28 Disember 2011

Lawatan Ke Taman Burung

Lawatan ke taman burung ni bulan November yang lepas.  Tapi bukan aku yang bawa anak-anak ke sini, tapi dia orang pergi dengan makngah and nekcu dia orang.  Plan asal memang aku pun nak pergi sekali tapi tak dpt cuti, so terpaksa rela lah melepaskan dia orang pergi tanpa omak eh.  Tapi qaseh tak ikutlah pulak.  Tu pun satu masalah jugak.  Kesian jugak dekat qaseh nanti kena tinggal berdua aje dengan bibik.  Haruslah mendung sepanjang hari.


Tapi tulah, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...Hari abang-abang and kakak dia ke taman burung, qaseh demam panas.  Panas yang memang panaslah.  So nak tak nak aku memang kena jugak lah ambil cuti tapi cuti kecemasanlah pulak.  


Kasi canlah kat abang2 dengan kakak dia bergembira kat taman burung.  Masa eimran kecil dulu pernah bawa dia ke sini.  Tapi masa kecil apa bendalah yang dia ingat...
Sebelum masuk taman burung, kenalah baca peraturan2 yang di sediakan.  Jangan main hentam kromo aje nanti bila masuk.  Tu peringatan kat anak2 akulah tu...

 Danial adalah sangat berani kalau nak compare ngan kakak and abang dia
 Tengok muka yasmin yang nak nangis ni...
 ada pertunjukan burung juga



Ada banyak sangat gambar burung yang kakak aku ambil, tapi di sebabkan nak load gambar2 ni adalah slow tahap maks...haruslah aku limitkan gambar2 burung yang comel2 tu nak masuk kat sini.
dapat juga dia orang ambil gambar dengan burung merak...burung merak yang sombong... pernah tak baca cerita pasal burung merak yang sombong?  hari tu pun ada keluar cerita pasal burung merak juga kat astro, kalau tak silap akulah...

Sebelum balik dia orang singgah bermain2 kat taman permainan yang berdekatan dengan taman burung tu.  Esoknya baru aku join dia orang ke Sunway Lagoon.  Ada juga gambar kat Sunway Lagoon, tapi tak boleh nak masuk semua...sabar ajelah aku...Sebenarnya nak masuk kan gambar2 ni pun dari pagi tadi tau...ni pun percubaan kali ketiga.

1 ulasan:

  1. salam yati..iyela akak pun dh lama x bawa anak2 pi taman burung nih..last pegi 5-6 thn lepas..adehh! cuti skool ni pn bawa anak lepak kt sunway lagoon jek..hehe!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails