Memaparkan catatan dengan label papparich. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label papparich. Papar semua catatan

05 Disember 2012

Lunch@PappaRich Setia City Mall

Masa pergi Setia Mall hari tulah lunch kat sini.  En suami yang beria ajak lunch kat sini pasal nak suruh rasa air fav dia tulah.  tapi memang betullah sedapppp...hari tu pernah juga cuba kat cawangan lain, ntah apa-apa aje rasanya.  Tapi kat sini memang terbaekkk...
Nilah air yang dia suka tu.  Namanya soya cincau puding.
 anak-anak dapat milo melimpah ruah macam tu sukalah kan...
kat belakang tu Setia City Mall Convention Centre.  Dah namanya lunch mestilah ada makan kan.  Eimran suka western, so dia ordered chicken chop, yasmin dengan nasi lemak lauk kari ayam, danial senang dengan bubur aje.  Aku shared char kue teow dengan en suami.  Qaseh pun share bubur dengan abang danial.  
Habis makan teruslah balik rumah.  Tapi tak balik terus juga, still menyinggah sana sini.  Ingat nak singgah MAHA, tengok jamm cam tak mampu pulak rasanya nak mengharungi kesesakan kereta yang nak ke MAHA tu.  Itu belum lagi masuk ke dalam.
sudahnya kita orang ke Bangi...Eimran tak habis lagi nak kasut bola pulak.  Al-ikhsan kan tengah year end sales ni, tulah yang dia duk rengekkan kat aku.
terima kasih datang jenguk sini...

13 Mac 2012

PappaRich @ Prima Saujana

Haishhh...ngam ngam lah pulak PappaRich ni kat sebelah Al-ikhsan...tak kan tak singgahkan... harussss...Sebenarnya dah dijangkakan harga adalah sedikit mahal.  Tapi sebab masa tu dah nak dekat lunch hour aku masuk ajelah.  Lagipun Eimran memang dah lama ajak singgah kat sini...masa kita orang makan kat sini dulu(masa baru buka) dia tak ada...
Ni air pilihan aku...apa ke nama ntah...teh tarik nostalgia ke apa...tak ingat dah.  Harga terlampau RM 10.90 segelas.  Rasa...hhrrrmmmm....
 kasi zoom sikit air mahal aku ni...
Ini pulak air pilihan anak-anak aku.  Milo Dino's harga RM 5.50 segelas.  Kalau kat kedai biasa orang panggil milo tabur kan...anak-anak aku sukalah milo yang melimpah ruah ni... aku perasan harga air kat sini memang RM 5.00 dan ke atas.  Ke aku yang tak perasan ada air yang lagi murah...ada memang ada, air mineral...hehehe...
 zoom sikit...
 Bubur nasi for Eimran.
Chicken wings for yasmin,danial and qaseh...
Aku tak makan ke?  makan juga...cuit-cuit sikit dia orang punya...chicken wing tu macam aku goreng ayam taruk kunyit dengan garam aje.  Tapi sebab yasmin suka ayam kan, harus dia order ayam juga.  Layan kan ajelah...

Masa aku makan kat sini tak adalah ramai sangat orang.  Lengang pun ya juga.  Datang lagi?  Mungkin..tapi order menu lainlah pulak...
Related Posts with Thumbnails