Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

29 November 2016

Untuk Renungan Bersama



Gambar dari google

Mari kita amalkan bersama-sama ya.

07 September 2012

Dosa Ibubapa Mengatasi Dosa Anak-Anak

Aku kongsikan antara emel yang aku dapat :  

”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]
  

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak. 

”Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami”, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis! Tak baik tau kata anak polis jahat, sbb saya anak polis.

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya. 

“Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian”, saya sukar menahan hati dari bersedih.

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah.. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan ‘kemarahan’ saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa. 

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia”, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “my father is a Moslem!”

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?” 

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. 

“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!”, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya.
  Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya. 

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya.. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.
 

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.
 

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.
 

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.
 

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
 

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.
 

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.
 

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama.Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya. 

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. 


Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!
 


Ya Allah...ampunkanlah dosa ku...

06 April 2012

Untuk Bacaan Anak-Anak Tercinta

Dapat email dari kawan di hari Jumaat ni...
Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?



Anak : Sebab saya anak mak kan?


Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..


Anak : Apa tu mak?


Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai


         malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..


Anak : Mak! Janganlah...


Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu


lantas mengalirkan air mata cinta :)

17 Jun 2011

Renungan Bersama di Hari Jumaat

Aku dapat email dari seorang kawan.  Aku rasa sesuai benar kalau aku kongsikan kat sini.
Berulang kali aku duk baca petikan ni...nak kena cari buku dia ni...
DIJADIKAN IKTIBAR SERTA RENUNGAN

Memetik kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.

Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.

Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.

KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.

Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.

Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita-aku suka statement ni... Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu-ingatan pada diri aku jugak... Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.

Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).

Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.
Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah.
Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”

Wassalam.

15 April 2011

Tazkirah Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaat lah terjadinya kiamat."



"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."


Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda


1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".
Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

2)Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."

11 Mac 2011

Renungan Di Petang Jumaat

Renungan

Alim tidak ditentukan oleh degree. Kebenaran tidak ditentukan
oleh jawatan rasmi. Kaya tidak mesti dengan harta. Miskin tidak
mesti tidak berpunya.
Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti. Alim hati kurang
bercakap, banyak berbakti. Alim lisan dan hati, bercakap dan
beramal sama selari.
Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir.
Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu
aktif berjuang.
Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah
orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya
merosakkan dirinya sendiri.
Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah
dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan
tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah. 

18 Februari 2011

Al-Fatihah


Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...
 
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
 
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT..
 
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .
 
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)
 
Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
 
Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
 
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

03 Disember 2010

Solatlah Anak2 ku...

Tazkirah Hari Jumaat.  Berkongsi email yg dihantar oleh seorg rakan.

Sekejap-sekejap saya meninjau ke anak tangga. Namun, kelibat Kak Long dan Kak Ngah masih belum terlihat di mata.


“Hmm…dah dekat pukul lima dah ni…” saya berbisik di dalam hati sambil mengerling sekilas jadual waktu solat yang ditampal di pintu bilik.

“40 minit lagi dah masuk maghrib…”saya mencongak-congak sendiri.

Di tingkat bawah, riuh rendah suara anak-anak bermain menerobos masuk ke cuping telinga. Sesekali tercuit juga mendengar telatah mereka berbual dan bergurau. Usik mengusik dan saling berbalas kata hingga banyak kali si kecil Solehah menangis akibat dikenakan oleh kakak-kakak dan abangnya, Khalil.

“Hmmm, asyik betul bermain….” Bisikan di hati bertemali.

Di luar rumah, suasana terang kian kelam. Siang pergi, malam pula mengambil ruang untuk mengabdikan ‘diri’. Bukti ketaatan yang tidak pernah culas kepda Pencipta Yang maha Suci.

MELENTUR BULUH
Biarpun saya dan suami tidak pernah dilatih untuk menunaikan solat ketika kecil oleh kedua ibubapa kami, namun melihat kepada perkembangan kurang sihat di kalangan generasi hari ini, juga tatkala menerima sekian banyak luahan diri, masalah peribadi, pergolakan keluarga, keruntuhan rumahtangga dan seumpamanya yang melibatkan individu-individu yang bermasalah dalam pelaksanaan solat mereka; kami menyimpulkan bahawa penekanan solat sememangnya penting agar kefahaman di sebalik pelaksanaan ibadah solat yang sempurna mampu menatijahkan manfaatnya iaitu sebagai benteng kepada sebarang perlakuan buruk , seterusnya mengukuh jatidiri seorang mukmin bertaqwa dari menghampiri sebarang aktiviti maksiat dan berterusan dalam dosa.

Firman ALLAH SWT :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya : “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ( Surah al Ankabut ayat 45 )

Kerana itu, saya dan suami meyakini bahawa semua itu dapat dicapai dengan memulakan didikan solat kepada anak-anak sejak kecil lagi, iaitu bila mereka sudah mula menunjukkan minat meniru setiap geraklaku ibu bapa yang biasanya terjadi seawal usia dua tahun lagi.

Melentur buluh biar dari rebungnya, demikian nasihat orang-orang dahulu kala.

Sungguh! Ada relevannya.

Sebelum anak-anak mencecah usia 7 tahun, saya dan suami sendiri bermula hanya dengan ‘mengajak-ajak ayam’ anak-anak agar mereka mahu untuk solat bersama, menghampar sejadah dan memakaikan tudung agar mereka merasa teruja untuk mengikuti pergerakan-pergerakan yang ada di dalamnya.

Betul atau salah cara mereka menunaikan tiang agama itu dari sudut perbuatan, bacaan mahupun bilangan rakaat solat yang ditunaikan pada ketika ini bukan menjadi persoalan kerana objektif utama hanyalah untuk menanamkan minat dan memperkenalkan anak-anak kepada ibadah solat.

Tidak perlu menggunakan kuasa ‘veto’ ibu bapa untuk memaksa anak-anak melakukannya kerana sebarang perkembangan kemampuan anak-anak melakukan gerakan solat akan berlaku hasil dari kematangan proses belajar yang diberikan. Pengalaman dan pelatihan yang berterusan sebenarnya mempunyai pengaruh kepada mereka, bermula dengan didikan asas sejak kecil dan ia akan berkembang selaras dengan pertambahan usia mereka.

Seterusnya, setelah usia anak-anak mencecah 7 tahun ke atas, barulah suami meminta saya untuk mengajar anak-anak berwudu’ dengan cara yang betul, menyemak bacaan solat mereka terutama bacaan-bacaan yang dikategorikan sebagai rukun solat seperti al Fatihah dan tahiyyah, sementara semakan lebih serius dan 'digeruni' oleh mereka dilakukan sendiri oleh suami setiap kali selepas solat maghrib.
Manakan tidak, rotan juga 'disediakan'. 



Selain itu, kami juga membelikan mereka pakaian solat sebagai satu ransangan dan motivasi yang akan menghadirkan perasaan gembira untuk menunaikan solat bersama-sama.

HUKUMAN
“Abang, kak Long kak ngah belum solat Asar lagi. Dah masuk waktu Maghrib ni. Asyik sangat bermain la tu, sampai lupa waktu,” lapor saya kepada suami di bilik studi.

Seperti biasa, tanpa banyak bicara, suami bingkas bangun dan mengambil penyangkut baju di belakang pintu. Saya hanya memandang. Telah maklum apa yang akan berlaku sebentar lagi.

“ Kak long, kak ngah..naik atas kejap.” Dari dalam bilik studi saya mendengar suara suami memanggil. Sejurus, kedengaran bunyi tapak kaki berlarian mendaki satu demi satu anak tangga.

“ Dah solat Asar ke belum?” Tanya suami. Tegas. Saya mencuri-curi pandang dari balik daun pintu bilik studi. Terlihat wajah anak-anak menekur lantai anak tangga. Jawapan balas yang diberi juga sayup-sayup masuk ke cuping telinga saya. Lemah. Nada orang bersalah.

“ Hulur tangan,” arah suami. Masih tegas dan menggerunkan hati anak-anak yang mendengar. Suami memukul tapak tangan kedua-duanya. Dua kali setiap seorang. Wajah kak long muram. Kak ngah juga demikian.

Pukulan yang tidak begitu kuat, tidak melukakan tetapi cukup sebagai pengajaran dan diharap tersemat kukuh di dalam ingatan.

“ Ambil wuduk sekarang.. qada’ solat asar.” Arahan suami masih belum selesai. Kak long dan kak ngah menurut perintah. Saya memandang suami. Suami juga melihat ke arah saya. Kami saling berpandangan. Penuh makna.

