Dua orang budak kecil nikan, suka nangis kalau tengok aku keluarkan baju kerja malam-malam time nak gosok. Selalu merayu-rayu kat aku jangan pergi kerja...macam-macam alasan juga aku bagi kenapa ibu kena pergi kerja...tapi budak kecil dua orang ni fahamnya sekejap aje...lepas tu merengek lagi, siap warning kalau pergi kerja kena balik pagi-pagi...hehehe...pagi-pagilah ibu baru nak pergi kerja sayang....
Danialkan dah sekolah, tapi time aku cuti lah dia paling suka sebab dia nak suruh aku jemput dia balik sekolah. Padahal van sekolah ada, TETAP juga nak suruh ibu dia ni pergi ambil, walaupun aku pergi ambil dia dengan berjalan kaki...suka bebenor dia. Sebenarnya aku tau tujuan utama dia adalah nak mengepow aku kat gerai yang jual jajan kat sekolah dia tu...ingat aku tak tau!!!Hari tu aku pergilah menjemput dia kat sekolah, masa tu memang dia orang dah bersedia nak balik. Tapi sebelum balik, kena baca macam-macam doa. Antara yang aku dengarkan, doa untuk guru, doa untuk ibubapa ngan doa untuk agong. Ya aku tahu memang bagus lah kalau baca banyak2 doa, tapi yang aku musykil sesangat tu, cikgu tu tahu ke semua murid tu hafal doa-doa tu. Siap ada doa untuk agong tu...dengan nama agong sekali tau. So aku pun plan balik ni nak tanya kat Danial, dia tahu ke semua doa-doa tu kalau baca sorang2??? Tipulah kalau aku kata dia tak tahu satu doa pun kan...sekarang ni dah bulan 9. Aku hantar dia dari bulan 1...adalah satu dua doa yang dia dah tahu. Doa makan sudah semestinyalah. Tapi yang tak boleh tahan tu, bila aku tanya sapa nama agong? ntah apa dia sebut...hujung2 aku dengar 'shah' aje...aku rasa frust sangat...mahunya tak frust, aku dah lah bayar mahal tetiap bulan, sori...semua parents yang hantar anak kat situ bayar mahal tetiap bulan...tolonglah test budak2 tu baca doa sorang-sorang...kalau baca ramai-ramai tu memang lah dia orang boleh buat sambil jerit-jerit lagi!!!
Lagi satu yang aku tak puas hati sangat, tak ada sorang cikgu pun yang bagi tahu selama ni Danial tak nak pergi kelas aikido. Yang aku ni pulak, tiap-tiap bulan gi bayar duit aikido...sampailah hari tu aku cuti on the day dia ada kelas aikido tu, aku tengok dia tak nak pakai baju aikido. Sampai aku paksalah danial pergi jugak...petang tu bila aku nak ambil danial, cikgu dia pulak tanya kat aku, nak pulak Adam gi aikido hari ni? Aku pun buat-buat lah tanya, selama ni dia tak pergi ke? Ha'ah dia tak nak pergi....oohhheeemmmkkkk..sabarlah wahai hati...
Lagi satu yang aku tak puas hati juga, lawatan sambil belajar ke Kidzania. Normally kalau ada apa-apa surat cikgu akan letak dalam satu buku-memang ada buku khas. Murid akan bawa balik setiap hari Jumaat. Tapi masa lawatan ke Kidzania hari tu, tak ada pun surat! Tau tau malam tu Danial kata, esok semua kena datang pagi sebab ada latihan untuk konsert. Pasal konsert tu pun aku tak puas hati juga. Ehhh banyak pulak yang aku tak puas hati...muahahaa...ok berbalik pada lawatan tadi tu...Danial bagi tahu aku pun dah malam kat pukul 10 kot, masa dah nak tidur. Aku pun terkejut, sebab Danial tak pergi konsert so bagi aku tak payahlah nak pergi latihan bagaikan...aku pun telepon lah cikgu dia pukul 10 tu jugak...ghopernya bukan pergi latihan konsert, pergi Kidzania sebenarnya...Aku pun terkejutlah dan bagitahu tak ada surat pun...cikgu tu kata dah bagi sebelum raya lagi...next friday, bila Danial bawa balik buku 'surat' tu, berkali aku selak, kat mana cikgu tu tampal pasal lawatan ke kidzania tu...Lepas tu kenapalah cikgu tu tak call kalau aku tak respond, sekurang2nya tanyalah nak pergi ke tak???? ni senyap aje. kesian kat danial tak dapat pergi..lagi kesian kalau pagi tu dia pergi juga sekolah, tapi lepas tu kena hantar balik...kesian sungguh kat anak aku...
Pasal konsert pulak, danial ni anak yang ketiga aku hantar tadika. Masa eimran ngan yasmin dulu, time konsert tak ada pulak di tetapkan bayaran-bayar seikhlas hati... dah tu hanya ibu dan bapa serta murid tu aje yang boleh hadir....hello..hello...hello...anak yang lain tu aku nak campak kat mana??? dahlah buat hari Ahad...sudahnya aku cakap kat danial, tak payah pergi, lagipun umur dia 5 tahun, masih ada lagi konsert tahun depan, InsyaAllah... Bila aku tak respond nak pergi konsert ni, boleh pulak cikgu dia call...hrmmm ntahlah.. Untuk mengelakkan Danial bersedih hati di hari konsert tu, aku dah siap-siap bookingkan tiket ke kidzania...
Ada lagi satulah tak puas hati...pasal membaca...tapi malas nak citer. Cuma aku ingatlah masa eimran ngan yasmin, aku tak pernah secara serius ajar dia orang membaca kat rumah. Tau-tau..ehhh dah boleh bacalah anak aku!! walaupun dua suku kata..mak tetap bangga...tapi untuk Danial ni...sedih sangat...
Tak tahulah kenapa hari ni tetiba aku rasa nak menulis panjang lebar pulak...more to luahan perasaan aku, perasaan yang kecewa sangat. Tq for reading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan