Kebanyakan gambar-gambar ni adalah late dinner...semenjak tak berbibik ni, semua kerja rumah aku nak kena settlekan dulu makanya lambatlah nak makan malam. Lagipun kalau keluar ni selalunya kena tunggu en suami balik kerja juga, pergi sama-sama. Kalau setakat kat belakang rumah tu, aku tapaukan aje. So far makan malam baru sekali dua aje masak itupun time aku cuti. Kalau hari bekerja, tak sempatlah jawabnya.
Dua gambar kat atas ni makan kat Pulau Mutiara Char Kuew Teow kat Sg Sikamat. Aku dengan Yasmin makan mee goreng basah. Oder juga tauhu bakar yang sedap dan kerang rebus. Gambar yilekkk...
Yang ni pulak awal bulan lepas kot. Makan malam kat Homst. Ni pun dah tak tahu nak makan kat mana lagi...biasanya cari yang dekat-dekat area rumah aje. Anak-anak bertuah aku tu pun boleh tahan demandnya. Dah bosan makan kat kedai belakang rumah...banyak cantekkk muka korang!!!
Pizza ni ordered pasal tak tahu dah nak makan apa...boleh gitu??? hahaha...Sebenarnya Danial nak ayamas...tapi sebabkan mak dia tergoda + terliur tengok flyers pizza hut promo ramadhan, teruslah aku pujuk dia makan pizza saja...dia pun okey janji ada soup... beressss...memang sedap pun pizza promo ramadhan tu, Sari Lautan Pizza...
Ni pun dekat-dekat area rumah aje ni...Yang ni memang dah lewat sungguh. Rasanya pukul 10 malam kot baru kita orang makan. Sebab sebelum tu ke klinik dulu, lepas tu orang ramai pulak...so sabarlah wahai perut...
Sambal ikan bawal dengan acar mentah ni baru ahkak masak. Selesai dua ekor ikan bawal tu ...sedap yaa??? nanti ibu masak lagi ya...ke selesai sebab no choice...sabar ajelah aku. Kalau dengan ayah dia orang lagiii...dah lapar...makan ajelah...redha ajelah..
Terima kasih datang baca.
Ok jugaklah tu yati... saya langsung tak tapaw dan tak masak. Sebelum balik kerja makan dulu siap2 kat cafe di office. Balik rumah pun lepas maghrib... sampai rumah solat isya' terus bum!
BalasPadam