Memaparkan catatan dengan label yasmin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yasmin. Papar semua catatan

29 April 2014

Bandung 2014

Penghujung March lepas aku dan Yasmin jalan-jalan di Kota Bandung bukkk...Kami berdua saja.  Lagi dua orang kawan sekantor...gitu...hahaha...terus cakap sana dah ni.  Biasanya kalau jalan-jalan cuci poket ni, kawan aku suka ambil flight pagi.  Sampai sana check in hotel terus berdesup ke Pasar Baru.  Tak buang masa langsung kita orang.  
Gambar kat dalam Pasar Baru memang tak sempat nak ambil, sebab aku pun ada google sebelum tu, tak berapa di galakkan ambil gambar kat sana khuatir pencopet.  So berhati-hati sebelum terkena.  
Excited budak ni nak naik kapalterbang.  Pertama kali gitu.  Aku tanya kat abang eimran, dia tak kisah ke kalau aku bawa yasmin, tak kisah asal bukan ke Old Trafford...eerrrkkk...
Walaupun dah siap2 makan kat LCCT tapi tetap makan lagi kat atas flight.  Kali ni aku rasa macam tak berapa nak ambil gambar dalam flight...tak tahulah kenapa.  So gambar pun tak berapa nak banyak.
 Selepas 2 jam berzikir...tak tidur pun...mata tak mahu lelap langsung walaupun bangun pukul 2 pagi...sampai sudah kami dengan selamatnya.  Yasmin jadi mangsa model tak berbayar..hahaha...
 Terus ke hotel...sebelah aje dengan hotel ada kedai sama macam 7 Eleven tu...sedaplah yasmin hari-hari minum slurpee.  Tu baru sampai pun dah membeli...
 Late lunch hari pertama.  
 macam otak-otak tapi bukan sebenarnya
Ni hotel tempat tidur kita orang.  Dua tingkat...kalau pergi berempat atau family yang sedang-sedang aje, sesuailah duduk sini- Grand Serela Riau Bandung namanya.  Aku dan yasmin tidur kat bhg atas.  Tengah malam nak terkucil...gagah jugalah turun tangga tu.  Lagi satu hotel ni mengamalkan penjimatan elektrik...suram aje lampu kat bilik.  Kita orang nak pack barang pun payah.  Duk harap cahaya dari bilik air aje.  Sib baiklah dua malam aje...dan untuk tidur aje.

Aku kalau jalan dengan kawan aku ni memang tak ada melawat tempat2 peranginan semua tu.  Kita orang memang menghabiskan duit semata...hahaha...Kebetulan pulak Indonesia cuti masa kita orang sampai sempena Hari Nyepi kalau tak silap aku.  So Bandung memang jamm teruk...Almaklumlah orang Jakarta pun datang sini...ada lagi satu group kawan aku yang ke Bandung hari yang sama, pergi Tangkuban...7 jam duduk dalam kereta.  Tak boleh nak buat apa langsung...

Ok tu cerita hari pertama.  Ada dua hari lagi.  Kalau berkesempatan aku story lagi ya. Yang penting, terima kasih datang baca.

24 Disember 2013

Warkah Buat Ibu dan Ayah

Haahhh nilah surat cinta dari anakanda yasmin.  Masa dia bagitahu ada surat untuk aku tu,  aku ingatkan surat dari sekolah...sekali bila dia tunjuk envelope terus laju aje aku sambar nak baca.  Untuk ibu dan ayah...Nor Yati, Mohd Zulkifli...tengok envelope pun dah rasa sayu hati...hahaha...Envelope bunga bunga.  Mesti ustazah yang bagi ni.
i love you too darling...
Lepas baca aku peluk-peluk lah dia...janji tau jangan bagi ibu marah...hehehe...Lepas tu tunggu ayah balik pula...nak pass surat tu kat dia...kan untuk ayah dan ibu...ayah dia yang gagah tu pun terharu baca surat anak dia.  Moga yasmin jadi anak yang solehah.

Terima kasih datang baca.

20 Disember 2013

Yasmin

Hari ni aku nak cerita pasal yasmin.  Dari penghujung November hari tu aku hantar dia ke kem hafazan berdekatan dengan rumah.  Mulanya dia nak tidur kat situ tapi aku yang berat hati nak bagi kebenaran.  Aku belum bersedia nak lepaskan dia untuk berdikari lagi...uhuk..uhuk...Dan hari ni merupakan hari terakhir dia menghadirkan diri ke kem hafazan tu. 

Masa nak mendaftarkan dia ke kem ni hari tu, Yasmin yang sendiri minta nak pergi kem hafazan ni.  Kalau abang eimran...huk..huk..huk...terbatuk omak eh nak suruh.  So pagi-pagi sebelum ke office aku kenalah hantar dia dulu lepas tu balik pula orang nursery tempat dia transit tu akan tolong ambil dia setiap petang.  Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi dia tak ada kawan yang sama nak balik ke nursery.  Paling selamat bayar ajelah kat orang nursery untuk ambil dia waktu petang.

Kiranya kem hafazan ni setiap hari selama 4 minggu.  Kira sebulanlah kan.  Tapi yang aku risaukan hari tu sebab dia kekurangan baju kurung.  Kalau ada pun sepasang baju kurung masa raya.  Mujur ada 2 helai jubah yang aku beli kat Jakarta dulu.  So tak kan 3 helai nak ulang selama 4 minggu kan?  Aku tempahkan lagi satu baju kurung yang biru gambar atas tu.  Nasib baik boleh siap cepat.  So itulah yang dia duk ulang pakai.  Tapi dia lagi suka pakai jubah...

Nampak sangat yang yasmin ni dah remaja tau...pepagi tu kalau dah bersiap, siap tanya nak pakai tudung apa...aku suruh pakai aje tudung yang ada...tak nak pula, tak sama kaler dengan baju katanya...amboi..amboi...pandai dah nak match match macam ibu juga ya...dia memang suka pakai tudung aku...tudung kanak-kanak dia tak nak pakai dah. 
Ni gambar pagi tadi...hari terakhir nak ke kem hafazan.  Alhamdulillah sekarang dia dah hafal beberapa hadis dan surah.  Malam tadi pun gigih suruh aku dengar dia nak menghafal sural al-waqiah.  Lagi satu aku perhatikan dia kalau nak masuk tandas mesti baca doa...walaupun masa tu dia tengah terkepit-kepit nak terkucil, tetap tadah tangan kat depan bilik air...Kalau aku minum berdiri, mesti dia tegur suruh minum duduk...terus aku terduduk...hehehe....

Ada sekali hari tu, aku membebel sebab rumah bersepah...dia kata tak per, biar amin sapu.  Aku ingatkan setakat sapu ajelah, sekali dia siap mop lantai lagi.  Terus aku puji dia melambung-lambung...saja nak kasi abang eimran jeles...ko ingat dia nak jeles...tak pasal-pasal dia kata kita orang dah ada bibik baru...kurang hasam betul!!

Dua hari lepas yasmin ada bagi surat untuk aku dgn ayah dia.  Mesti ustaz dan ustazah yang suruh tulis.  Mana ntah gambar tu, nanti kalau dah jumpa aku post entry ya.
Kat kem ni dia tak ada ramai kawan.  Dia cuma rapat dengan sorang kakak sekolah menengah yang dia panggil kak sue.  Padahal ada juga budak darjah 4 tapi sebab sekolah lain-lain jadi macam tak boleh nak ngam dengan dia.  Masa minggu pertama lagi dia cerita kat aku yang budak-budak tu suka cakap bisik-bisik...sekali dia sound kat budak tu, kita datang sini nak belajar, kalau tak nak kawan sudahlah...hahhh hambek kau!
Jadi sampai ke sudah dia memang baik dengan kak sue tu ajelah.

Dan esok ada majlis penutup untuk kem ni.  Dia kata ada persembahan.  Sebab dia terlibat sama dalam persembahan tu, kenalah aku bagi semangat sikit dengan menghadirkan diri esok.

Tu ajelah cerita dan kisahnya.  Terima kasih datang baca.  Sekarang ni tahap kemalasan melonjak-lonjak.  Malas segala-galanya...dah masak, malas nak ambil gambar.  Malas nak update blog, tapi nak berblog!  Dah hujung-hujung tahun ni mood semua ke laut.  Tunggulah tahun baru nanti, mesti ada azam baru nak update blog tiap hari...hahaha aku lah tuuuuu...

08 Oktober 2013

Cerita Yasmin

Dah lama tak share cerita yasmin kat blog ni...since semalam ada kejadian berlaku kat dia, so bolehlah jadi bahan ibu nak bercerita kat blog ni.  Sorry sayang...ni pun untuk bacaan dan pedoman yasmin juga nanti.

Ceritanya macam ni...pagi semalam macam biasa aku bagi dia duit belanja untuk sekolah keb dan sekolah agama.  Sejak harga minyak naik ni, aku pun naikkan juga duit belanja sekolah dia.  So sekolah agama RM 3 sekolah keb pun sama RM 3.  Tapi dia tetap bawa RM 2 untuk setiap sekolah.  Baki tu dia suruh aku simpankan...adalah tu nak beli apa-apa...

Dalam pukul 10 lebih macam tu, hp aku keluar nombor area rumah.  Aku jawablah sekali dengar suara yasmin yang sedih sangat.  Cakap pun slow aje...mestilah slow sebab telefon dalam pejabat sekolah..hahaha...dia cakap bag duit dia tercicir, dia letak dalam saku baju sekolah...kan ibu dah pesan letak dalam beg sekolah! sempat juga aku bebelkan kat dia. So sekarang ni dia tak ada duit nak makan waktu rehat.  Dah lah pagi semalam aku tak sempat nak buat apa-apa breakfast, setakat minum air aje...mulalah aku pun jatuh kesian kat dia.  Aku pun suruhlah dia pinjam dengan kawan dia, lagipun kawan dia ni pernah juga pinjam duit dia sebelum ni.  Siap paksa-paksa lagi tu suruh yasmin bagi dia pinjam!! Nak tak nak yasmin bagi jugalah...

Jadinya semalam, yasmin dah kehilangan duit belanja untuk dua-dua sekolah.  Memanglah kat nursery nanti dia dapat makan tengahari, tapi knowing yasmin yang tak boleh kureng makan ni...aku rasa kesian sangat kat dia semalam.  Mujur abang eimran tengah cuti, suruhlah dia hantar duit belanja untuk sekolah kebangsaan.  So settled lah duit belanja sekolah kebangsaan.  

Kat sekolah agama lain pula jadinya.  Kan aku dah suruh dia pinjam dengan kawan dia tu, boleh pula kawan dia tu cakap, kita kena tanya bapak kita dululah...masa dengar cerita yasmin tu hanginnnn aje aku...tengok kawan kakak tu, apa-apa hal dia tanya kat mak bapak dia...kalau kakak tu terus aje bagikan...hari tu masa dia minta duit kakak, ada kakak tanya ibu?  
amboiiii...hari tu dia minta duit kakak tak ada pun kakak nak tanya kat bapak kakak kannnnnnnnn...perkataan bapak tu sengaja aku tekankann...hahaha...
Korang rasa yang mana satu ayat aku...hahaha...saiko sangat...dua-dua aku bagi kat dia. Lepas tu tanya lagi...yang dia pinjam hari tu dia ganti ke???  Tak tapi kakak dah halalkan...ohhh baiknya anak aku...yang tu bagus.
Tapi aku nasihatkan juga kat dia, kalau kawan macam tu...kita tolong sekali ajelah...lepas ni kalau dia minta lagi, pandai-pandai kakaklah ya.  Kalau dia kata tak ada duit, kakak beli kuih, kerat dua dengan dia...Tak salah nak tolong kawan, tapi janganlah kawan dengan orang yang suka ambil kesempatan...

Beg duit dia tu jumpa tapi jumpa kat dalam tong sampah.  Tak tahulah aku macam mana dia jumpa dalam tong sampah...tapi semalam ustazah dia yang bagi pinjam RM 1.  Jadilah nak...buat alas perut...sob..sob...sob...macam mana ustazah pula yg bagi pinjam??? Kawan dia yang nak 'tanya kat bapak dia dulu' tu, cakap kat ustazah pasal beg duit yasmin hilang. Tu yang ustazah bagi RM1.  Terima kasih ustazah...

