14 Ogos 2012

10 Hinggit Aje

Ni menu berbuka hari Jumaat lepas.  Yang ni pecal.  Harga RM 2
 Kerabu mangga.  tak tau berapa harga, tapi sesenduk RM 3
 ni tom yam seafood katanya. RM 3
Ikan masin masak lemak dengan nenas. RM 2 lah kot, dah semua kat atas tu total RM 8.  Yang penting semua tu habis.  kadang tu bila beli lauk simple2 macam ni, lalu pulak dia orang makan.  
The next day tu beli mee rebus aje. Sebenarnya aku dah tak tahu nak makan apa...dah nak hujung-hujung ni, anak-anak aku bersahur pun makan karipap aje.  Dia orang pun dah tak lalu nak makan nasi pagi-pagi tu. 

13 Ogos 2012

Tutti Frutti

Hujung-hujung puasa ni tahap kelemauan begitu tinggi nak mengupdate blog.  Nak mengambil gambar pun cam tak larat aje.  Ni pun aku paksa juga diri untuk ambil gambar dia orang tengah sedap menikmati tutti frutti minggu lepas.  Sebenarnya keluar sebab nak cari baju raya yasmin.  Syukur alhamdulillah dah dapat, baru senang rasa hati aku.  Tinggal baju melayu anak-anak lelaki aje.  Hari tu eimran dah tanya bila nak pergi MJ ?  Dia sudah jatuh cinta dengan MJ collection...
Mulanya aku ingatkan setakat keluar mencari baju kurung yasmin aje.  tu pun kebanyakan gerai dah nak tutup.  Gerai yang kita orang beli baju yasmin tu pun memang dah nak tutup, tapi mujur dia orang baik hati nak mencarikan saiz baju yasmin.  
On d way balik tu tak sangka pulak en suami lalu kat tutti frutti tu.  Terus semua mata memandang ke kedai tu sambil mulut duk sebut sebut tutti frutti..tutti frutti..sekali bila en suami buat u turn aje, senyum sampai telingalah aku...
Ingatkan kedai ni pun nak tutup dah, almaklumlah dah pukul 10 lebih, sekali dia kata tutup pukul 12.  Wahhh bestnya...bolehlah datang lagi lain kali malam malam pulak...kita orang tapau aje.  Tapi aku senyap2 sudah makan masa kat dlm kereta.  Anak-anak kena tunggu sampai rumah nanti jatuh atas seat kereta ayah membebel seminggu tak habis tau!
Okayyyy lompat bintang lepas makan tutti frutti nih...

09 Ogos 2012

Bunga Api Lagi

Anak-anak aku ni tiap hari tau duk main bunga api.  Yasmin sanggup siapkan homework dia sebelum waktu berbuka.  Lepas maghrib laju-laju siap nak pergi mengaji.  Selalunya dia orang yang pertama sampai dan yang pertama baliklah kan
Sampai rumah aje terus sibuk cari lilin.  Danial dengan qaseh mengikut aje.  Dua orang tu pun sabar aje tunggu kakak balik dari mengaji.
Hari tu yasmin cerita kawan dia Melah(bukan nama sebenar)ada tanya, yasmin...awak nak kawan dengan kita ke atau awak nak kawan dengan Bedah(bukan nama sebenar).  Yasmin memilih untuk kawan dengan Bedah.  Sekali tu kawan dia si Melah tu terus cakap, kalau macam tu awak tak dapatlah hadiah dari London, bapak kita pergi London... helllloooooooo bukan ke amin dah dapat ole-ole dari London...apa yang nak di kisahkan...
Yasmin confius sekejap nak pilih mana satu...hahaha.  Aku cakap kat dia, kawan aje dengan semua orang, jangan harap apa-apa dari kawan-kawan tu...kawan kena ikhlas tau tak!

08 Ogos 2012

Duit Raya

Berjaya mendapatkan duit baru minggu lepas.  tapi utk RM 5 cepat betul habis.  Disebabkan tahun ni tak ada bonus cam orang gomen, berpada-padalah menukar duit raya.  
Yang ni pulak listing pada sapa nak aku agihkan rezeki tahun ni....ngeh..ngeh..ngeh...ada rezeki sikit tu kita kongsikanlah bersama-sama sedara mara sorang sikit, ya tak?  Tu semua dah termasuk sepupu sepapat sekali.  Ingatkan dah complete lah listing aku tu, sekali bila checked lagi sekali, ada juga yang tertinggal...dont worry...namamu dah masuk dalam list aku tuh.
Related Posts with Thumbnails