop corn Garrett tu hah.  Dah lamakan dia bertapak kat KLCC tu...baru ni aku nak pergi mendapatkannya...Jadi tertunailah sudah impian aku...hahaha...
Tahu ajelah kan kalau nak makan kat Chilli's tu macam mana beraturnya kan...maka berpusinglah kita orang kat Stadium dengan Kinnokuniya...masih tak ada tempat juga.  Anak pompuan aku dua orang tu dah mula buat perangai...kalau nak sesuatu lepas tu tak dapat, macam tulah dia orang...budak-budak kan...aku bukan tak nak belikan, aku cuma tak nak biasakan dia orang...time minta aje dapat...minta aje dapat...sorry ya anak-anak...melainkan kalau benda tu penting untuk kegunaan sekolah...itu lainlah kan...nampak tu kat belakang sana, yasmin dah merajuk..soriiii mak tak layan...
 zoom sikit
 tak adanya aku nak pujuk...tu mak ngahnya pujuk pun dia jual mahal....
sori naik lori..
 qaseh pun sama
 Lega sikit bila dah dapat tempat kat dalam Chilli's ni.  
mengadap air pancut lagi...
 masa ni belum dapat mewarna lagi...mainlah apa yang ada
 lega sikit aku bila dia orang dah leka mewarna.  
 ni budak yang merajuk tadi...dapat makanan terus senyap...
 qaseh makan piza aje
 ni aku punya tapi tak habis...bagi kat eimran seketul.  
dia makan burger aje...
Lepas habis makan memang nak terus balik, sebab danial dah bising nak mandi kolam.  Tapi sabarlah mak ko tak dapat lagi pop corn idaman dia...
 Aku beli yang caramel crisp...sekali yasmin nak yang cheezy cheese...tak sedap cheezy cheese tu, rasa lemau aje.  Yang caramel tu sedap lerr tapi manis...sesekali boleh lah, selalu jangan...mahal nak!
 Kat KLCC dah ada parking khas untuk wanita.  Bagus kan...dah lama ya...aku baru tahu...
Dah jom balik...anak-anak aku tak sabar nak mandi kolam...sekali ngam-ngam kita orang keluar dari KLCC ayah dia call tanya bila nak balik...Lepas tu ngam-ngam sampai rumah kakak aku, hujan turun dengan lebatnya...Kesian kat dia orang terlepas nak mandi kolam.  Tak per, lain kali ya anak-anak...
Tq for reading

28 Oktober 2010

Bergumbira di Taman KLCC






Ntah bila punyer gambar, baru ni nak buat n3.  Dah lama pergi bergembira kat sini...sampai tx ingat dah bila...sakan dia org ni, danial sampai tx nak balik...sib tx tidur kat situ terus...

06 September 2010

Buka Puasa @ Chilli's KLCC




Dari Ampang, kita org terus ke KLCC.  Dah janji ngan kakak aku nak buka puasa kat Chilli's.  Dia kata dah tx ada tempat kosong, so kalau nak makan kat situ kena tunggu lepas pukul 8.  so sementara nunggu pukul 8 kita org lepak kat air pancut ni, sambil buka puasa.  Ramai gak yg duk lepak kat sini.  Aku dah siap2 beli burger ngan air kat cold storage utk budak2 ni.  Sib baik makan burger, dpt makan kat chilli's tu dlm kul 8.40 kalau tx silap aku.  berdiri beratur pun boleh tahan lama gak.  gambar makanan kat chilli's tx ingat langsung nak ambik.  Dah lapooorrr....


ni jer yg dapat aku snap
sianlah kat qaseh, ada org ingatkan dia boy, siap panggil abang lagi...sabar jerlah...sbb pakai baju belang..
Sebelum balik, bergambar lagi kat air pancut
sempat gaklah danial nak main mainan machine ni
 bye bye klcc, kita org nak balik kampung...
Related Posts with Thumbnails