Memaparkan catatan dengan label apa-apa ajer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa-apa ajer. Papar semua catatan

06 Oktober 2015

Cerita aku

As salam.  

Lamanya tak menulis.  Dah tak tahu nak tulis apa.  Masak pun yang biasa-biasa aje.  Dah selalu duk ulang masak yang sama aje.  Tapi kat dalam hati teringin sangat nak menulis juga...Sekarang ni pun aku dah jarang sangat nak ambil gambar-gambar makanan semua tu.  Sebab utama tiap kali nak ambil gambar, battery dah low.  Sudahnya makanan pun habis.  Kalau keluar makan kat luar pula, abang eimran dengan ayah dia selalu aje buat muka bila aku suh tunggu jap nak ambil gambar...kadang diaorang laju aje ambil makanan...hahaha...

Lupa pulak, minggu sebelum raya haji hari tu, aku try test buat kuih serimuka...aww maluuu...dah tua-tua ni baru nak belajar buat kan...ini pun sebab kuih tu kegemaran anakanda Danial.  Dua hari berturut-turut aku buat...sabtu ngan ahad.  Pulut memang dah siap beli lama...kononnya hari tu nak buat pulut kuning masa Yasmin khatam quran.  Tapi tak jadi...tak ada keberanian nak buat pulut kuning.  Jadi memandangkan dah ada pulut tu, aku google aje cari resepi kuih serimuka.  Adalah dua tiga resepi yang nampak simple. Antaranya resepi sheila rusly.  tapi masa buat aku guna resepi orang lain pula.  Next mungkin boleh cuba resepi sheila pula.  

Ni gambar dah potong...sebab gambar yang belum potong ada sedikit hodoh.  Tapi macam biasa anak-anak aku excited habis bila mak dia orang berjaya buat kuih ni.  Panas-panas tu juga di suruhnya potong.  Maknya pun teruja juga...aku follow satu-satu resepi ni...Alhamdulillah menjadi sedap...rasa nak lompat bintang...
Ni pula aku buat the next day tu...ambil gambar tepi .  Yang kelakarnya, tengah kukus aku tengok api dapur dah sayup-sayup aje...siap doa tu tunggu sampai masak kalau nak padam pun...Yang ni bahagian tengah hijau tu tak berapa keras lagi...tapi sebelum kukus memang kena masak kan dulu bancuhan hijau ni...so kira masak lah tu kan...Yang ini pun habis licin.  

Hari tu Yasmin tengok ada lagi sikit pulut, dia dah hint suruh buat lagi kuih ni. In Sha Allah aku akan buat lagi kuih ni...practice make prefect kata kawwww....

Ok tu aje cerita kali ni.  Jenuh juga aku memikirkan ayat skema nak cerita kat blog. Mujur ada gambar kuih serimuka aku tu...ngeh...ngeh...

Terima kasih datang baca.

04 Mei 2013

Bila Ayah Terlebih Masa

 ni okey lagi
 apa motif ntah letak tahi lalat banyak-banyak 
kat pipi qaseh...
 yasmin bengang aje tengok cermin mata besar..
hahaha...tapi kat bawah nilah yang paling tak
boleh blahhhhh...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
gelaklah...dia orang kat rumah
dah puas gelak guling-guling...
Terima kasih ya datang baca & 
kita gelak sama-sama ....

Ehhh lupa...Selamat Mengundi

16 Februari 2013

Kentut

Satu malam time nak tidur...tiba-tiba ...

ibu    :  sapa kentut ni???

anak  :  ayah...

ayah  :  senyap aje..yalah tu...

terus semua tutup hidung....hahaha...

anak  :  tadi pun masa kat dalam bilik makngah, ada bau kentut...busukkkk

ibu    :  sapa yang kentut??

anak  :  makngahlah...

ibu    :  kentut sapa paling busuk...makngah ke ayah??

anak  :  makngahhhhh...

walaweiii...korang ni pun...agak-agaklah sikit time nak mengeluarkan angin tu.
Danial yang kecil tu pun pandai halakan bontot dia ke bilik air time nak mengeluarkan angin...itu kalau time dalam bilik lah.  Kalau tengah tengok TV ke apa, dia pergi jauh sikit dari kita orang.  Itu pun tengok time juga...kalau mood tengah baik dia bangunlah pergi jauh TAPI kalau time mood ke laut...kat situ juga di lepaskannya.  Lepas tu siap cakap lagi...legaaaa dapat kentut! tak pun dia cakap...keluar pun kentut adam...hahaha... sorrylah cerita busuk hari ni...sungguh tak senonoh...
sekian, terima kasih

01 Januari 2013

Welcome 2013 & Exchange Gift

Rasanya ni tahun kedua department aku buat exchange gift.  Walaupun bukan paksaan tapi selalunya semua staff terlibat melainkan ada yang bercuti masa hari kejadian.  Untuk permulaan, kena pilih belon dan kali ni aku pilih kaler putih, sucilah kononnya..auwww... kat dalam belon tu ada no. dan no tulah no. gift yang kita dapat.
Untuk beli hadiah tu mestilah ada beberapa syaratkan...yang aku tahu dan ingat, harga mestilah RM 20 dan ke atas.  Kalau makanan bukan yang dah nak expired.  
Dalam belon putih suci yang aku pilih tu ada no. 26.  Ehhh...untuk mengeluarkan nombor tu, kenalah pecahkan belon tu dulu, kalau tak camner nak tahu kita dapat nombor berapa, ya tak...so masa menyerahkan hadiah tu kenalah ingat hadiah yang dia bagi tu nombor berapa.  Macam aku ni, boss yang bagi hadiah no. 26...horreyy dapat boss punya!! Pembungkusan pun dah cantik menarik...kembang hati aku kejap...hahaha...nak tau ke hadiahnya apa???  Tak nak tau ya..tak per aku bagitau jugak sebab nikan blog aku...kenalah bagitau...tapi kenalah scrolllllllllllllll dulu...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
v
tadaaaa.....

wallet
masih simpan..rasa sayang pulak nak pakai...
tq for reading

24 Disember 2012

Awan

 Semua gambar-gambar ni aku ambil menggunakan hp saja
Gambar-gambar ni pun diambil dari dalam kereta yang bergerak
 Waktu adalah lebih kurang pukul 10 lebih pagi
dalam perjalanan ke Rembau hari Rabu lepas
 Tak boleh tahan tengok awan-awan kat langit tu
rasa macam nak pegang aje tapi apakan daya
tak tercapai dek tangan
 Kadang-kadang nampak macam gula-gula kapas
sedang berarak di awan biru
Subhanallah cantik sungguh setiap ciptaan Tuhan
termasuk kamu yang datang membaca...
terima kasih...

06 November 2012

Cantiknya

awan pagi tadi...gambar ni aku ambil masa on the way nak pergi kerja pagi tadi.  Aku suka tengok langit pagi2 ngan time malam masa balik kerja...Cantikkan langit pagi tadi...cuaca pun cerah aje...Petang aje mulalah cuaca mendung nak hujan...tapi hujan pun okey jugak...hujan tu kan rahmat...rahmat tu pulak pemberian yang baik dari Allah..
Macam nilah aku tiap-tiap pagi nak pergi kerja...tension betul ..Entah bilalah Jalan Loke Yew ni tak jamm kan.  Aku tahu time bila...time raya...muahahaha...
Bosan punya pasal, aku snaplah gambar langit yang membiru dan awan yang memutih tu..
Tetiap petang kan hujan, sampai bersih jalan raya ni aku tengok.  Macam jalan yang baru di turap aje...
Ni gambar awan waktu malam.  Gambar ni dah lama aku ambil.  Tapi masih ada lagi dalam simpanan.  Bulan di sebalik awan...

01 Oktober 2012

UTC-Urban Transformation Centre


UTC ni baru aje di lancarkan bulan lepas on 22 September 2012. Dulu-dulu di kenali sebagai Puduraya.  Lepas di baikpulihkan di kenali sebagai Pudu Sentral dan sekarang ni di kenali sebagai UTC-Urban Transformation Centre.  
Masa zaman Puduraya dulu, memang tempat akulah tiap hari Sabtu beratur nak balik kampung.  Dulu2 ada round about kat situ kan.  Beraturlah aku ngan kawan2 yang sesama nak balik Seremban tengah2 panas tu tau.
Actually aku nak copy paste aje info yang aku dapat kat email aku ni, tapi tak boleh nak paste lah.  copy aje boleh...haiiyaaa...
Antara lain menurut kata PM," UTC would be a one stop centre for those seeking government and private services in the heart of the city".
Jom check it out apa ada kat UTC KL ni...
Ground floor :
- Kedai Rakyat 1Malaysia(KR!M)
- 1Malaysia Klinik
- Balai Polis
Mezzanine Level :
- Kedai Kain 1Malaysia
- Kedai Buku 1Malaysia
Level 2 :
- SSM
- JPN
- Kementerian Sumber Tenaga Malaysia
- JPJ
- LHDN
- ePerolehan
- EPF-kiosk
- Immigration
Level 3 :
- Pos Malaysia
- BSN
- MAIWP
- PPZ
- TEKUN
- FAMA
- Telekom
- TNB
- DBKL
- PTPTN
Level 4 :
- 1M4U
- Kem. Belia dan Sukan :-
  - Gelanggang futsal
  - Fitness Centre
  - cybercafe
Other services :
 - surau
 - cafeteria
 - ATM/CDM

Yang aku list kan ni, sebahagian aje tau.  Ada banyak lagi agencies especially kat Level 3 tu.  So marilah kita bersama-sama membuat lawatan cik kiah ke UTC....hehehe...
Bawah sekali tetaplah tempat bas ya...
ok, tq for reading.

ps- gambar semua from google

10 September 2012

@ Office

 Aku punya yang tengah-tengah tu, pasu kecil tu aje
Kiri kanan tu boss punya...aku suka yang daun merah ni...rasa cam nak mintak aje kat boss tapi maluuuuu...dapat letak kat tempat aku pun dah suka.  Harap-harap dia lupalah...terus jadi aku punya...hahahaha...verangan ajelah ...jap lagi dia hangkut masuk bilik dia...
terus terkontang kanting aku punya pokok yang cinonit tu...
Tq for reading...

07 September 2012

Kopi 434 Lagi

Aku dah kehabisan stok kopi 434 ni masa bulan puasa lagi.  Punyalah menahan perasaan nak minum kopi ni, sampai aku ajak en suami pergi Muar hari tu...pergi pagi balik tengahari.  Tapi dia tak setujulah pulak...
Balik dari cuti raya hari tu, dapat envelope tertulis nama aku.  Tapi dah boleh agakdah apakah isinya...Sukaaaaaaaaaaaaanya bila tengok kopi ni siap dua bungkus lagi dia bagi.  Thank you kak Linda.  Cam tau-tau aje aku dah kehabisan stok.
Kawan aku tu siap bagi sekali dengan perencah mee bandung Mak Pon.  Tapi aku tak cuba lagi.  Nanti dah cuba aku update kat sini ya.
Lepas tu another friend orang Sabah pun ada bagi ole-ole from Tawau.  Dia orang kan balik beraya di sana.  Aku pun ada berkirim udang kering dari sana.  Gambar tak ambil lah pulak sebab masa tu sibuk dah nak bersiap ke majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk anakanda eimran.  Kawan aku tu bagi kuih cincin, punyalah sedap sampai kan en suami pun kata sedaplah kuih tu.

08 Ogos 2012

Duit Raya

Berjaya mendapatkan duit baru minggu lepas.  tapi utk RM 5 cepat betul habis.  Disebabkan tahun ni tak ada bonus cam orang gomen, berpada-padalah menukar duit raya.  
Yang ni pulak listing pada sapa nak aku agihkan rezeki tahun ni....ngeh..ngeh..ngeh...ada rezeki sikit tu kita kongsikanlah bersama-sama sedara mara sorang sikit, ya tak?  Tu semua dah termasuk sepupu sepapat sekali.  Ingatkan dah complete lah listing aku tu, sekali bila checked lagi sekali, ada juga yang tertinggal...dont worry...namamu dah masuk dalam list aku tuh.