Tu ajelah cerita yasmin...mesti ada yang kata, biasalah tu duit hilang...bagi aku, benda ni jadi luarbiasa sebab aku jauh kat tempat kerja.  Tak dapat nak tolong masa dia dalam kesusahan macam tu...unless kalau aku ni surirumah...dah tentu berdesuppp aku hantar roti sapu kaya kat dia...hahaha...ohh doakan saya suatu hari nanti dapat bekerja dari rumah...
My girl

Siapa yang berminat nak beli 2nd hand novel, silalah jenguk kat blog aku lagi satu khas untuk novel sahaja : http://novel2ndhandonline.blogspot.com/ aku akan update dari masa ke semasa.

okey tu aje luahan hati ibu yang bekerja...uhuk..huk.huk...terima kasih datang baca. Sebelum tu nak menjawab pertanyaan kak sweetie kat entry sebelum ni : sy kerja kat area UTC-Pudu raya nun..hihihi..

21 Jun 2013

Yasmin

Minggu lepas masa lunch aku dapat call dari Yasmin.  Dia suruh datang sekolah  dia petang tu juga...holoolooo...ingat senang-senang ke nak minta cuti dengan boss...katanya nanti dia tinggal sorang-sorang kat kelas. Ibubapa orang lain datang, ibubapa amin aje tak datang...Alahai kesian pulak aku dengar...lepas makan teruslah aku sms dengan boss cakap nak pergi sekolah anak.  Awalnya aku tak tahu pun tujuan ke sekolah ni untuk tengok prestasi dia, sebab memang tak ada surat apa pun, cuma malam sebelum tu Yasmin ada cakap, cikgu suruh datang sekolah petang esok.  aku tanya juga kenapa, dia kata tak tahu.  Ehhh mana boleh suka-suka suruh datang...ibu kerja...kat KL lak tu...cam tulah lebih kurang bebelan aku pada dia malam tu...ingatkan habis cam tu ajelah...sekali dia boleh pula call dari sekolah petang tu...
Memang masa dia call tu aku tak cakap pun akan datang...so suara dia macam kecewa sangat.  Nak nangis sure malu sebab kawan ada kat sebelah...hahaha...Masa aku sampai tu memang dah ramai ibubapa kat kelas dia.  Aku nampak dia duduk termenung sorang-sorang kat meja dia.  Yalah, kawan yang lain dah duduk kat depan dengan makpak masing-masing...alololooo...memang bergenanglah airmata aku ni tengokkan dia...dia pulak nampak aje aku kat depan kelas, terus bangun datang kat aku...rasa nak aje aku peluk...overkan...
Kalau aku tak datang duduklah dia sorang2 macam tu sampai habis waktu sekolah...
Lama pula menunggu turn nak jumpa cikgu kelas dia.  sorang-sorang adalah dekat setengah jam dengan cikgu tu. Masa menunggu tu, dia bagilah fail macam kat atas tu dekat ibubapa untuk melihat prestasi anak masing-masing.  Fail tu ada rekod prestasi dari darjah 1 sampai lah sekarang.

Yasmin suka aku datang pasal ada orang menjual buku-buku kat sekolah dia.  Dia kan pantang kalau ada orang jual-jual ni...semua nak di belinya.  Aku pulak dah ternampak buku cerita yang aku cari-cari selama ni.  Dah 2 kali tanya kat UTC, asyik tak ada aje.  Tak sangka pula berjumpa kat sekolah Yasmin.  Tu buku kat bawah ni...Kelakar...tajuk aje gempak...
Okey terima kasih datang baca.

06 Februari 2013

Minyak Rambut

Hasil berjimba kat Port Dickson hari tu, rambut yasmin jadi keras kejung di sebabkan berendam lama sangat.  Lagipun kat pool tu punyalah banyak klorin...sampai swimming suit danial bertukar kaler.  Kaler asal adalah biru...sekali bila habis mandi aku tengok dah jadi kelabu.  Mulanya aku tengok apasal lain macam aje baju dia, rupanya dah tukar kaler...hahaha...
Cerita pasal rambut yasmin...dahlah keras kejung, macam rambut anak patung tu...bila sikat mulalah mengalir air mata...ayah dia suruh letak minyak kelapa...oklah sikit.  Esoknya tu terus aku pergi cari minyak rambut yang sesuai untuk dia.  Pergi farmasi kat area rumah, dia  suggest kalau untuk budak-budak guna aje baby oil.  Ada juga yang mahal sikit, sekali dengan vitamin E.  Tapi itupun dia tak recommend untuk budak-budak.  At last dia suruh cuba Zam Zam hair oil tu.    Malam tu juga aku pakaikan kat yasmin.  Aku dah pesan kat dia kena bangun pagi sikit untuk cuci rambut...boleh tahan juga bau minyak ni.  Walaupun baru sekali menggunakan minyak ni, tapi nampak jugalah perubahan kat rambut dia.  Tak adalah keras kejung lagi...nanti cuti tahun baru cina ni aku nak lumurkan hari hari...hehehe...
Masa eimran baby dulu, arwah mak mentua aku selalu juga lumurkan minyak ni kat kepala dia...sekarang ni rambut eimran memang hitam tebal...
Tu ajelah nak cerita pasal minyak rambut ni.  Korang pun biasakan dengar minyak rambut zam-zam ala kazam ni kan...dah berzaman dah ada di pasaran.
Terima kasih datang jenguk-jenguk kat sini.

23 Januari 2013

Kita Kita Aje

Punyalah slow nak masukkan cerita harijadi Yasmin...Celebrate among kita orang aje kat rumah.  Tak ada sedara mara pun...ibu ayah abang dan adik-adik...ehhh lupa bibik juga...
Aku order kek cokelat sebab Yasmin memang suka cokelat.  Tu pasal lah letak tajuk pun kita kita aje...nampak sangat dah tak tahu nak letak apa...
Entah kenapa dia macam emosi pulak time ni...terharu kot sebab memang aku tak bagitahu dengan dia pun yang aku ada beli kek...

Paling kelakar habis aje nyanyi lagi happy besday tu, qaseh dengan danial yang terus tiup lilin...Yasmin terlopong-lopong tengok lilin dah padam...hahaha..nak nyalakan lagi sekali sumbu lilin tu pun dah cair...tak payahlah kakak!
Tengok qaseh...dia yang lebih teruja, siap naik atas meja...
 Tak tahulah kenapa gambar time abang eimran potong kek ni, terus terbalik...
 Tu ayah suapkan love kat besday girl
 Tengok time abang aje mesti something wrong...abang kena paksa suapkan kek 
kat adik dia...
 Ibu pulak suapkan kek kat kakak...
sayang sikit...saaaaayaaang kakak...
moga kakak menjadi anak yang solehah...
berjaya dunia dan akhirat...
tq to aunty sweetie atas ucapan besday...
gambar baju pink tu dia make-up hari raya lepas.
to Rasp,azian and mamarey...tq for your wishes..
okeykan kalau jawab komen cam ni...tak ada maknanya orang
yang komen tu nak pergi check balik samada kita 
jwb komen dia atau tidak kan...
tq for reading...

17 Januari 2013

Happy Besday Yasmin!

Semalam 16 Januari merupakan hari lahir anakanda Yasmin Zahirah.  Cukup umur dia 9 tahun semalam.  Yasmin memang dah tandakan dekat kalendar tarikh lahir dia sejak bulan December lagi.  Bila masuk tahun baru, dia menghitung hari aje...Memang dari awal lagi dia dah minta suruh belikan goodie bag ni, nak bagi kat kawan-kawan sekolah katanya.
Sampai hari Isnin lepas, dia masih remind kat aku lagi suruh beli goodie bag ni.  Aku tanya nak bagi dekat berapa orang?  Katanya satu kelas lah...wowww...sekolah agama ke sekolah kebangsaan aje?  Dua-dua sekolah lah ibu...amin dah kira 76 orang semuanya... banyak tuu...alaaa amin dah bagitahu dengan kawan-kawan amin...
Rupanya masa hari Selasa dia pun tak confident ibu dia ni nak beli ke tak?  Jadi dia cakaplah dengan kawan dia, kalau ada..adalah ya...sekali kawan dia kata, mana boleh...nanti kita orang nak makan apa?  Pergilah makan kat kantin...hahaha...pandai ko jawab ya...
Memang aku saja tak nak bagitahu kat dia yang aku pergi beli benda ni semua.  Saja nak buat surprise kat dia...Bila balik rumah aje, sibuklah dia terintai-intai kat dalam kereta... sekali bila nampak jajan-jajan tu semua terus senyum cakap terima kasih ibu...Masa packing jajan ni, Danial pulak yang sentap...asyik lah buat muka sedih dia tu...Adam nak macam ni juga nanti...tapi Adam nak bag Ben 10...okey sayang...Adam punya Happy Birthday bila ibu...Adam punya lambat lagi lah, bulan 5...Qaseh punya bila ibu? Hahh budak nit-nit tu pun sibuk juga nak goodie bag...tapi dia nak gambar upin ipin.  Kek pun nak upin ipin...memang peminat tegar upin ipin betul dia ni.
Kek ni pun surprise untuk dia.  Aku order semalam tapi kawan yang buat ni cuti kecemasan pulak, so hari nilah baru dapat kek dia ni.  Yasmin pun tak tengok lagi kek untuk dia ni.  Tapi nama kat kek tu tersilap, sepatutnya 'Y' bukan 'J'.  Tapi tak kisahlah...
Nilah wajah besday girl kesayangan aku ...bam bam...mata sepet...Syukur alhamdulillah sekarang ni tak ada masalah dah nak pergi sekolah.  Kalau ada pun aku tak layan...sorry Yasmin...Dia tak banyak cakap, ikut ayah dia lah tu...aku pun tak berapa nak banyak cakap juga...bercakap bila perlu aje!  Yasmin boleh di katakan selalu mengalah dengan adik-adik dia...kuat sentap juga ni.  Baru beberapa hari lepas aku perasan dia cukup marah kalau abang Eimran yang cakap dia gemuks!  kalau ayah dia yang cakap, dia buat dekkk aje...hahaha...Tak suka ikat rambut...dia rela biarkan rambut panjang dia mengerbang macam hantu kak limah!  
Yasmin suka cokelat, dulu-dulu dia suka minum air kosong aje, sekarang tidak lagi.  Paling suka makan ayam goreng...peneman setia aku time nak jogging hari minggu...
Harapan aku moga Yasmin berjaya di dunia dan di akhirat.  
Tq for reading...

05 November 2012

Hari Sabtu Kami

Dari hari Jumaat lagi dah remind suruh pergi sekolah agama dia.
Tujuan asal nak beli buku kerja aje,
sekali tu ada sessi ambil report kad rupanya.
Alhamdulillah kali ni yasmin menunjukkan peningkatan yang
agak memberangsangkan.  sampaikan aku tak percaya siap 
tengok lagi sekali betul ke cikgu bagi report kad dia ni...hehehe
Tapi...Tapi...still kena tingkatkan lagi usaha ya sayang...tahun depan
darjah 3 lagi banyak subjek baru nampaknya...

Balik dari sekolah, sempatlah singgah pasar tani kat Prima. 
 Teringat kat cendawan sebungkus aku ada beli
rasanya dah dua minggu kot kat dalam fridge.  Cari tepung goreng
ingat nak goreng cendawan aje petang nanti...
Berjaya menggoreng seplastik cendawan tu hah...makan panas
panas masa hujan...nikmat betul...
Pekena dengan kopi 434...
okey itu aje cerita hari sabtu kami...tq for reading friends...

23 Oktober 2012

Abang n Yasmin

 betul lah kata orang dulu-dulu...masa ada
depan mata, kita buat dekkk aje...
asyik mencari salah dia aje...suka nak dengki-dengki dengan dia...
bila dia pergi, hilang dari pandang asyiklah duk tanya
bila balik..bila balik...
asyiklah duk suruh telefon tanya kat mana...
mulalah tidur nak peluk bantal dia
nak pakai selimut dia...cuba time dia ada...
busuklah bantal ni...busuklah selimut ni..
hahaha...teror tak ahkak bermadah pujangga...
tapi semua itu benar belaka..
yasmin yang kerinduan masa abang dia tak ada
abang mengikut rombongan sekolah ke Terengganu minggu lepas
sekarang ni dah selamat sampai kat rumah
aku nak ikut, dia tak bagi...alasan
nanti jadi macam Adli...asal pergi rombongan aje
mak long ikut...baik tak usah pergi...
ngeh..ngeh...ngeh...
sepanjang ketiadaan abang kat rumah, yasmin sibuklah
suruh telefon tanya abang dia kat mana...
bila nak balik lah...
tidur malam pun duk peluk bantal abang
masa abang sampai dari Terengganu, sanggup tu tak tidur
sebab nak menunggu abang sampai
padahal abang sampai pukul 11 malam
dia jugalah yang mengikut ayah pergi sekolah menjemput abang.
yasmin, ibu harap perasaan sayang ni akan kekal sampai bila-bila
bukan dengan abang aje...dengan danial dan qaseh juga
tq for reading my madah merapu...

10 Oktober 2012

Kidzania...Firefighter!!!

Suka betul danial dapat jadi ahli bomba...dalam kereta pun duk cerita dengan ayah dia, balik rumah pun sama tak habis lagi duk firefighter...firefighter dia....ni tengah menunggu turn nak jadi ahli bomba.  budak2 suka betul jadi ahli bomba sebab dapat naik kereta bomba.. menunggu ni adalah dalam 40 minit ++ kot.  Naik lenguh kaki aku ni...danial rileks aje sebab dia jenis senang berkawan.  tu budak sebelah dia tu dah jadi kawan dialah tu.  Yasmin dah lenguh2 kaki duduk...
ok..sampai dah turn dia orang. tengok danial nak juga beratur dengan kawan baru dia tu, tak adanya dia nak beratur dengan kakak dia.  tetiba qaseh nak joint..
dah masuk kat sini, dia nangis takut...ntah apa-apa aje qaseh ni...garang bukan main...
 siap pakai baju bomba ni hah...sebelum pakai topi dia orang kena pakai serkup hitam tu..
 ok siap dah, tunggu arahan seterusnya...
 takat posing kat kereta bomba ajelah qaseh...
 tengok video dulu...tetiba ada siren kebakaran...
 nilah kereta bomba tu...ni memang bergerak tau.  sila beri laluan..sila beri laluan...
 nilah hotel yang terbakar tu.
 nilah ahli bomba wanita yang bam..bam...lepas tu qaseh nyibuk nak juga main air tu...
 ahli bomba lelaki yang perasan macho man...

03 Oktober 2012

Yasmin Lagi

Hari ni entry yasmin ajelah nampaknya....
Kesian kat dia, terluka kat bibir tu hah.  Gara-gara ayah dia buat
emergency brake...terus berlaga mulut dia kat kepala Danial yang keras itu...
Menangis sedu sedan yasmin masa tu...Danial sapu-sapu aje kepala dia...
nampak teruk juga tu kan...tapi time makan cam okay aje
aku tanya, tak sakit ke?  dia kata mula-mula aje sakit, lepas tu ok aje.
Amin tahan ajelah...ohhhh..nak makan punya pasalkan...boleh
aje menahan sakit ya...

Ibu Suka Amin Tak?

Hari tu kan aku baca novel Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak?  Dah habis dah baca, sekarang ni ada kawan pulak pinjam.  Kat dalam buku tu kan ada penanda buku, aku tak perasan pulak yang yasmin ada tulis sesuatu kat penanda buku tu, sampailah hari tu masa baca buku ni kat dalam bas, baru aku terperasan apa yang dia tulis...hehehe...
Ibu suka amin tak?
Mestilah ibu suka amin...amin kan anak ibu, buah hati ibu, pengarang jantung ibu, manja ibu...bukan setakat suka aje, ibu pun sayang dan kasih kat amin.  TAPI kalau buat perangai....tetap kena satu das...
 Ni gambar masa bulan puasa yang lepas.  menunggu waktu berbuka
 ni gambar masa raya with ayah
my heart & soul
Related Posts with Thumbnails