Memaparkan catatan dengan label eimran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eimran. Papar semua catatan

14 Mac 2016

Cerita awal tahun 2016


As salam.  Tak habis lagi cerita awal tahun aku ni.  Harus aku masuk kan dalam blog ni untuk tatapan dan rujukan aku juga di masa akan datang nanti.  Kali ni cerita abang eimran.  

Baru mula sesi persekolahan dah terkehel kaki tak boleh nak pergi sekolah.  Tapi yang peliknya, bila doktor bagi cuti sakit tu, masa tulah rajin nak pergi sekolah...kannnn...

Dia main futsal dengan kawan-kawan, sekali kawan tersepak kaki dia...so masa tu aku nak salah kan siapa???  Dia main waktu malam, by the time dia balik, aku dah selamat beradu.  Ayah lah yang tunggu dia balik.  

Masa aku kejut nak solat subuh, dia tunjuk kaki dah bengkak...aku mula lah nak membebelkan...tak ada penyakit cari penyakit...bebel bebel pun, aku juga yang kena bawa pergi klinik.  Klinik pula masa tu sangat menguji kesabaran...aku sampai pukul 12, doktor keluar makan, masuk balik lepas pukul 2.  Datang pukul 2, ramai pula yang nak buat fomema.  Tunggu juga lah dengan penuh kesabaran.  Dapat jumpa doktor selepas lebih sejam menunggu...doktor suruh buat xray.  Menunggu nak buat xray pun lama sampai doktor dah nak tukar shift...Sebelum doktor tu balik, aku terjah dia dulu...gigil gigil aku cakap dengan doktor sebab menahan kesabaran...sudahnya doktor refer pergi hospital.
 Malam tu juga pergi emergency kat KPJ tu.  Buat xray lagi sekali.  Gedebak gedebuk dekat pukul 10 malam juga baru settle semua.  Baru rasa lapar nak makan.
Esoknya datang lagi, rujuk doktor pakar...yang ni sejuk sikit hati...walaupun tunggu lama, tapi doktor bagi penerangan jelas.  Doktor tak bagi main bola sampai cuti raya cina masa tu.  Ngam-ngam masa cuti raya cina hari tu, dia pergi main futsal lagi...aku memang tak bagi...dia senyap-senyap call ayah dia...dapat permission kan main menari-nari lagi.

Balik rumah, terhenjot-henjot lagi...aku buat dont know aje.  Tak kuasa dah nak membebel...i'm tired!  hahaha...boleh gitu...
Pakai benda alah tu sekejap aje...mahal bukan main lagi....  Sebab susah juga tak boleh nak kena air semua.  Lepas rawatan kat sini mereputlah dia kat rumah tiga hari.


Tu aje cerita dia.  Aku jarang nak story mory pasal dia...sebab orang dah besar kan.  Dia pun bukan suka kalau aku blogkan kisah dia.  

Terima kasih datang baca.


28 Ogos 2015

Harijadi Abang


Harijadi anakanda Eimran dah lama berlalu.  Haruslah emaknya update cepat-cepat sebelum dia berbunyi.  Tahun ni genaplah umur abang 15 tahun.  Bermakna abang bakal menghadapi peperiksaan yang agak besar.  Tapi nampak sangat abang rileks berlebihan...
Apapun ibu tetap doakan abang berjaya di dunia mahupun di akhirat.  Semoga abang menjadi anak yang soleh.

Terima kasih abang kerana selalu meringankan kerja-kerja rumah ibu walaupun kena di ingatkan selalu...hehehe...Abang sangat bertanggungjawab masa ketiadaan ayah.  Menjadi tugasan abang untuk jemput adik-adik balik dari nurseri. Mula dulu abang bersungut juga, tapi sekarang tidak lagi...

Pesanan ibu...Jangan suka sakitkan hati Yasmin...jangan suka menyakat qaseh.  Yang penting jangan cepat naik darah dengan Danial...Paling penting sekali...JANGAN TINGGAL SOLAT.  

Tahun ni tak ada hadiah untuk abang...sebab nilai ringgit jatuh.  Tapi jangan risau, setiap kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang tidak di sangka-sangka.  Abang hanya perlu tingkatkan usaha, pasti akan ada sinar di penghujung perjalanan abang nanti. Cewahhh teror pulak mak kau kannnnnnnnnn...

Apapun Selamat Hari Lahir abang...biar lambat, biar tak ada hadiah...yang penting ingatan dan doa ibu untuk abang sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

Dah kenapa aku skema sangat hari ni...hahaha...Terima kasih datang baca.

21 Ogos 2013

Happy Belated Birthday Abang...

Gambar raya dah ada, tapi dari hp pintar aje tau...so jgnlah expect banyak bebenor yaaaa...tapi sebelum beraya, nak juga buat satu entry tertunggak untuk anak bujang jantung hati aku ni...Harijadi abang dah lepas pada hari Ahad 18/8 hari tu.

Macam tahun-tahun yang lepas dan tahun-tahun yang mendatang, ibu doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan segala yang berimbuhan ke..an untuk abang.  Moga abang menjadi anak yang soleh, ingat pada ibu dan ayah serta adik-adik, berjaya di dunia dan akhirat.  Doa dan harapan ibu, moga abang menjadi pemimpin dan imam yang baik pada adik-adik.  Sentiasa ingat Allah dan suruhannya...Selebihnya abang pun tahu yang ayah dan ibu sayang abang...adik-adik pun sayang kat abang dia yang seorang ni.  Selalulah beristighfar, supaya Allah meningkatkan kesabaran dalam diri abang...panas baran anak aku ni...

Untuk hadiah, banyak bebenor yang abang minta...tak tahu mana satu menjadi kepentingan dan keperluan utama.  Buat masa ni, kita tangguhkanlah dulu hadiah tu ya.  Sampai satu masa yang sesuai...tanpa abang minta...tahu-tahu celik mata aje dah ada kat sebelah...muahahaha...magic ke apakan...

Okey tu ajelah nak cerita...untuk abang walaupun lambat ucapan kat blog ibu ni, itu semua tak penting kan.  Yang penting doa ibu untuk abang tak pernah putus...dari hari pertama abang dilahirkan sehinggalah ibu menutup mata...

Terima kasih datang baca.

01 Ogos 2013

Inspire Camp

Minggu kedua puasa hari tu...
 di bawah kelolaan Fadzilah Kamsah academy
 venue
suspen juga kalau sesat...almaklumlah en suami kan 
pantang kalau salah jalan...
 muka rela paksa untuk menghadirkan diri...
 me with my sis in law-tudung biru.  dialah yang ajak join camp ni.
 dah tahu, bulan puasa sure tak ada kedai yg buka.  
bawa bekalan coco crunch untuk budak kecil 
dua orang tu.
 Datuk Fadzilah Kamsah...air muka dia sangat bersih
sama aje macam dilihat kat tv
 penutup majlis.  tak adanya abang eimran nak tengok ibu ambil gambar...
habis sudah
tak tahulah sapa yang rindu sapa ni...

Terima kasih datang baca.

04 Disember 2012

Jersey Bola

Jersey putih tulah yang eimran duk sibuk nak beli kat Padang Besar hari tu.  Aku bagi duit aje, dia pergi cari dengan abang syahir dia.  Lepas tawar menawar dapatlah RM 28 kot.  Rupanya tak puashati lagi tu...nak yang lengan panjang pulak, lepas tu ada lubang-lubang kat baju...banyak songeh ko kan bang...
Sibuk pulak ajak cari kat pasar malam...aku kata kat pasar malam mana ada, dia kata ada...mata dia meliar aje kalau pergi pasar malam.  Sekali memang betul ada, senyum sampai ke telingalah dia...sekali harga kat sini lagi murah dari yang kat padang besar.  Dah belikan utk abang, danial pun nak jugalah...tu yang sibuk ambil gambar bersama tu...Ntah sapalah yang tukang ambil gambar ni, aku pun tak tahu...yang aku tahu masa nak load gambar lain, ada dah gambar dia orang...hrmmmm...
sebenarnya eimran ni suka kumpul jersey...tak kisahlah mana punya team.  Tapi yang banyaknya MU dengan Malaysialah.  Sekarang ni sibuk duk memujuk aku suruh beli jersey Malaysia yang  baru tu kaler biru..boleh...sila basuh tandas dengan kemaskan bilik sendiri...sanggup tu dia buat...jersey punya pasal!!!
Dah selalu sangat beli jersey tu sampai kakak yang jual tu pun dah kenal, hari tu dia siap cakap, rajin mak awak melayan awakkan...sayang anak kakkkk...
terima kasih datang baca...

23 Oktober 2012

Abang n Yasmin

 betul lah kata orang dulu-dulu...masa ada
depan mata, kita buat dekkk aje...
asyik mencari salah dia aje...suka nak dengki-dengki dengan dia...
bila dia pergi, hilang dari pandang asyiklah duk tanya
bila balik..bila balik...
asyiklah duk suruh telefon tanya kat mana...
mulalah tidur nak peluk bantal dia
nak pakai selimut dia...cuba time dia ada...
busuklah bantal ni...busuklah selimut ni..
hahaha...teror tak ahkak bermadah pujangga...
tapi semua itu benar belaka..
yasmin yang kerinduan masa abang dia tak ada
abang mengikut rombongan sekolah ke Terengganu minggu lepas
sekarang ni dah selamat sampai kat rumah
aku nak ikut, dia tak bagi...alasan
nanti jadi macam Adli...asal pergi rombongan aje
mak long ikut...baik tak usah pergi...
ngeh..ngeh...ngeh...
sepanjang ketiadaan abang kat rumah, yasmin sibuklah
suruh telefon tanya abang dia kat mana...
bila nak balik lah...
tidur malam pun duk peluk bantal abang
masa abang sampai dari Terengganu, sanggup tu tak tidur
sebab nak menunggu abang sampai
padahal abang sampai pukul 11 malam
dia jugalah yang mengikut ayah pergi sekolah menjemput abang.
yasmin, ibu harap perasaan sayang ni akan kekal sampai bila-bila
bukan dengan abang aje...dengan danial dan qaseh juga
tq for reading my madah merapu...

10 Oktober 2012

Breakfast Dulu

Plan nak pergi Kidzania ni masa bulan raya hari tu.  semua ni gara-gara bengang sebab tadika danial terlepas pandang nama dia yang tak pergi...sian lah kat budak tu...sampai hari ni danial lah orang yang paling happy lepas balik dari kidzania tu...hari2 duk jerit...kidzania..firefighter...disebabkan en suami aku memang selalu kerja sabtu ahad, jadi aku awal-awal lagi dah ajak kakak aku yang kat sa pandan tu ikut sekaligus merangkap driver kita orang...jangan maree...

Dalam pukul 9 lebih kita orang pun geraklah.  Kakak aku nak breakfast dulu kat area rumah dia, tapi anak2 bertuah aku ni dah tak sabar2 nak pergi kidzania, sudahnya kita orang breakfast kat Mc D aje.

Eimran 24 jam ngan PSP dia aje.  Itu hadiah harijadi dari ibu dia iaitu akulah...hehehe.  Menurut eimran, dah 2 tahun dia tak dapat main PSP, so dia nak main for the next 2 years. Ko pernah rasa penampar tak?  Mainlah dua tahun....
muka toye bila suruh bergambar...rasa nak bagi penampar laju-laju...
Berbeza dengan Danial yang happy dapat berjalan...dia batuk masa ni...actually dari hari Khamis lagi dia dah batuk, cepat2 bagi makan ubat takut melarat dan terpaksa batal kan rombongan ini.

27 Julai 2012

Cerita Abang

Anak bujang aku yang sorang ni, memang jarang nak enterframe kat blog aku nih.  Dah besarkan...baru baru ni, kaki abang terseliuh...kesian kat abang...ehhh aku rasa macam menulis novel kisah abang lak...hehehe


Hari tu kan ada senamrobik 1Malaysia, hahhh masa senamrobik tulah abang terseliuh.  Aku pun tak perasan mulanya...dia duk cakap sakit kaki...sakit kaki.  Aku ingatkan sakit kaki sebab main bola, ghopernya sebab senamrobik...


Yang dia pun duklah sapu minyak angin tetiap malam.  Kadang kalau aku rajin, aku tolonglah urut-urut kan kaki dia tu...menggelupur dia kesakitan.  Aku lak saja tekan kuat-kuat...jahatkan...
Lepas seminggu tak baik, baru berkesempatan bawa dia pergi klinik kita.  Itu pun dah lewat jugak, sebab menunggu ayah dia balik kerja.  Doktor kata bengkak lah...dah memang nampak bengkak pun, doktor kata lagi, jangan urut...dah seminggu aku duk urut...doktor bagi ubat yang kuat sikit...
Abang yang sakit, adik-adik pun sibuk sama nak masuk bilik doktor.  dia orang ni bukan apa, nak gula-gula aje lebih...Danial kat dalam tu jugak dia buka dan makan...


Hari tu aku ada tanya ngan abang cam mana kaki tu, sakit lagi ke?  dia kata ada kurang sikit.  Alhamdulillah...abang tu jangan culas makan ubat yang doktor bagi.  

19 Jun 2012

Ke Sekolah SKKP

 Aku kan cuti hari Khamis lepas...tapi bukan cuti sesaja...banyak urusan seri paduka baginda yang nak kena aku uruskan.  Tapi yang paling sadisnya...boleh pulak terlambat bangun pagi tu...terus Eimran tak pergi sekolah.  Sian kat anak aku tu.  Aku ajelah yang pergi sekolah nak ambil report kad dia.  Pengiring aku sapa lagi kalau tak Yasmin.
Ni sementara menunggu turn nak berjumpa dengan guru kelas dia.  Masa ni dah ramai juga kawan kelas dia dah balik awal...mak bapak datang ambil report kad, terus lah angkut anak balik sekali.  Kalau duduk kat kelas pun bukannya belajar.  Kira oklah tu eimran tak pergi sekolah hari tu...
Lagi gambar kawan-kawan kat kelas eimran.  Masa nak balik tu aku sempatlah interview dua orang kawan dia.  Saja nak tahu Eimran ni macam mana kat sekolah...kawan dia kata dia ok, tak banyak sangat cakap.  Kira oklah tu...tapi yang kelakarnya, kawan dia kata, mak ko cakap laju...sabar ajelah...patutlah bila aku cakap tu kawan dia macam duk tengah fikir2 aje muka dia...ngeh..ngeh..ngeh...
Balik dr sekolah tu laju-laju aje masak...Yasmin pulak nak pergi sekolah petang.  Sementara menunggu kakak aku nak bawa Danial gi buka jahit kat kepala tu, aku masaklah.  Ngam-ngam aku habis masak, kakak aku sampai.  Berkejar lah pulak bawa Danial gi Klinik.  Settled semua baru pergi sekolah yasmin pulak.  
Dia memang dah pesan suruh datang cepat...sebab dia nak balik cepat.  Ada ke suruh aku datang pukul 1.30.  Baru masuk kelas dah balik...baik tak payah datang ajekan...Tu dia duduk sorang-sorang kat belakang.  Nampak aje aku datang, terserlah kegembiraan kat wajah bulat dia tu.


Tapi yang sadisnya masa nak ambil report kad ni, adalah pulak cikgu yang dia takut last year tu...eerrrmmmm...sabar ajelah...aku pun kalau boleh tak nak lah jumpa cikgu tu...cikgu tu pulak kan memang ingat lah pulak kat yasmin ni...bila dia tahu aku ni mak yasmin, terus dia cakap, oohhh yasmin yang takut dengan saya last year tu ya...tahun ni kita jumpa lagi.  Tak dapat lari lah dah ya...aku sengih ajelah...tapi cikgu ni memanglah garang.  Bukan aje garang, selamba dek dia aje jerit kat murid kelas tu...suara dahlah besar...Lain-lain dia tak ada komen pasal yasmin, dia kata yasmin ok..baik...
tu lah cikgu tu

23 April 2012

Cenderahati Dari Yasmin

Alahai anak pompuan aku sorang ni...suka bebenar membeli belah kat kedai buku sekolah dia tu.  Pantang kalau ada duit lebih...ke kedai buku lah kaki dia melangkah.

Bila aku call petang tu dia cakap ada surprise untuk ibu...cehhh...aku pun buat2lah teruja apa bendalah dia dah beli ni...nak marah juga sebenarnya tapi sebab kan 'ingatan' dia tu aku terimalah seadanya...
nilah benda yang dia belikan tu.  harga tak kisahlah berapa, tapi mesti dia tak makan waktu rehat kan...setiap hari aku bagi dia duit belanja RM 2 aje.  Pandai-pandai dialah nak makan ke atau nak membeli membelah kat kedai buku.  Tapi tiap hari kalau tanya memang habis aje RM 2 tu.  Tak adanya berbaki.  Kadang tu memang saja aje dia tinggalkan dalam 50sen sebab nak beli aiskrim do do(bukan do do cheng ya) pulak masa tunggu van nak balik...
so aku letak kan kat opis bersama dengan cenderahati dari abang dua tahun lepas sempena hari ibu.  Sama juga lah tu beli kat kedai buku sekolah.  Sekarang ni zaman abang dia berulang ke kedai buku dah berakhir...turun kat yasmin pulak.  Tunggu aku buat entry apa yang yasmin duk sopping kat kedai buku sekolah dia...hari-hari ada aje benda yg dia duk beli...Tukang report aku adalah qaseh dengan danial...boleh tahan budak kecil dua orang tu...

Letak sebelah menyebelah...senang nak tengok kat depan mata...love both of you darling...belajar rajin-rajin ya...bila besar nanti boleh lah belikan ibu rumah baru ke...set sofa baru ke...ngeh..ngeh..ngeh...


02 April 2012

Kasut sukan idaman kalbu dah berjaya di bawa pulang...cuma tak ada piala kemenangan aje.  kalau dah asyik kecundang, nak buat macam mana...redha ajelah...


Suruh pilih yang clearence stok, tak mahu.  Nak juga yang new arrival.  Mainnya tak seberapa...gaya mesti ada...saling tak tumpah ikut siapa???  Habislah aku kalau dia baca...muahhaha...


Tetiba nak bermadah pulak kan...tapi semuanya ke laut luas terbentang...kalau baca kat blog-blog wartawan atau bekas wartawan sedap aje baca ayat-ayat yg di tulis...memang sesuai sangatlah jadi wartawan.  Cam aku ni memang tak seswaiii langsung...


Oklah...mengikut gambar kat atas tu, kasut sukan untuk eimran.  Diakan terpilih wakil sekolah untuk sukan bola baling...ibu bangga sebab abang akhirnya berjaya terpilih untuk wakil sekolah...samalah cam ibu dulu...tapi ibu dulu tak adalah pulak sampai nak beli kasut sukan baru...pakai aje kasut sekolah..menang jugakkk...


Tapi sayang pasukan dia tak berjaya nak melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.  Tak perlah...1st time kan.  sekurang-kurangnya eimran dah ada pengalaman mewakili sekolah dan main bola baling...nanti kalau ada rezeki sambunglah pulak kat sekolah menengah pulak...

09 Mac 2012

Sambal Ikan Keli

Lama juga tak makan ikan keli kat rumah aku ni...hari Sabtu lepas ada pulak ikan ni masa lori ikan berhenti kat depan rumah.  Tinggal 4 ekor aje, terus aku borong semua.  Hari tu juga buat sambal ikan keli.  Antara lauk feberet anak bujang aku.  Hari Sabtu lepas dia ada sekolah ganti...omak mithali eh masak kanlah lauk ni...berselera dia makan...omak pun suko hati...Potang tu pulak dio ado pomilihan bola baling untuk wakil sekolah eh...kenapa aku tiba-tiba bertukar cakap orang nogori lak ni...memanglah aku orang nogori...tapi aku memang tak cakap loghat nogori nih...tu pun aku tau sikit-sikit aje...hehehe...ni semua gara-gara dengar hotfm hari tu lah ni...fara fauzana cakap nogori...aku pulak yang sonyum sorang-sorang...

Tahniah abang kerana berjaya terpilih untuk wakil sekolah...tapi ekau tau ko bola baling tu cam no??? hahaha...apa yang aku mengarut petang-petang ni...

07 Disember 2011

Back To School Part 1

Siap sedialah ngan entry back to school aku ni.  Ni baru part 1.  Haruslah berpart2 sebab tahun depan 3 orang yang bersekolah.  Ni barang2 eimran aje.  Seluar 2 helai ngan baju sehelai + kasut sepasang.  Boleh pulak sebelum cuti sekolah hari tu, seluar dia koyak rabak...hangin betul aku.  kali ni aku suruh dia pilih betul2.  Ingat lagi awal tahun hari tu dia kata seluar dia ketat sebab aku belikan kecil.  Dia tak tau yang dia tu makan dah terlebih....lagi nak salahkan mak ko...