Kami sentiasa memikirkan bagaimana sensitiviti anak-anak di luar pandangan dan ingatan kami, adakah mereka akan kekal patuh dan ingat kepada tanggungjawab mereka?

GALAKAN DAN CEGAHAN
Sememangnya melatih dan mendidik anak-anak untuk melazimi solat fardu yang lima bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, konsentrasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapa. Baik suami, juga isteri, kedua-duanya perlu saling bekerjasama dan tidak bertelagah dalam menentukan corak didikan terhadap anak-anak.

Amat membimbangkan apabila saya pernah membaca di dada akhbar beberapa tahun dahulu, peratusan umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah solat fardu lima waktu dengan sempurna. Laporan tersebut merupakan hasil kajian seorang pakar motivasi terkenal tanahair, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Justeru itu, saya dan suami bersetuju untuk melaksanakan peraturan baru dalam didikan solat anak-anak kami terutama kepada kak long dan kak ngah yang telah menjangkau usia 9 dan 11 tahun pada tahun ini.

Jika ketika mereka kecil, saya dan suami hanya mengajak dan memberi galakan, tetapi sebaik sahaja mereka melangkah usia mumayyiz, kami mahu melihat keinginan untuk solat itu bukan terhasil dari suruhan atau perintah ibu bapa, sebaliknya ia hadir dari kesedaran mereka terhadap penunaian solat sebagai satu kewajipan yang mesti dilaksanakan ke atas setiap muslim yang taat kepada TUHAN ar Rahman.

Peraturan tersebut ialah kami tidak lagi mengingatkan mereka setiap kali waktu solat tiba. Pada tahap ini, saya dan suami cuba untuk menyemai mujahadah ( kesungguhan dari diri sendiri ) pada diri anak-anak agar pemahaman dan ilmu yang ada tentang solat dapat diakui oleh hati.

Tambahan lagi waktu solat di UK ini yang sering berubah-ubah mengikut musim, menyebabkan perlu sentiasa peka dan berawas sentiasa dengan masa. Berbeza sekali dengan waktu solat di malaysia, waktu di sini boleh berbeza 1 - 6 minit setiap hari. Lebih megelirukan apabila waktu diawal dan dilewatkan sejam kerana perubahan musim panas dan sejuk. Bukan anak-anak sahaja yang keliru, malah orang dewasa yang baru sampai ke UK juga begitu.

Untuk lebih membantu anak-anak tanpa meninggalkan mereka begitu sahaja, suami menampal jadual waktu solat di pintu bilik mereka. Jika masih leka dengan bermain dan sebagainya, sehingga solat tidak ditunaikan di dalam waktunya, maka kami akan mengenakan hukuman ringan sebagai satu pelaksanaan kepada gesaan dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..” ( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

POHON PENILAIAN
“Cuba kak long, kak ngah tengok gambar ni.” Saya berkata sambil menghulurkan dua keping gambar tidak berwarna kepada mereka.
Kak long dan kak ngah segera mengambil dan mengamati gambar-gambar yang diberikan.

Gambar pertama merupakan lakaran sebatang pohon dengan tujuh dahan yang dipenuhi lima helai daun dan sebiji buah pada setiap satunya, manakala gambar kedua, juga merupakan lakaran sebatang pokok tetapi lebih besar dengan dahan yang lebih banyak dari yang pertama.

“ Ni untuk apa Ummi. Ala, dalam bahasa arab. Kak ngah tak faham..” balas kak ngah sedikit mengeluh tatkala melihat tulisan yang tertera pada gambar di hadapannya bukan di dalam bahasa melayu atau inggeris.

“Apa kak long, kak ngah kena buat dengan pokok-pokok ni Ummi?” kak long pula menyoal. Tergambar keterujaan pada riak wajahnya.

“Ini jadual penilaian namanya, untuk solat fardu, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak...cukup lima kali sehari semalam, tapi dalam bentuk sebatang pokok. Gambar pokok yang pertama ni untuk penilaian seminggu, yang kedua ni pula untuk sebulan,” saya menjelaskan.

“Dengan pokok’ ni kak long dan kak ngah boleh tengok bagaimana penjagaan solat sehari-hari. Adakah dah jaga masa solat dengan baik atau tidak. Cuba tengok ni...” saya mengarahkan tumpuan ke bahagian bawah helaian tersebut.


Di situ tertera panduan mudah bagaimana pokok penilaian itu diaplikasikan.
“Kalau kak long, kak ngah solat awal waktu, tak lewat atau terlepas, daun pada dahan ini kak long dan kak ngah warnakan dengan warna hijau. Kalau lambat atau dah habis waktu, baru nak solat…warna daun diwarnakan dengan kuning. Kalau banyak daun hijau, itu tandanya solat kak long, kak ngah bagus. Tambah pula dengan gambar buah-buah ni yang diwarnakan dengan warna merah kalau kak long dan kak ngah ada buat perkara-perkara baik.

Wah! Tentu cantik pokok kak long dan kak ngahkan?” jelas saya lagi.
Kedua-duanya tersenyum-senyum senang hati.
“Kalau kita tengok pokok yang daunnya warna hijau, kan cantik. Segar je. Orang lain pun boleh duduk di bawahnya ketika panas sebab redup. Berbanding pokok-pokok yang daunnya warna kuning…tanda layu dan nak gugur. Lama-lama tak ada daun, tinggal batangnya je…” tambah saya panjang lebar.

“Haah…macam daun-daun masa autumn kat UK ni kan Ummi…” kak long tersengih menampakkan gigi. Saya menganggukkan kepala mendengar kata-katanya.

“Dan lagi, bila habis je seminggu dan ummi tengok ‘pokok penilaian ‘solat kak long kak ngah penuh dengan daun-daun hijau, ummi akan beri setiap seorang 50pence (= RM 2.30) sebagai hadiah. Simpan dalam tabung tau… but please don't forget , kak long dan kak ngah perlu jujur dengan diri sendiri....macam tadi, tak bohong bila ayah tanya dah solat asar atau belum.

Walaupun kak long dan kak ngah dah tahu, kalau lewat dan tertinggal waktu solat kena hukum. Orang yang solat, sentiasa berusaha bercakap benar. Apa hadis yang kak long, kak ngah hafal tu?" saya mengambil kesempatan menduga ingatan kedua-duanya.

" عليكم بالصدق , always be truthful .." jawab kedua-duanya serentak.

"Alhamdulillah. Be honest ok ,” saya mengakhiri kata-kata sambil menghadiahkan senyuman manis buat anakanda berdua.

Dalam pada itu, saya teringat suami pernah membuat kejutan selepas merotan keduanya kerana terlepas waktu solat, namun kemudian menganugerahkan £2 kepada mereka sebagai penghargaan bercakap benar. Lebih-lebih lagi, saya baru sahaja memaklumkan kepada suami bahawa keduanya sangat ingin membeli buku cerita sempena pesta buku di sekolah.

Kelihatan terubat kesedihan mereka dengan anugerah yang tidak disangka itu.

"Ingat.. lain kali kalau tertinggal solat, kena rotan..kalau cakap benar pun tak ada hadiah lagi tau" tegas suami kepada mereka.

MENJAGA FITRAH
Sesungguhnya tiada sebab lain dari semua yang saya dan suami lakukan di atas melainkan ia adalah sebagai satu usaha dari saya dan suami untuk menjaga fitrah anak-anak agar tidak terpengaruh oleh hal-hal negatif sebagaimana maksud dari sabda baginda SAW yang lain :

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi “. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Setiap ibu bapa seharusnya menginsafi bahawa melalui metod latihan solat yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit ini, ia tidak lebih adalah sebagai langkah awal untuk memperkuat fitrah ilahiyah yang wujud sejak azali di dalam diri setiap manusia. Ia disubur dan dikembangkan melalui pelaksanaan lima rukun islam yang disyariatkan oleh ALLAH SWT di mana salah satu darinya ialah ibadah solat fardu yang lima .

Untuk itu, usaha selanjutnya harus dikembangkan kepada kesedaran untuk meningkatkan kualiti solat, sehingga dengannya, ia mampu mencegah anak-anak dari perbuatan keji dan mungkar. Kualiti ini secara lahiriahnya terungkap dari bagaimana nilai-nilai solat itu ‘hidup’ dalam diri individu yang mendirikannya. Mereka yang solat dengan pelaksanaan yang benar, akan mampu menjaga waktu, memiliki taqwa kepada ALLAH dengan menjaga tingkah laku, memelihara lidah dari berkata yang sia-sia dan menipu, serta merasakan pengawasan ALLAH pada setiap ketika, walau di mana mereka berada.

Andai iman itu seumpama akar tunjang bagi sepohon pokok, maka solat pula diibaratkan sebagai batangnya.

Syari’at Islam yang syumul tidak akan dapat disempurnakan sebaiknya jika solat tidak didirikan. Justeru itu solat berperanan sebagai tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama.

Benarlah sabda baginda junjungan yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi." (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

SOLATLAH ANAK-ANAKKU
“Ummi, ummi…tadi kat sekolah Kak Ngah dah cakap pada Miss Bodycote…” Petang itu, sebaik selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar, Kak Ngah menyapa saya yang sedang membasuh pinggan dan mengemas dapur.

Mendengar kata-katanya, saya menoleh. Selalunya bila Kak Ngah berbicara tidak jelas sebegitu, dia mahu berbual dan bercerita.
“ Kak Ngah cakap apa pada cikgu?” saya menyoal. Menurut agakan saya, tentu perkara yang dibicarakan itu hanya berkaitan kerja-kerja sekolahnya sahaja. Akan tetapi…

“ Pasal solat la Ummi..” Kak Ngah menjawab.

“ Solat?” Saya mengerutkan dahi.

“ Ye la Ummi…sekarang kan waktu sembahyang dah cepat…jadi Kak Ngah pun cakaplah pada cikgu Kak Ngah : Miss Bodycote, the time to pray for muslim is getting early, so we don’t want to miss prayer, we need a place in school to pray , in a clean place, we will bring our praying mat to school. “ Kak Ngah bercerita sambil penuh ekspresi memek muka.
Saya tersenyum tanpa bicara. Seungkap kalimah tahmid merecup indah menyelimuti jiwa.
Sekalung doa menyusul ke hadrat Yang Maha Esa :


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“ Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim ayat 40 )

Solatlah anak-anakku....






Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

26 November 2010

Suami Kita Tak Sama Tau....

Email dari seorang kawan : Tazkirah Pagi Jumaat

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.  Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

06 Oktober 2010

Jangan...Jangan... Jangannnnnnnnnnnnn

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita



Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.



Jangan biarkan mata liar di perjalanan .
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.




Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..



Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah .
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.




Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.




Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.




Wasalam


'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'


(Sabda Rasulullah SAW)

22 September 2010

Tiada 2 Dalam 1

Selingan tazkirah.  Dpt ni melalui email seorang kawan.  aku sharekan kat sini utk peringatan 'aku,dia dan kami'...

27 Ogos 2010

Tazkirah lagi - Malaikatmu....

Dpt email ni dr seorang kawan...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu .'


Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia.'


'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu
dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar
kepadamu cara berbicara.'


'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'


'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'


'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?'

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'


'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'


'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : 'Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'


'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa...... Dialah sesatunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


'Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu.'
 
Al-Fatihah utk arwah bonda tercinta-Fatimah bt Hasnah

26 Ogos 2010

Doa yang dilupakan

Ada org kata blog aku ni byk gambar makanan...walaupun bukan aku yg masak, wakaka...so aku ingat aku nak selitkan jugaklah satu dua tazkirah lagi pun sekarang nikan bulan mulia...info2 yg aku dpt ni pun dr email yg kengkawan office bagi, so aku kongsikanlah kat sini. Yang paling utama, utk tatapan anak2 aku jugak. dia org ni pun skrg selalu gak baca blog aku ni...yang baik tu jadikanlah tauladan, yg buruk jadikan sempadan...


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil...



Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,



Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu



Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

24 Ogos 2010

Roh di bulan Ramadhan

Dapat email ni dari sorang kawan. Aku rasa terpanggil utk di kongsikan kat sini :



"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.



Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.





Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup".

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
"
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"

22 Jun 2010

Tazkirah


Semenjak dua menjak ni, kami(aku n en suami) kalau gi pasar tani, InsyaAllah beli lah cd ustaz kazim ni. Seronok menonton ceramah ustaz ni, tx boring langsung. kelakar pun ada gak. Sesekali kenalah dengar ceramah2 agama ni. Ustaz ni pun ada sekolah pondok kat Ipoh. Kat Manjoi kalau tx silap. Sesuai jugak di tonton oleh anak2. Kadang2 anak2 ni pun kena dengar sama gak. Ustaz ni selalu buat ceramah kat surau2 kat area kemensah.

Related Posts with Thumbnails