Tapi kali ni aku tak ambil nasi beriani, aku nak rasa mee bandung JM Bariani. Order nasi tiga aje untuk en suami, eimran dan yasmin. Aku yakin yasmin tak habis punya...dia tu makan ayam aje...jadi kalau dah tak habis tu..faham-faham sudahlah...
Order juga tauhu bakar ni. Masa 1st time dulu order nasi aje. Menu-menu sampingan ni tak order pun. So kali ni, haruslah mencuba lagi menu-menu yang lain pulak.
untuk danial yang pantang nampak kek
kalau dah belikan kek untuk danial, wajib belikan untuk qaseh jugak...
Minuman pun ada order jugak tapi tak ambil gambar pulak. Yang aku ingat en suami order honeylemon...baru sekali sedut terus buat muka pelik. Tolak gelas kat aku suruh rasa. Kenapa rasa air masak aje ni...terus dia order air botol ala-ala arabican tu. Aku nak aje tanya kat adik waiter tu, tapi dia tak bagi lah pulak...biarkan ajelah...ehhh mana boleh...we pay you know...
Bukan setakat air honeylemon yang mengecewakan...mee bandung tu pun sangat kureeng di tekak aku. Mulanya ingatkan tekak aku aje yang mengada, en suami pun sama. Lepas tu tauhu bakar tu pun sama. Aku rasa sedap lagi tahu bakar yang aku makan kat medan selera sg ramal. Sedap lagi tahu bakar kat gerai depan Maybank Desa Pandan nun...Boleh di katakan separuh jugak lah makanan kita orang tak habis hari tu. Dan tak kuasa nak tapau bawa balik. Tapau kek aje.
Mungkin tekak kita tak sama. Aku tengok orang lain makan elok aje. Mungkin kali ni rasa JM Bariani kat Bangi tak kena dengan kita orang. Tapi walaupun kecewa kami tetap akan datang lagi mungkin cuba kat lain cawangan ke...kat Tesco Ampang ke..mana tahu...
wah ni bole jd food critic tg baguss..hehehe
BalasPadam