Memaparkan catatan dengan label qaseh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qaseh. Papar semua catatan

15 April 2016

Klinik Gigi Pula

Hari  Jumaat beberapa minggu yang lepas, cik kak kita ni sakit gigi.  Masa ambil dia petang tu muka pun dah berkerut-kerut.  Asyik cakap badan panas macam demam. Sibuklah suruh rasa kat leher dia panas ke tidak...aku rasa tak panas pun.  Dia cakap, cikgu pun tanya kenapa dengan dia nampak macam tak sihat aje.  Dia cakap dekat cikgu yang dia sakit gigi.  Bila tengok gigi dia memang banyak yang berlubang.  Kalau ikut aku, nak suruh cabut aje.  Aku offer kat dia, nak beli gula-gula lagi tak?  Laju aje dia geleng.

Malam tu bawa pergi klinik gigi yang biasa kita orang pergi, nampak gelap cuma kat kaunter aje ada lampu. Tekan loceng, dia buka pintu bagi tahu dah tutup...Alaaa...memikirkan esok ramai orang, laju aje aku tanya, boleh beli ubat tahan sakit tak?  Mujur pantas berfikir...nasib baik dia bagi...Jadi malam ni ibu dan anak boleh tidur dengan lenanya.

Esok paginya, terus pergi klinik gigi tapi klinik lain pula.  Sebab tahu dah yang malam tadi punya klinik, memang beratur panjang.  Mujur yang ini, tak berapa ramai orang. Sementara menunggu giliran, aku suruh dia baca buku dulu.
Doktor tak nak cabut gigi yang berlubang tu...sebab tu gigi susu, qaseh pun kecil lagi. Gigi kekal jauh lagi nak muncul.  Jadi doktor nasihatkan untuk tampal.  Oklah saya menurut perintah.  Qaseh pun ok.  Kata doktor, dia berani dan beri kerjasama, senang kerja doktor.
Boleh tahan lama juga aku menemankan dia kat dalam tu...Doktor bersihkan lubang yang dah rongak tu.  Lepas tu doktor nampak gusi dia pun bernanah.  Semua tu doktor bersihkan sekali.
 Canggih juga lah klinik gigi ni...siap boleh tengok gigi yang rongak tu.  Kat skrin depan tu gigi qaseh yang berlubang...besarkan lubangnya.  Patut pun dia rasa nak demam, gigi geraham tu. Masa ni belum berapa bersih lagi..ngeri tengoknya...
Zoom sikit..yang ni dah bersih...tinggal tunggu nak di simen kan aje.  Doktor bekal kan ubat tahan sakit dan antibiotik.  Sebenarnya ada lagi sebatang gigi sebelah gigi geraham ni yang nak kena tampal juga.  Aku minta buat appointment lain.  

Tu ajelah cerita qaseh.  Terima kasih datang baca.

17 November 2015

Hari Graduasi dan Kecemerlangan Pasti


Hari Ahad lepas adalah Hari Graduasi Tadika Qaseh.  Tamat sudah pembelajaran Qaseh di sini dari umur dia 4 tahun lagi.  Alhamdulillah seawal 5 tahun Qaseh dah boleh membaca dan mengira.  Tahun depan qaseh akan melangkah ke sekolah kebangsaan pula.  

Majlis bermula dari pukul 8 pagi katanya.  Tapi aku dah biasa dan dah tahu sangat, tak adanya nak mula pukul 8 pagi tu...Aku keluar rumah pukul 8.15...tapi rasa bersalah tu tetap ada jugalah.  Bagai di jangka..ada aje ibubapa yang datang hantar anak pukul 9!!
Aku ni dengan tak bersarapan lagi, bertahan sampai pukul 11 baru makan.
Majlis hanya bermula pukul 9 lebih...

 Qaseh tengah beratur menunggu giliran nak naik pentas
 Ni aje gambar yang aku dapat ambil... Jadilah ya qaseh
 Persembahan nasyid oleh pelajar 6 tahun.  Qaseh tersenyum-senyum aje masa nyanyi.  Qaseh praktis nyanyi kat rumah melalui youtube...hebat budak sekarang kan...

Lepas dapat aje skroll tu, aku terus ajak balik sebab nak pergi kenduri kat ampang pula. Tapi aku sempatlah sarapan dulu...lapar tuu...apa-apa hal, perut kena isi dulu kannnn..

Terima kasih datang baca.





15 Jun 2015

Sakit Dada

Sembang anak beranak sebelum tidur...

Ibu  :  Ibu sakit dada lah...

Anak  :  Sakit dada tu macam mana?

Ibu  :  sakitlah...kat sini...tunjuk kat tempat sakit

Anak  :  Nak dengar macam mana rasa sakit tu...terus letak telinga kat dada aku...
            tergelak-gelak dia...sambil cakap bunyi huittt...huittt...huittt...hahaha...
            Dengar lagi sebelah...yang ni bunyi duk duk...duk duk...duk...
            Dengan nasihat sekali...ibu tidur aje...nanti bila ibu bangun esok mesti dah hilang             sakit tu...

Ibu  :  Aikkk macam pernah ku dengar aje dialog tu...hahahaa..

Aku selalu cakap kat dia, kalau dia tidur nanti bila bangun mesti dah tak sakit lagi...tu yang dia pulak cakap kat aku...sabar ajelah.

Terima kasih datang baca.

26 November 2013

Sakit Tekak

Aku ni dah batuk dan sakit tekak sejak hari Khamis lepas lagi...Danial dan qaseh pun batuk tak hilang lagi.  Semalam bawa pergi klinik yang ke 3.  Doktor kata, dari pemerhatian di tekak qaseh...dah ke arah pemulihan tapi ada sikittttt aje lagi merah.  

Since dua-dua orang tu dah lama batuk, Dr suruh buat neubilizer malam tadi.  Bila dah buat tu, jelas kat muka doktor tu kelegaan...sebelum tu berkerut-kerut muka dia bila dengar kat dada danial ngan qaseh.  Dan malam tadi dapatlah Danial tidur nyenyak tapi qaseh ada juga sekali dua terbangun sebab batuk.  Sebenarnya dah beberapa malam aku dan dia orang tak boleh nak tidur sebab kejap-kejap danial terbangun batuk lepas tu berlari ke tandas nak muntah...aduhaiii kesian betul kat dia.  Dan Alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lenanya.
cuma sekarang ni aku ajelah tak recover lagi dari sakit tekak dan batuk ni.  Ni stok ubat aku beli kat farmasi.  Strepsils ti dari yang extra strong dah sampai Max aku hisap tapi tak hilang juga sakit tekak dan batuk ni.  Aku siap kemam lagi strepsils tu time tidur...tekak ni tak usah cakaplah macam mana peritnya. 

Dah beberapa hari asyik makan bubur aje...tak boleh tahan, semalam tolak juga nasi masuk ke mulut...hehehe...

Tu ajelah nak bagitahu...korang ada cara lain ke nak hilangkan sakit tekak ngan batuk ni?  Terima kasih datang baca.

22 November 2013

Demam

Dekat rumah aku sekarang ni lepas sorang, sorang demam.  Bermula dengan ayahanda dia orang, qaseh dan sekarang aku pula.  Aku dah cuti sakit semalam...hari ni kalau ikutkan memang tak larat, tapi aku gagahkan juga.

Qaseh kalau dengar nak pergi klinik kan main suka lagi...Selalunya dia tak susah pun nak makan ubat, tapi entah kenapa semalam punyalah seksa nak bagi ubat...dahlah dengan aku sekali yang tak sihat...mulalah temperature darah nak melonjak aje kannnnnnnnn...
Dari duduk bawah, dah duduk atas kerusi...kalau aku ugut nak kepit dia, mulalah dia kata okeylah..okeylah...aceh makan...siap abang eimran nak pegang pun dia punya meraung...
Tak menahan bila dia cakap, to pasal lah baby tak sayang mami, baby sayang ayah aje...
muhaahaha...okey nanti biar ayah yang bagi makan ubat nak...Bila dengar ayah dia nak balik, lagilah dia tak nak aku bagi ubat...nak juga tunggu ayah dia.
Yang geram tu, bila ayah dia balik, dia dah tidur...selamatlah dia tak makan ubat.
Pagi tadi pun menangis juga tak kasi bawa ubat pergi nursery.  Kalau kat nursery dia kena tadah mulut aje bila cikgu-cikgu kat situ bagi...tak ada sapa nak layan kalau menangis kannnn....
Ibu suruh makan ubat tu sebab nak qaseh cepat baik...kalau tak kesian sangat kat dia, malam susah nak tidur, asyik batuk aje.  Dengan aku sekalilah tak boleh nak lelap...dah beberapa malam memang kita orang tak berapa nak tidur...tengok jam dah 4.30.  Baru nak lelap jam loceng dah bunyi.  Ingat nak tidur sekejap, sekali ambik kauuu...6.30 baru terjaga.  Nasib baik cuti sekolah, lagi satu nasib baik, ada stok baju yang tak payah gosok...hehehehe...

Tu ajelah cerita aku.  Terima kasih datang baca.

12 November 2013

Qaseh

Hari ni cerita pasal budak kecil ni pula lah ya.  Makin hari aku tengok dia ni makin semangat pula.  Ehhh kalau arwah mak aku ada dia tak kasi tegur kalau anak-anak 'semangat'...iaitu badan yang berisi.  Nanti susut balik, tu orang-orang dulu cakaplah. 

Qaseh sekarang ni kusssssssssss semangat makannya.  Dia dah mengalahkan kak min dia dalam bab makan.  Yalah yasmin sekarang ni dah kurang makan malam tapi qaseh pula yang mesti nak makan waktu malam.  Dulu dia tak hairan pun nak makan, janji dapat susu.  Sekarang ni, lepas makan nak susu!! Makin bam bam lah dia.

Kalau bercakap petah kan main lagi...yang pasti sentiasa masuk bakul angkat sendiri..hahaha...aceh pandai kan ibu...aceh rajin kan ibu...tu memang ayat-ayat cinta dia lah tu.  Aku iya kan aje...qaseh ni kalau di puji dan kena pujuknya memang rajin nak tolong buat kerja rumah...gilo ko budak 4 tahun buat kerja rumah...kerja rumah yang aku maksudkan tu, kutip sampah yang abang danial suka sepah2kan ke...betulkan bantal kecil kat kusyen ke...tolong ambilkan abang danial towel mandi ke...tapi jangan bagi dia mandi berdua...dahlah pakai swimming suit mandi dalam bilik air...siap ber'goggle' lagi tu...lepas tu dah terjerit...hari tu aku dapat tangkap dia orang duk main ubat gigi...di jadikan sabun untuk menyental kolah kecil dalam bilik air tu...haruslah kena dengan ibu kan...
Ni kejadian hari Ahad lepas.  Kita orang ke bacathon sekolah kakak.  Sampai aje terus cari apa-apa yang boleh di makan.  Kakak yasmin nak laksa, okey beli satu share 3 orang.  Aku tahu yasmin kejap lagi nampak kawan dia, mesti dah tak lalu nak makan...betul juga...kawan dia tegur, terus laksa pass kat ibu...lepas tu aku pass pula kat budak kecil tu.  Dialah yang tukang habiskan.
Aku nampak ada cikgu jual rojak buah...okeylah jom kita try rasa.  Satu bekas tu dalam RM 2.50.  Laksa tadi RM 3.00.  Aku makan sikit, di tarik dek budak kecil ni...okey silakan makan.
Lepas tu tetiba budak-budak sekolah tu sibuk makan ice-cream ni...ice cream magic namanya...tang mana yang magic aku pun tak tahu.  RM 1 sebatang. Kita orang berempat + sorang kawan yasmin = RM 5.  Rasa not bad juga.  Pandai diaorang ni berniaga.
Kali ni aku duduk aje kat ruang legar sekolah tapi menghadap pentas.  Macam-macam persembahan ada.  Tapi tak nampak, sebab ramai sangat orang kerumun kat depan tu.  Aku pula kali ni sangatlah malas nak bangun ambil gambar...faktor usia kot..ngeh..ngeh...Yasmin dengan kawan dia entah mana dah berjalannya...almaklumlah banyak gerai-gerai jualan.  Danial awal-awal lagi dah merengek nak mainan...
Tengok ada budak sedap benar makan kue teow goreng tu...tanya kat mana dia beli...ohhh kat belakang tu aje...suruhlah yasmin beli...RM4 kalau tak silap aku.  Rasa biasa-biasa aje.  Yang ni pun qaseh juga yang tolong habiskan. 

