14 Mac 2016

Cerita awal tahun 2016


As salam.  Tak habis lagi cerita awal tahun aku ni.  Harus aku masuk kan dalam blog ni untuk tatapan dan rujukan aku juga di masa akan datang nanti.  Kali ni cerita abang eimran.  

Baru mula sesi persekolahan dah terkehel kaki tak boleh nak pergi sekolah.  Tapi yang peliknya, bila doktor bagi cuti sakit tu, masa tulah rajin nak pergi sekolah...kannnn...

Dia main futsal dengan kawan-kawan, sekali kawan tersepak kaki dia...so masa tu aku nak salah kan siapa???  Dia main waktu malam, by the time dia balik, aku dah selamat beradu.  Ayah lah yang tunggu dia balik.  

Masa aku kejut nak solat subuh, dia tunjuk kaki dah bengkak...aku mula lah nak membebelkan...tak ada penyakit cari penyakit...bebel bebel pun, aku juga yang kena bawa pergi klinik.  Klinik pula masa tu sangat menguji kesabaran...aku sampai pukul 12, doktor keluar makan, masuk balik lepas pukul 2.  Datang pukul 2, ramai pula yang nak buat fomema.  Tunggu juga lah dengan penuh kesabaran.  Dapat jumpa doktor selepas lebih sejam menunggu...doktor suruh buat xray.  Menunggu nak buat xray pun lama sampai doktor dah nak tukar shift...Sebelum doktor tu balik, aku terjah dia dulu...gigil gigil aku cakap dengan doktor sebab menahan kesabaran...sudahnya doktor refer pergi hospital.
 Malam tu juga pergi emergency kat KPJ tu.  Buat xray lagi sekali.  Gedebak gedebuk dekat pukul 10 malam juga baru settle semua.  Baru rasa lapar nak makan.
Esoknya datang lagi, rujuk doktor pakar...yang ni sejuk sikit hati...walaupun tunggu lama, tapi doktor bagi penerangan jelas.  Doktor tak bagi main bola sampai cuti raya cina masa tu.  Ngam-ngam masa cuti raya cina hari tu, dia pergi main futsal lagi...aku memang tak bagi...dia senyap-senyap call ayah dia...dapat permission kan main menari-nari lagi.

Balik rumah, terhenjot-henjot lagi...aku buat dont know aje.  Tak kuasa dah nak membebel...i'm tired!  hahaha...boleh gitu...
Pakai benda alah tu sekejap aje...mahal bukan main lagi....  Sebab susah juga tak boleh nak kena air semua.  Lepas rawatan kat sini mereputlah dia kat rumah tiga hari.


Tu aje cerita dia.  Aku jarang nak story mory pasal dia...sebab orang dah besar kan.  Dia pun bukan suka kalau aku blogkan kisah dia.  

Terima kasih datang baca.


11 Februari 2016

Terjebak

As salam.

Semenjak dua menjak ni kan, aku macam tak boleh nak mengelak dari menonton drama-drama melayu kat tv.  Macam mana lah aku tak terjebak menonton kalau dah itu yang di tonton siang malam.  Aduhai lah anak...orang gunakan fungsi record tu kalau kita tak sempat nak menonton sesuatu rancangan, ni tidak...dah tonton...di record lagi...dan akan di ulang tayang tanpa rasa nak muntah pun...pelik kan.

Aku memang dah nak muntah kalau asyik dibukanya cerita Projek Memikat Suami.  Sampai aku suruh padamkan aje.  Kalau abang eimran lagi lah...tension sebab tak dapat nak tengok bola.  Remote astro di tangan qaseh sentiasa.  Kalau nak ke dapur atau ke bilik air, dia boleh sorok kan dulu...sabar ajekan.

Tapi mujurlah pelakon-pelakonnya not bad.  Tu lagi buat aku terjebak juga tu...Masalahnya lepas satu satu cerita di adaptasikan dari novel.  




Ini sebahagian dari adaptasi novel.  Gambar credit to en Google.  Ada banyak lagi kan novel-novel melayu yang di jadikan drama...tu belum lagi Suamiku en Sotong, yang tengah di tayangkan sekarang ni tunang vs isteri...cam tulah tajuknya...tapi yang ni aku suka sebab ada scha...ahkak is suka dengan scha. Lepas ni entah apa pula lah cerita yang nak keluar lagi.

Tapi qaseh paling suka Memori Cinta Suraya...Huishh entah berapa episod dah cerita tu.  Aku tengok sekali sekala aje.  Pening kepala aku...

Ok tu aje cerita hari ni. Terima kasih datang baca,

05 Februari 2016

Permulaan 2016

As salam. Lama pula kali ini tuan tanah kedaung ambil masa nak update blog kan. Sebulan dua ni tahap kerajinan tuan tanah merundum jatuh ke tanah...kelepuk tak bangun bangun...

Ok mula mula sekali selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru ini aku akan lebih bersemangat untuk menulis di sini. Azam tahun baru tak ada kali ni. Aku hanya nak penuhi azam tahun tahun lepas yang tak kesampaian.

Untuk permulaan tahun baru ni, sangat mencabar bagi aku. Mana tidaknya, anakanda qaseh buat perangai tak nak ke sekolah. Tak nak duduk nursery. Pening dan stress sangat sangat waktu pagi. Macam-macam janji manis dan umpan terpaksa aku sediakan. Janji manis memang sebakul lah....hahaha.

Paling tak tahan, adegan tarik tarik baju dekat depan kelas dia....aduhaiii lah anak...qaseh bernasib baik dapat cikgu yang baik. Tiap hari akan pujuk dia. Sampai hari ni tau...yang peliknya bila waktu malam elok aje dia susun jadual waktu. Minta duit belanja...cerita makan apa dekat kantin waktu rehat. Tapi bila nak dekat sampai sekolah mata dia dah bergenangan dah. Bila jalan ke kelas mulalah tarik tangan aku ajak balik...bila cikgu keluar nak ambil dia, mula nak meraung...time tu lah nak salam walau dah siap salam sebenarnya...nak peluklah...boleh pula dia suruh cikgu tu tunggu sampai aku hilang dari pandangan dia...sabar betul cikgu tu.

Itu cerita dekat sekolah agama. Sekolah kebangsaan lain pula. Ada sekali tu ayah dia siap dukung sampai kelas. Ustazah sekolah suruh minta air penawar kat ustaz. Aku belum berkesempatan lagi...

Aku ada tanya dekat cikgu kelas dia, lama ke dia menangis tu? Cikgu kata lepas aku pergi je dia pun senyap elok aje duduk dekat meja dia. Sabar ajelah qaseh ni. Ni lah padahnya bila banyak sangat tengok drama melayu...nak berpisah aje menangis...tak pasal aje nak salah kan drama melayu pula kannnn...


Belanja gambar qaseh di hari pertama persekolahan 2016. Itu muka tanda hari nak hujan dah tu...

Itu cerita qaseh...cerita danial lain pula. Ikut turn ya...
Terima kasih datang baca.

posted from Bloggeroid

17 November 2015

Hari Graduasi dan Kecemerlangan Pasti


Hari Ahad lepas adalah Hari Graduasi Tadika Qaseh.  Tamat sudah pembelajaran Qaseh di sini dari umur dia 4 tahun lagi.  Alhamdulillah seawal 5 tahun Qaseh dah boleh membaca dan mengira.  Tahun depan qaseh akan melangkah ke sekolah kebangsaan pula.  

Majlis bermula dari pukul 8 pagi katanya.  Tapi aku dah biasa dan dah tahu sangat, tak adanya nak mula pukul 8 pagi tu...Aku keluar rumah pukul 8.15...tapi rasa bersalah tu tetap ada jugalah.  Bagai di jangka..ada aje ibubapa yang datang hantar anak pukul 9!!
Aku ni dengan tak bersarapan lagi, bertahan sampai pukul 11 baru makan.
Majlis hanya bermula pukul 9 lebih...

 Qaseh tengah beratur menunggu giliran nak naik pentas
 Ni aje gambar yang aku dapat ambil... Jadilah ya qaseh
 Persembahan nasyid oleh pelajar 6 tahun.  Qaseh tersenyum-senyum aje masa nyanyi.  Qaseh praktis nyanyi kat rumah melalui youtube...hebat budak sekarang kan...

Lepas dapat aje skroll tu, aku terus ajak balik sebab nak pergi kenduri kat ampang pula. Tapi aku sempatlah sarapan dulu...lapar tuu...apa-apa hal, perut kena isi dulu kannnn..

Terima kasih datang baca.





Related Posts with Thumbnails