03 Ogos 2012

Nak bagitahu

sejak bersahur dalam kegelapan hari tu, aku rasa cam malas pulak nak mengambil gambar makanan time nak buka puasa tu...mana taknya, sibuk nak nengok dejavu di kinabalu lerr...terus tak berminat nak ambil gambar dah.  Tapi memang tak ada lauk yang happening punnnn...sama aje lauknyer.  
Sejak puasa ni, aku kurangkan makan nasi kecuali hari sabtu ngan ahad aje aku telan nasi.  Kalau hari bekerja aku sahur makan kurma ngan air aje.  Alhamdulillah so far bolehlah bertahan sampai waktu berbuka.  
Hari Sabtu ngan Ahad tu tak dapat nak menolaknya pasal qaseh seharian tu asyik nak melekap aje kerjanya.  Sampai aku rasa dah lemah gemalai dah aku nak menunggu waktu berbuka.
Kalau berbuka pulak, so far aku makan mee ke, mee rebus, murtabak atau balls lebihan steamboat hari tu.  Kalau rajin aku rebus aje, lepas tu cicahlah ngan sos steamboat tu.  Kenyang juga.  Untuk anak-anak memang aku suruh dia orang makan nasi waktu berbuka.  Sahur tu muka masing-masing kelaut, tak sampai hati nak paksa-paksa makan nasi.  Yasminlah yang paling susah nak makan nasi waktu sahur.  Lepas tu dialah no.1 merengek...
InsyaAllah kalau mood rajin bolehlah aku ambik gambar juadah berbuka hari sabtu ngan ahad ni ya...tungguuu...tak kisahlah walaupun lauk beli ya...ngeh..ngeh..ngeh...

26 Julai 2012

Adam Yang Rajin

rajin anak aku yang sorang ni nak tolong beratur nak timbang sayur masa kat Tesco hari tu.  Ingatkan kalau pergi pagi tak ramai sangat orang, tapi hampehhh...beratur nak menimbang ni pun panjang.
 lama sangat or berat ko sayur tu...letak kat bahu lak
 ok sampai dah turn adam...sonyum banggo dia dapat tolong ibunya pagi tu..tq adam darling
Budak nit nit ni adalah tu yang dia nak...suruh duduk dlm troli tu sekejap aje diamnya.  Lepas tu menggelupur nak turun.  
suka hati korang lah...janji ayah ada nak tolong handle korang semua.  Ibu beratur ngan adam ni nak timbang sayur...

23 Julai 2012

Menyambut Ramadhan

Beberapa hari before puasa hari tu dapatlah menghulurkan bantuan tenaga 4 kerat aku nih membantu kawan packing kurma untuk diagih-agihkan kat tempat kerja aku ni.  Ni gambar packing aje aku snap, lepas tu kena letak sticker pulak.  yang dah ber'sticker' aku dah tak kuasa nak snap.  Memang biasa everytime nak masuk ramadhan, kita orang akan dapatlah kurma cam tu.  Boleh lah stand by kalau terlambat sampai rumah...
tu sebahagian dari kurma yang dah di packed.  sambil tu menikmati pemandangan hutan batu kat KL ni.  


Sebenarnya ni dah tak tau nak story mory apa, tunggulah mood rajin datang sat lagi nooo...layan ajelah n3 ntah apa-apa aku nih.

06 Julai 2012

Ooh Emm Gee

Ntah kenapa tergerak hati pulak nak ambil SD card kat hp lama yang sekarang ni di gunapakai oleh anak-anak kat rumah.  Sebenarnya aku nak transfer gambar lain, sekali terjumpa gambar lain...tengoklah kat bawah ni ya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
lama dah tak buat cam ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 gambar 1
 gambar 2
terbalik pulak..lantak piii lah...
 gambar 3
 gambar 4
 gambar 5
gambar 6

Bergambar sakan kome ya!!!  Mentang-mentang kucing keluar mencari rejeki...tikus bermaharajalela nampaknya...bibik suka bergambar kat motor bapak ya....Aku tau gambar kebanyakannya qaseh yang snap, kecuali gambar qaseh no.4 tu mungkin danial or kak min yang snap.

