06 Januari 2012

Selamat Tahun Baru

Sebelum makin banyak hari berlalu, baiklah aku cepat-cepat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012.  Awal-awal tahun hari tu, memang tak sempat nak update blog, pasal attend wedding anak sedara sebelah en suami kat Ampang.  Malam tahun baru acara biasa adalah menengok bunga api.  Balik dari Ampang tu, terus lah menghala ke arah Mines.  Last year pun tengok kat Mines jugak, this year pun kat situ lagi.  Jam kat dashboard kereta lagi 3 minit pukul 12 tapi bunga api dah bertebaran kat angkasa.  Salahkan jam!


Lepas tu pusing lak kat Putrajaya, sambil tu anak-anak duk melilau tengok bunga api dari area Serdang, Seri Kembangan sampailah nak masuk area Kajang.  Mak pak tengok dari side mirror aje sebab tak berhenti pun.  Sambil lalu aje tengok.  


Bila masuk aje tahun baru, mestilah ada azam baru kan.  Antara azam aku tahun ni, nak lebih rajin mengupdate blog diari aku ni.  Tapi tulah, belum apa-apa geh-geh nak mengupdate.  Dah dapat time baik sebab Eimran dan Yasmin pergi sekolah, line tenet pulak slow kalah dah itik pulang petang.  Tak ada kata yang terbaik nak bagi kat line tenet ni.


Lagi azam aku kan, nak beli kamera digital baru.  Bukan lah DSLR tu...mak tak mampu.  Yang biasa aje.  Kecil boleh di bawa kemana2, senang masuk dlm handbag.  Tapikan kalau pergi seminar motivasikan, mesti fasilitator tu kata, kalau berazam mesti ada target bila nak dapatkan satu2 benda yang kita idamkan tukan.  Tapi aku tak kisahlah bila, lagi cepat lagi bagus.  Kenalah menabung dari sekarang...


Azam aku yang utama adalah...dot...dot...dot...malu nak cerita kat sini.  Tapi yang satu ni memang aku set utk dapatkan paling cepat bulan March ni.  Doakanlah ya.  Kalau berjaya aku  confirm sharekan kat dlm  blog aku ni.  Ehhh..kalau yang lain2 tu berjaya jugak,aku sharekan  juga kat sini..dont worry.


Ada lagi azam aku, list berderet aku dah buat...hehehe...ntah kenapa tahun ni tiba-tiba rasa macam nak buat azam aje...antaranya aku nak turunkan berat badan.  Adalah tu yang gelak kat aku guling-guling...mak tak kisah...akan aku jadikan gelak kalian itu pembakar lemak-lemak kat badan aku ni...hahaha...Untuk turunkan berat badan ni, memang kena banyak kerja sikitlah.  Tapi aku tak ambil jalan short-cut okey.  Aku akan kurangkan makan nasi.  Sebenarnya hari tu dah berjaya tak makan nasi dlm 5 hari, sekali tengok ikan bilis sambal petai ngan tempoyak, tak berdaya dah aku nak menahan.  Aku tewas dengan tempoyak!  Terus aku habiskan stok tempoyak aku tu...


Lagi azam aku, InsyaAllah tahun ni aku nak berpuasa setiap Isnin dan Khamis.  Sebelum ni pun ada juga buat, tapi ikut suka hati aku aje.  Tahun ni juga nak lebih melipat gandakan amalan aku yang ciput ni.  Tu pasallah kena mulakan dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis.  Ada lagi sebenarnya azam aku ni, listing 1-10 tu...tapi cukuplah sikit-sikit aku sharekan kat sini.  Yang lain tu aku cubalah sampai berjaya.  Doa-doakan lah semoga aku berjaya ya...



Hadaplah muka orang yang banyak azam ni dlm keadaan terbalik...tak taulah kenapa jadi macam ni...harap maaf ya, tak habis belajar lagi.  Biar banyak azam jangan banyak ragam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails