07 Januari 2011

Ayam Goreng Uncle Bob

Aku sebenarnya nak sambung lagi cerita yasmin yang 'kememeh' cembeng kat sekolah, tapi aku ada satu cerita yang lebih menarik untuk di kongsikan di sini. 

Pernah dengar tak Uncle Bob?  Aku 1st time dengar dan tengok masa malam tahun baru tempohari.  Masa tu kat downtown Bkt Dukong.  Ada satu stall ni nama dia uncle bob duk jual ayam goreng.   Mulanya aku memang tak terliur pun sebab ingat ayam goreng biasa je, sekali bila suami aku bagi rasa...eh eh..sedaplah, nak lagi... pergi beli sendiri...acah jer..

Hari Ahad lepas aku ajak lah lagi sekali gi downtown tu, dengan hajat nak beli lagi ayam goreng uncle bob ni, sekali tak buka...sob..sob...kecewa betul aku masa tu...menurut jiran2 uncle bob tu, dia orang memang jarang2 sangat berniaga, melainkan kalau ada show malam tu baru dia orang berniaga.  Haiii...manalah aku nak tau bila pulak ada show kat situ...sabar jerlah..

Waktu balik kerja semalam aku singgah pasar malam kat prima saujana...hah tau kan kat mana tu...tengah aku duk pusing2 mencari makanan, tiba2 aku terpandangkan gerai uncle bob ni, apa lagiiiii...laju jer aku terus order 3 bungkus...muehheheh...
Cam nilah ghoper bungkusan ayam uncle bob...ayam dia memang sedapppppp....macam nilah baru dikatakan terbaik dari ladang...masa tengah menaip ni pun boleh terliuq tau...gambar ayam aku tak ambik, nanti tak surprise lah...gi lah beli...sekeping besar tau...di potong2 kecil supaya senang nak ngap.
Ada cap halal lagi.  Kalau nak tahu lebih lanjut pergilah jengok website tu...3 bungkus ayam tu dah selamat malam tu jugak...Alhamdulillah..

06 Januari 2011

1st Day OK, 2nd Day...

KO...hahaha...Yasminlah tu.  Aku ingatkan dia ok bila aku tak menemankan dia pada hari Selasa lepas.  Kat Sekolah Agama ok aje bila balik rumah, tapi bila balik dari Sekolah Kebangsaan...huahhh...sedih tahap maksima.  Sayu habis...kat 20 minit aku memujuk tanya kenapa menangis.

Masa rehat amin cari ibu tak ada, terus amin tak makan...sedihnya...

Mak orang lain tu ada tunggu anak dia kat tingkap, naper ibu tak tunggu amin..double sedih aku dengar...

Ada cikgu tu tahi lalat besar kat atas bibir, garang betul...dia marah amin ke?
tak..dia marah kat semua orang...

Aku rasa dia terkezut kot kena sergah dengan cikgu tahi lalat besar tu...mueheheh...bukan makngah ke tu?

Balik dari mengaji, sambung lagi episod sedih.  Kali ni dia bagi alasan tak tahu nak pergi ke ruang legar-semua pelajar tahun 1 kena beratur dekat ruang legar.  Puaslah aku dengan eimran explain kat dia mana ruang legar tu.  Siap bagi landmarks lagi...pun dia tak faham jugak, aku rasa dia saja buat2 tak faham...alasan nak suruh aku teman kanlah tu..

Ayah dia pulak, siap lukiskan landmarks dari turun van sampailah ke ruang legar tu, pun dia kata tak faham...nampak sangat buat2 tak faham. 

Dan semalam hari Rabu, masa aku call nak tanya dah sampai rumah dari Sekolah Agama, terus menangis...haishhh sabar ajelah aku...nasib baik ayah dia terus balik semata2 nak menunjukkan jalan lurus ke ruang legar sekolah...
Haaahhh...kalau macam tu pandai, tak payah ajar.  Gambar entah bila...all the way from BSB

05 Januari 2011

Bergembira di Kota Keriangan

Macam yang aku cerita dalam entry sebelum ni, 1/1/2011 yang lepas aku dan kakaks aku bergembira di Genting Highlands.  Lama betul aku tak ke sini, lebih dari 10 tahun aku rasa.  Yalah, Eimran pun dah nak masuk 11 tahun...fuhhh lama betul...Kita orang naik ke Genting pun dah petang, pukul 3 rasanya bergerak dari KL.  Beratur nak naik skyway pun lamaaaaaa sangat...naik lenguh kaki tangan aku.  Dah lah Qaseh tidur, tu yang lenguh tangan aku...Rasanya kita orang sampai kat puncak dalam pukul 5.30 ptg.

Turun dari skyway, semua masuk toilet...sejuk maaa...masa tu memang hujan renyai2, ala2 gerimis mengundang gitu...
Beratur nak naik skyway...


 Lepak king sementara menunggu pukul 7 mlm
Buka bekalan, makan time...

Aku rasalah kan, masa tahun baru tu, genting offer masuk free kat taman tema/outdoor lepas pukul 7 mlm.  Tapi kalau nak main apa2 permainan dikenakan bayaran RM 8/-  Ada beberapa offer masa tu.  Kita orang ambik yang dewasa RM 22/- dan kanak2 RM 15/-.  Mainlah sampai pukul 1 pagi...tapi kita orang tak lah tunggu sampai lewat cam tu...sebelum pukul 10 dah turun.  Bila dah malam tu, hujan, so tak dapat nak main...sejukkkkk gggrrrrr....

Oh ya...kita orang siap bawa bekalan okey...roti  dengan tuna aje pun.  Tapi bila sampai kat tempat sejuk, laju jer semua.  siap beli lagi roti sebab dah habis...Tujuan makan tu sebab nak mengurangkan bebanan pada tukang angkut beg bekalan...berat katanya..mueheheh..

Ni baru intro aje, sebab baru dapat gambar2 ni dr kamera kakak aku.  Ada gambar dari dua kamera lagi...banyak gambar sebenarnya yang nak aku kongsikan kat sini.  Rasanya gambar makan2 kat Satay Station aku tak masukkan lah, pasal tak ada gambar makanan pun, gambar kita orang aje yang kelaparan menunggu makanan.  Tunggu ya cerita Genting Part II, hikhikhik...


04 Januari 2011

Cerita Tahun Baru

Dari 31hb tahun lepas aku cuti, sampailah hari ni 4hb Jan.  Lamakan...Qaseh pun dah tak nak berenggang dengan aku.  Pantang aku duduk aje, mulalah dia datang nak buat 'projek'...
Esok start kerja dah, malasnyaaaaa...danial pulak sekarang ni, dah pandai cakap, kalau aku pakai baju duduk rumah dia tanya, bu duk umah ya? maksudnya, ibu duduk rumah ya...kalau aku angguk, suka dia...kalau aku kata nak pergi kerja, mulalah buat muka sedih...ciannnn adam...


Cerita tentang persekolahan Yasmin, dia ok, tak menangis pun.  Masa rehat, aku tengok aje dia membeli makanan sendiri, memang pass lah dia...aku rasa kalau Eimran tu, tegak berdiri aje kat kantin tu...Hari Isnin pun aku still monitor dia masa rehat, memandangkan hari Jumaat sebelum tu ramai sangat murid2 kat kantin, so masa hari Isnin tu, aku belikanlah siap2 kuih untuk dia, anak bertuah ni tak nak, dia nak beli sendiri...sabar ajelah...


Masa kat sekolah agama pun sama, dia ok aje.  Cuma bila nampak ada budak2 makan ais-krim, mulalah dia merengek nak ais-krim jugak...aku tak ambik gambar yasmin masa kat sekolah agama ni, sebab battery kamera dah kong.  Lagipun aku tengok tak ada pulak ibubapa yang sibuk duk klik2 macam kat sekolah kebangsaan...


Malam menjelang tahun baru, plan asal nak tengok bunga api dari KLCC, sebab tahun lepas nak tengok bunga api kat Putrajaya tak kesampaian.  Lepas makan satay kat sate station, aku terus balik...tak jadi nak tengok bunga api dari KLCC.  Tapi kita orang tengok bunga api kat Mines, dekat sikit dengan rumah.  Tapi ciput aje bunga api dia, sekejap aje...


Siang hari tahun baru, aku dengan kakaks aku bergembira pulak kat Kota Keriangan, nanti aku story pasal gambar tak resize lagi...masa kat sini, puashati dapat tengok bunga api...tapi dah nak habis tu, kabus tebal sangat sampai tak nampak dah bunga2 api tu...


Oklah gambar2 nanti aku loadkan, entry ni tak ada gambar...1st entry di tahun baru...Sebelum terlupa, aku rasa belum lambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru, pada semua pembaca blog picisan aku ni, moga tahun 2011 ini aku akan lebih sukses...







Related Posts with Thumbnails