Yasmin rasanya tak ada yang baru kot.  Sebab baju2 semua masih elok lagi.  Tulah yasmin kata, syok kan kalau masuk darjah 1, dapat semua baru...hehehe...alahai anak aku ni...tengoklah nanti ibu belikan pensil baru nak tak?  

22 Oktober 2011

Walkathon SKKP

Aktiviti sekolah anak2 terchenta aku awal bulan oct.  Kutipan untuk menampung bermacam2 kos kat sekolah.  Antara yang aku ingat untuk membaik pulih tandas murid2. Mulanya aku pun berminat jugak nak take part dlm acara walkathon ni, tapi bila tengok 8 km utk peringkat umur aku ni, rasa cam tak confident lak...kalau 4km tu boleh lah kot...hehehe..
aku keluar rumah awal lah jugak, kena cepat2 sebab tak bawa danial dengan qaseh...dia orang tidur lagi...selamattttt...jln kaki aje berdua dengan yasmin.  Eimran dah pergi dulu dgn kawan dia.  Nak dekat sampai sekolah, jumpa ngan budak2 sekolah ni tengah berlari... hellllloooo ni jogathon ke walkathon??? cikgu yang jaga kat simpang tu siap jerit2 suruh dia orang jalan...
Yasmin sibuk nak masuk playland ni.  sekali masuk kena bayar rm4.  Masa hari Jumaat pun dia minta duit belanja lebih sebab nak masuk playland ni masa pendidikan jasmani.  Tapi aku tak bagi, terus nak merajuk...tau dia cakap apa?? Habissss ibu nak suruh amin duduk sorang sorang dalam kelas ke??? Terror ko menjawab ya...sekali tu cikgu dia tak jadi bawa dia orang masuk playland...hahaha...so hari sabtu tu sibuklah dia nak masuk sini...tak kisah pun kena beratur lama...
Berebut2 nak turun dari ala-ala gunung berapi ni.  Yasmin sekali aje masuk kat situ.  dia kata tak ada gang, tu yang dia tak enjoy sangat masuk sini.
Lepas tu dia duduk aje kat situ, menunggu masa habis...hangin aje aku ngan dia.  Masa nak masuk beria, dah masuk kat situ, duduk diam aje...
Jangan eimran, sampai 4 kali masuk.  Cikgu pun perasan dia dengan kawan2 dia dah banyak kali masuk...hehehe...padan muka ko bang...

19 Oktober 2011

I'm Proud Of You Girl...

Yaaa...aku bangga sangat dengan yasmin.  Sebab apa?  sebab dia berjaya menggunakan public phone...hahaha...gelak guling-gulinglah korang kan...Bagi aku ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.  Kalau lulus exam tu lagi lah bangga...tu tok sah cakaplah kan..

Semuanya berlaku hari Jumaat lepas...aku memang jarang nak bawa hp pergi lunch, sebab tak nak ada gangguan waktu makan...hehehe...Bila balik dr lunch aku akan check hp, and hari tu ada miss called dari number kawasan rumah aku dan sewaktu dengannya...tapi masa tu tak terfikir lak anak2 yang call...

Lepas tu dalam pukul 3.15pm ada lagi call.  Aku cepat2 jawab...dengar aje suara dia aku dah suspen...yalah..tak pernah-pernah dia called, tetiba hari tu call pulak...harus mak ko panik...tau apa dia cakap ???  ibu...abang nak keluar main petang ni boleh tak?? Lagilah aku terkejut...apa ke hal abang nak keluar main suruh dia lak yang call??  Ni mesti kes abang dia takut nak cakap sendiri...hehehe...

Aku tanya yasmin, kalau ibu bagi abang keluar main, macam mana amin nak bagitahu kat abang?  Amin kan kat sekolah, abang kat rumah?  Abang suruh bagitahu aje... ooohhhh....
Lepas yasmin letak telefon tu aku termenung jap...tetiba terfikir...ehhh...pandai pulak dia guna public phone...selama ni aku tak pernah ajar pun...nak guna hp pun aku tak ajar...ni kes tengok, perhati dan buatlah ni...bagus yasmin...bagus...

Aku tau benda2 ni nampak small matter and remeh sangat bagi sesetengah orang...tapi bagi aku apa yang yasmin buat ni sangat besar maknanya bagi aku sebagai ibu...yalah dia tu baru 7 tahun...lagi pulak zaman skrg ni melambak hp...mana ada orang nak pergi ajar anak guna public phone kan??  Apa apa pun aku memang banggalah...terharu...balik rumah eimran kena marah...sapa suruh tak cakap sendirikan....

22 Julai 2011

Dalam Kenangan - Chelsea vs Malaysia

Walaupun dah habis dah perlawanan Chelsea ngan Malaysia, aku tetap nak letak jugak kat blog ni.  Kenangan tu...bukan senang nak pergi tengok bola live kat stadium.  Ni bukan akulah, ni utk anak aku eimran.  Lagilah budak sekolah cam tu, dpt peluang gi stadium tengok live, sure terujakan.  Eimran sendiri teruja, tak sabar.  Dan dia dikira bertuah jugaklah sebab dapat pass tengok training hari Selasa sebelum game.

Jangan tak tau, bila dia baca kat blog tengok aku letak tiket aje, terus call tanya sapa punya tiket ???  Aku kata kawan punya...habis kenapa ibu lak yang beratur 20 minit... hahaha...kantoiii...bila dpt offer pass tengok training lagilah dia seronok.  Siap plan masa training nak pakai baju chelsea, masa game nak pakai baju malaysia...akulah tu suruh pakai baju malaysia!!
Budak ni pulak time aku nak ambik gambar pass tu, dia pun sibuk nak ambik gambar ngan power rangers dia tu...sukahatilah danial...dah malam ni, tak tidur lagi...dia ni memang tidur lambat punya kaki...

21 Julai 2011

Sambal Telur Lagi

Balik dari sukan sekolah anak2 terchenta tukan, aku memang zzzzz sampai pukul 3 lebih.  Penat giler tau.  dahlah dengan cuaca panasnya...lunch hari tu aku panaskan aje lauk dinner sebelum tu, terung berlada dengan tempoyak colek tu.  Bila tanya eimran ngan yasmin dah makan ke belum?  masing2 kata tak makan sebab tak ada lauk.  tu lauk terung tu apa bendanya???
Nak tak nak petang tu aku buatlah sambal telur lagi.  Kali ni aku buat ikut style arwah abah aku.  He is a good cook!  telur rebus tu aku goreng dulu.  di sebabkan asyik terpercik aje minyak, aku singkatkan waktu gorengan.  jadi tak banyaklah bahagian yang mengerekot... sebelum kulit aku sendiri mengerekot, baik ambik langkah keselamatan.

Kali ni aku tumbukkan ikan bilis bersama dengan bawang merah dan bawang putih.  Sebenarnya aku pun bukan ingat sangat resepi yang arwah abah aku selalu buat ni.  ingat2 lupa...tapi bila dah masak...tak sabar2 eimran dengan yasmin nak makan.  telur tu aku rebus 6 biji, aku sendiri pun tak makan, cuma makan roti cicah ngan sambal telur aje.  habis jugak telur tu.  sedap sangatlah tu...ayah dia orang pun tak sempat nak rasa...cuma bila bangun pagi esoknya aku tengok ada lebih danial punya, aku rasalah sikit telur tu, memang sedap ko!!!  sori ya..masuk bakul angkat sendiri...sapa lagi nak angkat kan???

Hari Isnin hari tu aku cuti, masak lagi sambal style cam ni, tapi guna ikan keli, pun habis licin!  siap berebut lagi eimran dengan yasmin.  kesian kat yasmin datang mengadu ngan aku, abang habiskan lauk sambal sampai amin makan nasi aje tak ada lauk..alahai kesiannya...nanti ibu buat lagi ya...aku rasa syok pulak masak sebab anak2 nak makan cam ni...TAPI AWAS ya, jangan cuba2 suruh aku masak...aku masak kat rumah aku SAHAJA!!!!muahahahha...
Related Posts with Thumbnails