21 Mac 2011

I'm Back...

yo poyo aje kan...kalau setahun tak update pun tak ada saper yang kisah...kan..kan...kan...
tak ada maknanya nak berehat2 bagai, kalau ada askar 4 orang ni, kim salam aje lah nak berehat.  Sekarang ni pun dah tak larat nak tengok baju yang macam gunung berapi nak meletup tapi tak meletup2 tu...tak pun dah meletup berkali2...
Untuk membuka bicara awal ni, tempeklah gambar yasmin yang masih merengek2 tak nak ke sekolah...aku dah tak larat nak pujuk...suka hati mak kolah...

Kalau berjalan laju aje bersiap, cuba suruh siap pergi sekolah...
1st day cuti, anak2 bertuah aku pergi zoo negara.  Tapi aku tak ikut sebab ada urusan seri paduka baginda.  Balik dari zoo baru aku joint dia orang gi Pavillion, jalan2 cuci mata.  Ada lak pameran kereta lotus ni, suruh lah eimran posing2 kat situ.
Penat pusing2 kat Pavi, lepak kat J.Co.  Tu aku lah punya idea, sebab dah lama tak makan donut J.Co ni.  Tapi aku makan 2 ajerrrrrrrrrrrrr...
sedapnya...walaupun aku lebih suka big apple, sesekali kena J.Co pun oklah...

15 Mac 2011

Siaran Tergendala

Berehat Seketika

11 Mac 2011

Renungan Di Petang Jumaat

Renungan

Alim tidak ditentukan oleh degree. Kebenaran tidak ditentukan
oleh jawatan rasmi. Kaya tidak mesti dengan harta. Miskin tidak
mesti tidak berpunya.
Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti. Alim hati kurang
bercakap, banyak berbakti. Alim lisan dan hati, bercakap dan
beramal sama selari.
Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir.
Nafsu yang hidup selalu merangsang. Badan yang hidup selalu
aktif berjuang.
Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah
orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya
merosakkan dirinya sendiri.
Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah
dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan
tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah. 

My First GA

Saja joint GA ni hasil dari BW.
Related Posts with Thumbnails