Huishh tak boleh jadi ni...Baru dua jam duduk kat situ...duit keluar cam air aje.  Jadi jomlah kita berangkat pulang.  Danial dapat juga mainan idaman dia...qaseh ngan kakak yasmin pilih yang spray yang keluar cam tali tu...satu botol tu RM 4. 

Tu ajelah cerita qaseh dan aktiviti hari Ahad kami.  Hari Sabtu sebelum tu, aku ke sekolah danial sempena konvokesyen tadika pasti dia.  Itu kalau rajin aku buat entry lain ya.  Terima kasih datang baca.

18 Oktober 2013

Sukan Sekolah


Lama sungguh aku tak update blog kali ni...lepas satu-satu masalah timbul.  Tapi bukanlah yang macam masalah negara tu...Masalah aku nak mengupdate blog ni lerrrr...Hari tu tak boleh nak update sebab gambar tak boleh nak upload kat pc.  Sebelum ni okey jer...hari tu entah apa tak boleh pula.  Lepas tu sekarang ni tak boleh pula nak highlight bagai.  Ehh kuasa aku...so hadaplah apa yang ada aje ya.

Ni masa sukan tadika sekolah danial dan qaseh.  Hari minggu beberapa minggu yang lepas.  Semangat budak berdua ni bangun pagi nak ke padang.  Pagi tu hujan rahmat sekejap, tapi renyai-renyai aje. 

Sebelum pergi, mak dan anak-anak haruslah bergambar dulu...Cameraman adalah abang Eimran.  Ayah tak joint sebab bersiap nak pergi kerja.  Tapi sempatlah dia jengah dari tepi padang aje.

Bergambar lagi sebelum gerak ke padang.  Abang eimran saje mengacau adik dia nak bergambar tau.  Suruh ambil elok-elok tak nak.
Macam budak sekolah kebangsaan...ada perbarisan mengikut rumah.  Aku sibuklah mencari anakanda qaseh yang nit-nit tu...almaklumlah bila semua dah bertudung tu, payah sikit nak mencarinya...Abang danial senang aje nak kenal...yang tak tahu duduk diam...tulah anak aku!!  Bila tak jumpa qaseh, aku perhatikan kat kasut pulak...tak jumpa juga...aikk mana pula qaseh ni.  Dari duduk terus berdiri nak tengok qaseh...hahaha...
sekali nampak dia tengah tersengih-sengih kat depan sekali....hahaha...aku pun gelak kat diri sendiri...sure dia pun fikir, mesti ibu tengah cari aku tu...
Sempat danial melambai kat aku...gaya pro aje dia. 
Ni salah satu acara yang danial masuk...susun kon namanya.  Aku ingatkan kenalah susun mengikut turutan...tak ada maknanya...janji semua masuk kat tiang tu, terus lari.  Aku tengok Danial duk tengok budak sebelah dia tu menyusun...ikut turutan.  Budak yang tengah lari ni...janji susun aje dah selesai...untuk acara ni danial dapat tempat ke 4.  okeylah tu, dapat juga medal.

