20 Februari 2012

Beriadah lagi

 Ya Allah lamanya tak mengupdate blog tercinta ku ini.  Bukan tak ada gambar maupun cerita ceriti, tapi tak ada keypad nak ku tekan-tekan kan.   Laptop jauh sekali lah.  Ni semua gara-gara laptop yang satu kat rumah tu telah di larikan en suami ke johor.  Sekali fikir elok juga tu tak ada laptop kat rumah...elok untuk eimran lah...kurang elok untuk emaknya.  Selepas berkali-kali fikir, aku tetap mengatakan elok lah laptop itu berada jauh dimata tapi dekat selalu di hati...


Oklah cukuplah mukadimah merapu meraban...mulakan dengan cerita hari sabtu terbaru nilah ya.  Nanti kalau ada masa lagi, kita masukkan lah satu-persatu entry tertunggak ku ini.  Sabtu lepas seawal pukul 7 pagi aku anak beranak dah keluar nak ketaman, nak exercise lah konon nya.  Dapatlah ambil gambar bulan sabit yang malu-malu kat celah awan tu...
Pagi nak ke taman tu, tak payah kejut, masing-masing elok aje bangun sendiri.  Dari yang besarnya sampailah kat budak kenit tu.  nampak aje taman, terus lepas tangan tak nak pegang dah...laju berlari...
 permainan pertama yang di terjahi
eimran di tugaskan menjaga adik-adiknya, sementara omak eh nak berjalan keliling taman.  itupun baru 2 round dah ada yang terjerit-jerit..betul betul buat macam kat rumah sendiri aje dia orang ni.
 posing tetap posing
yasmin yang dah ala-ala kak limah dah aku tengok.

Ngam-ngam setengah jam kat taman ni, cuaca pulak mencemburui kita orang.  Hujan pulak pagi tu...sib baik renyai-renyai aje.  Berlarian kita orang lari masuk kedai makan... hahaha...kan dah ku katakan, exercise tak seberapa makan juga yang lebih....gambar breakfast in next entry ya.  Almaklumlah..mak kan ketandusan entry...haruslah entry menjamu selera di buat khas..

1 ulasan:

  1. Kau ni Yati buat saya tergelak je dengan caption gambar Yasmin tu!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails