Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan

24 Julai 2013

Sahur


Sepanjang 15 hari berpuasa ni, adalah dalam 2 kali aje kot kita orang makan nasi waktu sahur.  Tahun ni anak-anak tak nak makan nasi time sahur.  Dia orang nak yang simple aje. Sonang kojo mak kau...terima kasih anak!  Ni sebahagian dari menu sahur kita orang ya. 
Yasmin biasanya minum milo aje, lepas tu sambung tidur balik.  Abang eimran nak makan tapi yang lite-lite aje.  Tu maggi yang dia teringin sangat...simple aje tak ada telur pun.

Ni pun dia boleh habis sorang...memang feberet dialah lasagna ni.  sapa tahu kat mana nak cari slice tu.  Aku dah penat cari kat giant ngan tesco tak jumpa pula.  Pernah sekali nampak kat supermarket kat pavi tu, tapi masa tu tak beli pun.  Bila pergi lagi sekali dah tak ada...uhuk..uhuk...kalau berjaya jumpa teringin juga nak buat lasagna ni.  Resepi dah ada...mih..mihmih...


Ni pulak stimboat...kes nak clearkan peti ais lah ni...fishball tu yasmin makanlah seketul dua.  Sedap juga bersahur ngan stimboat ni sekali sekala...

Hari lain ada yang aku gorengkan nugget, makaroni goreng, ayamas drummet, nasi goreng pun ada...habis dasyat pun dia orang makan roti gardenia yang 70 sen tu..hahahaha. Sebab tu bila time berbuka abang eimran mesti nak ada nasi, yasmin tak kisah sangat...kalau ada roti jala lagi dia suka.

Okey tu aje cerita sahur kami...korang jangan tak bangun sahur pulak...
Terima kasih datang baca.

03 Ogos 2012

Bersahur Dalam Kegelapan Malam

Julung julung kalinya berlaku black out kat are rumah aku ni.  Maksud aku black out sebelah malam lah.  Kalau siang tu selalu kot!  Lebih kurang pukul 3 pagi aku terjaga, sebab rasa panas sekali tengok gelap gelita...kelam kabut kejutkan en suami.  Dialah duk cari lilin.  mujur juga memang ada lilin untuk anak-anak nak main bunga api...aku sibuk aje call TNB tanya apa masalah, berapa lama nak ada elektrik balik...dua tiga jam katanya...mak oiii lama tuh...
Qaseh tu bukan boleh panas, memang terjagalah dia.  Lepas tu merengek suruh kipas lah, suruh garu lah.  sudahnya aku suruh ayah dia bawa naik kereta pergi 7 Eleven beli roti ngan kaya.  Kebetulan pulak, masa tu lah gas nak habis...dugaan sungguh.  so bersahur hari ke 12 tu makan roti ngan kaya lorrr...romantiklah tu ada lilin...
Related Posts with Thumbnails