Ni pula peserta yang ditunggu-tunggu...hahaha...comel sangat tengok dia jalan tengak bawa bola tu...nama acara ni bawa ice cream...homel-homel sangat...matilah puji anak sendiri.  Lagi lawak...acara ni dua orang aje yang masuk...lagi sorang tu budak lelaki...haruslah budak lelaki tu laju aje dari qaseh.  Tak per...dia no. 1 qaseh no. 2...hahaha tak payah nak rebut-rebut...
Tu dia masa ambil hadiah...aku post gambar ni kat instagram...kagum mak sedara qaseh berjaya dapat tempat kedua...dia orang tak tahu, memang dua orang aje dalam acara tu...hahaha...bukan setakat mak sedara aje yang kagum, ayah dia pun sama...bangga sekejap anak lari dapat no.2!!!
Ni lagi satu acara yang abang danial masuk.  Pancing ikan namanya.  Zaman yasmin dulu pun ada juga acara ni...sakit tekak aku jerit kat yasmin dulu...susah betul nak lekat magnet pancing tu kat ikan...kali ni aku siap pesan kat danial...kalau tak lekat, ambil aje ikan tu lekatkan sendiri kat pancing...ya ampun cikguuuu....aku tengok danial mengikut apa yang aku cakap...hahaha...
Ni pula acara bawa pundi kacang atas kepala...yang belakang tudung hitam tulah qaseh.Homel lah dia bawa pundi kacang tu...penuh hati-hati...untuk semua acara ni, dia orang dapat sorang dua hadiah...okeylah tu, janji balik rumah jangan ada yang berebut hadiah.

Tu ajelah update terkini.  Terima kasih datang baca...


22 Julai 2013

Qaseh

Aku dah sampai angin malas nak ambil gambar makanan...
Balik rumah memang tak sempatlah nak posing-posing mengambil gambarkannnnn...
nak melayan dua orang anak yang berpuasa, dua lagi tak puasa tapi mengalahkan orang berpuasa...Kali ni layan ajelah gambar qaseh masa kat klinik minggu lepas.

katanya sakit kaki...tapi masa kat klinik ni, tak adanya dia nak duduk diam...dia yang beria-ia suruh dibawa ke klinik.  Yang ayah dia pulak selalu balik lambat...kalau dia dapat called ayah dia, sedap aje dia sound ayah dia, ayah tak sayang anak ke??  muahahaha...aku tanya kenapa aceh cakap macam tu?  Aceh sakit kaki niiii...habis tu elok aje lari-lari sana sini...
Macam-macam aksi dia buat...dah penat dia kacau abang danial pula
 nampak gigi dia sompek 


 tengok gambar ajelah ya...


mengacau abang danial

26 Jun 2013

Abang & Adik




Kisah semalam :

Danial mandi tapi lupa nak bawa tuala mandi...dia pun jerit kat adik dia qaseh,

Danial  :  Adikkkkk...

Qaseh  :  Apa? 

Danial  :  Nak masuk syurga tak?

Qaseh  :  Tak nak...malas lah tu nak tolong ambilkan tuala, tau dah taktik abang dia...

Danial  :  Habis camner nanti abang nak cari adik...

Qaseh  :  buat dekkk aje...

Danial terus lari ambil sendiri tuala dia dan bagi kat qaseh...

Danial  :  nahh...bagi kat abang...

Qaseh buat pulak apa yang di suruh...haiilah danial...dia ingat dengan cara tu dapatlah dia cari adik dia kat sana nanti...

tu ajelah nak cerita. terima kasih datang baca...



18 Jun 2013

Happy Birthday Qaseh

Last friday 14/6 sebenarnya hari lahir qaseh.  Yang ke 4 tahun.  Tapi satu kek pun tak ada untuk dia.  Tapi pagi-pagi tu bila aku nyanyi lagu happy besday kat dia, dia cuma cakap, terima kasih ibu... ohhh suweeeetttnyeeeeeeee...dia pun tak minta kek ke apa.  Aku ingat nak tindik kan telinga dia, so hari Sabtu tu bawa lah pergi kajang, sekali pekerja Poh Kong tu kata, kecil lagi...Yasmin dulu masa 4 tahun jugalah aku tindikkan.  Tak per, sabar ya qaseh.

Qaseh kata, dia nak potong kek kat rumah aje.  Kat sekolah ngan nursery dia tak nak.  Okeylah sayang...doa ibu moga qaseh membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah,yang hormat ayah dan ibu, abang dan kakak.  Qaseh belajar rajin2 ya.  Kami semua sayang qaseh sangat-sangat.  Jangan nangis pagi-pagi nak pergi rumah ummi ya!

Tu ajelah cerita tertinggal besday qaseh...kesian anak aku!  Terima kasih datang baca...

07 Jun 2013

Like Mother Like Daughter...

muahahahaha...sesuai sangatlah tu kannnnnn...aku sebenarnya tak susah nak makan ubat, cuma tak suka aje...boleh bagi alasan cam tu???  Hari tu masa admitted, dah lah tekak aku tengah pahit, dah tak makan apa-apa 3-4 hari, terus nurse suruh makan ubat lima enam biji...hoooiiii...leks aje aku campakkan ubat tu dalam handbag!  Tak kuasa aku nak menelan tengah tekak pahit masa tu...bila dah baik ni, barulah aku tahu, siksanya nak bagi makan ubat pada orang yang tak suka makan ubat...hahahaa...
Jenuh weiii nak memujuk qaseh makan ubat...dahlah masa tu aku pun baru aje baik...tenaga yang ada pun baru 80% aje.  Bila aku kepit nak paksa makan tu, dia berjaya melawan balik...huishhh teror budak kecil ni.  kalau eimran dulu, kena kepit tu, terus surrender dah...yang ni beberapa kali aku cuba tak berjaya...kuat betul dia!
Nak bagi dia ubat tu dua jenis aje.  Ubat demam ngan antibiotik...kat sejam ada kot aku memujuk dan  memaksa budak bertuah ni.  Cakap lembut tak jalan, aku marah pun tak jalan...tu yang aku kepit aje tu...pun tak jalan juga...jenuhlah berjanji yang ni last makan ubat, lepas ni tak ada dah...Aceh tak nak makan ubat hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat tau ibu..! Itu ajelah ayat yang dia duk ulang berpuluh kali...Bila aku dah betul-betul naik hangin, dia rela terpaksa aje telan juga ubat tu...siap standby bekas nak muntah lagi kat sebelah dia...Kita orang sama sebab tak suka makan ubat jer...muahahahaha...

Okey terima kasih datang baca...Salam Jumaat.

05 Jun 2013

Confirmed Dengue

Rentetan dari demam hari tu, aku akhirnya memberanikan diri untuk diambil darah.  suhu badan pun masa tu dah 39 lebih...bahang memang berbahang.  Dr suruh balik rehat masa tu juga, tapi memikirkan pasti en suami keberatan nak balik pukul 3 tu, maka aku batalkan juga hasrat nak balik berehat awal kat rumah.  Dr dengan baik hatinya bagi aku cuti rehat on the next day tu.  2 hari terus.  Lepas tu terus cuti Wesak.

Petang sebelum balik, Dr call bagi tahu result darah.  Masa tu platelet aku dalam 197...Dr suspect denggi tapi dia harap tekaan dia salah...atas nasihat Dr, dia suruh aku pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah untuk di ambil darah sekali lagi.  So, the next day tu aku pepagi lagi dah tercongok kat klinik kita untuk di ambil darah...redha ajelah  kannnnn...petang tu platelet aku turun lagi ke 147 gitu.  Besoknya tak sempat dah nak ambil darah Dr dah suruh pergi hospital terus...masa tu aku memang dah lemah sesangat!!  Kat hospital baru Dr ambil darah dan masukkan air...lepas sejam Dr bagitahu platelet aku dah merundum jatuh ke 47...aku pun cam sedih aje masa ni...Dr pun terus suruh admitted.  Lepas 3 botol masuk air barulah aku ada selera nak makan...sedap bebenor rasanya nasi kat hospital masa tu!!muahahaha...

Petang tu juga kakak aku datang hantarkan air zamzam.  Next day tu kawan aku pulak datang bawa air penawar...aku lupa namanya...beli kat surau office kita orang aje.  Bila dah admitted ni, maka melepaslah aku nak makan nasi minyak anak abang aku yang nikah hari Jumaat tu.  sob..sob..sob...

Bila platelet aku makin turun, Dr suruh ambil darah 2 kali sehari...aduhhh sabar ajelah kannnn...paling rendah platelet aku turun 34.  Lepas tu baru naik 40 dan aku terus minta keluar.  Sebabnya hari kedua aku admitted tu, qaseh pun demam panas sampai 40 suhu dia.  Berkejarlah pulak aku ke emergency kat bawah...nurse tolak lah dengan wheelchair!  Sampai kat emergency tu, terus nurse mandikan dia...dan masukkan ubat vontot...malam tu dia tidur kat spital dengan aku...

Aku admitted dalam 4 hari gitu.  Bila kena denggi ni, hospital akan report kat Kem kesihatan.  Malam tu juga orang kem kesihatan called aku interview bagai...tanya keluar kerja pukul berapa, balik pukul berapa, ada makan kat luar tak...bla..bla...macam2lah dia tanya.  Aku pun pasrah ajelah jawab...yang kat rumah pulak lain cerita, ada orang datang checked jentik2.  Bukan rumah aku aje, habis selorong sejalan dengan rumah aku tu di ketuknya...ampun ya jiran-jiran....Hari aku discharge tu pulak, upacara fogging kat area rumah aku.  Untuk rumah mangsa denggi, siap sampai ke dalam-dalam rumah di semburnya! Lepas tu orang tu siap tanya kat budak2 ni, sapa yang kena denggi?  ibu...hahaha...
Ni gambar dia orang sembur kat area jalan rumah aku lah ni...

Ni gambar kat dalam rumah selepas di sembur...buka kipas laju-laju...jenuh jugalah nak mengemop lepas tu.
Ni pulak gambar qaseh nak kena ambil darah.  Diakan demam juga, masa ni platelet dia 97.  Lepas berperang bagi makan ubat demam dan antibiotik, alhamdulillah dia okey, tak kuasa lah aku nak bawa lagi dia ambil darah.  Kesian betul tengok cara Dr ni ambil darah dia.  Aku siap tanya kenapa ambil darah macam tu??? Dia kata, budak2 memang macam tu caranya...

Okey tu ajelah cerita buat masa ni.  Sekarang ni Alhamdulillah...aku dan qaseh dah sihat sepenuhnya.  Makan tak usah cakaplah kannnn...masa nak admit hari tu, kena timbang berat...berat aku turun 3 kilo tuuuuuuuuuuuuu....sekarang ni dah naik dua kali ganda kot...hahahaa...

Terima kasih datang baca.

11 April 2013

Heart Attack

 bukan art attack ya!
sakit jantung aku nengok hasil kreativiti anakanda
qaseh dan danial
 Budak kecil dua orang tu kan
selamba aje menconteng dinding kat rumah
hari tu baru aje belikan pensil kaler
sampai rumah elok aje qaseh meng'test' pensel kaler dia tu
aduhhhh....terjerit aku nengokkan keselambaan dia tu
dia ingat dinding rumah tu kertas conteng ke apa...
ni kreativiti terbaru
merengek minta beli sticker kat kedai
sampai rumah merata di tampalnya
sampai ke almari baju aku sekali
Itu tak boleh ya nak...
buka sekarang..!!!
Okey tu aje nak cerita...tarik napasssss....
lepasssssss....
Terima kasih datang baca...
Related Posts with Thumbnails