29 Jun 2012

Pasar Malam @ Prima Saujana

Lamanyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pergi pasar malam kat Prima ni.  Berbulan, bulan, bulan, bulan lamanya.  Selalu lalu pandang-pandang aje.  Hari tu ajak en suami singgah...
Aku ambil gambar apa yang aku beli ajelah.  Beli murtabak keramat ni, ayam dan daging.  Not bad...sedap jugak.
Mesti lah cari ayam goreng uncle bob...aku langsung tak perasan yang paper bag ayam goreng ni dah lain.  Dulu tu warna kuning.  Kali ni, yang cekelat tu aje.  Eimran dengan ayah dia yang perasan.  Aku malas nak fikir, yang kuning tu dah habis kot...kalau tengok orang yang jual pun lain jugak.  Yang tu masa beli lagi aku dah perasan.  Tapi akukan always think positive...pekerja baru kot...sebab masih jual kat tapak yang sama...tapi tak tahulah pulak kalau dah bertukar orang...
 kacang rebus 3 bungkus RM 5
Rangka ayam fav en suami. tapi dia dapat makan sikit aje.  Yang lain anak-anak dah selamatkan dulu.  Kak Min baik hati tolong suapkan kat qaseh...

28 Jun 2012

Mata Kucing ngan Ceri

Buah tempatan ngan buah luar tempatan.  Betullah kan...ada ke orang tanam ceri kat M'sia ni?  Ker aku yang tak tahu???  Maaflah ya kalau ada.  Yang ni aku beli ciput aje, sekadar nak merasa.  Kawan aku sorang tu suka bebenor makan buah ceri ni.  Dia kata sedap...tu yang aku pun nak rasa.  Memang sedap ko...ada rasa masam manis.  Yang ni harga dia RM 5 - 100 gram.  Kalau ada yang besar sikit sampai RM 80 sekilo.  Tu pun selalu habis tau...Peminat ceri ni sanggup beli berkotak-kotak tau...
Aku ingatkan ceri ni yang macam buat kuih tu.  Kadang ada letak seketul kat kek kan... bukan yang tu...walaupun nama sama...
Nilah ghoper buah ceri yang aku beli semalam.  Banyak tu harga dalam RM 6/- Adalah dalam sebelas biji aje kot.  Boleh tahan mahal juga kan..

20 Jun 2012

Games kat Handphone

Bukan budak-budak aje suka main games kat hp, mak budak pun suka jugak...aku lah tu... tapi aku tak lah mengadap 24 jam.   Bila ada masa terluang aje.  Ni antara games yang aku installed kat hp.  Tapi aku ni ada perikemanusiaan sikit kan, walau pun ada juga game yang aku kureng, tapi aku kasi chancelah kat anak-anak nak main...sekali sekala aje pun!


Angry Birds memang aku sukeeee...main purpose tukar hp yang ada android sebabkan angry bird lah.  Teruk kan...ngeh..ngeh..ngeh...bukan apa, dulu Yasmin suka sangat nak main game angry bird ni, dia minta beli kan ipad...mak tak mampu nak...hari tu ada ayah dia belikan itab...yang murah made in china tu...tapi alahai...laju lagi kura-kura...tapi dari tak ada kan, layan ajelah.
Unblock me ni pun aku suka.  Tapi game ni aku main time nak buat urusan kat banking hall. Yalah, asyik nak tengok orang aje, baik aku main game ni sambil menunggu nombor aku di panggil.  Kadang-kadang kat dalam bas tu mainlah satu dua level...nak jugak tu kan...game ni macam menguji minda sikit.
Word search pun suka gak.  tapi lama-lama berpinau jugak mata nak mencari.  Bolehlah layan jugak sekali sekala.  Lately ni aje aku kureng sikit dah dengan word search ni...aku lebih suka kat angry bird aje...kalah budak-budak kan...
Baru-baru ni aje aku installed kan dia orang game mario ni.  Sajalah nak bagi danial or yasmin layan game ni...baik kan aku...dah nak beli ipad tak mampu...
Yang ini memang buat jantung aku pun sama melompat tiap kali orang tu melompat...kalau selalu main ni, memang aku cepat dapat sakit jantung!  Tapi nilah game yang anak-anak aku paling suka.  Kira top lah!  Ni semua gara-gara berjangkit dengan makngah dia orang lah ni...


Ada lagi satu Bubble shoot.  Gambar ntah manalah pulak.  Dulu-dulu aku rajin gak layan game tu lepas angry bird.  Sekarang ni aje aku slow sikit...


Ada lagi tak game best kat hp? kenalah cari kat play store kan...tapi kena tunggu time line tenet laju...Gambar2 ni semua ihsan dari Google...tq.
Related Posts with Thumbnails