Masa aku pergi ni, selepas pukul 2. Kebetulan aku dan en suami cuti sebab nak uruskan hal persekolahan Danial, maka datinglah kita orang berdua kat sini. Dah kenyang perut baru uruskan urusan seri paduka baginda.
Dah beberapa kali juga aku and family lunch kat sini. Menu aku tentunya asam pedas ikan pari dan kalau ada anak-anak tentunya ayam goreng berempah. Asam pedas tu menggelegak lagi tau...berpeluh-peluh makan panas-panas tu...
Set ni termasuk sekali dalam package asam pedas rasanya. Sebab aku tengok every table ada aje timun, sambal belancan dan telur asin tu. Hari tu en suami komen kenapa table kita dapat sebelah aje telur asin, orang lain dapat sebiji...hehehe...kenalah aku pusing tengok betul ke tidak...haahlah betul, kita aje dapat sebelah...tak aci ni!!
Dendeng ni lauk tambahan...walaupun pedas tapi sodap. Tiap kali datang memang ambil lauk ni.
Sambal kentang ni, 1st time kita orang ambil. Saja nak try. Nampak macam keras kejung aje kentang tu, tapi bila makan lembuttttt aje. Aku syak dia rebus dulu kentang tu baru gaul dengan sambal.
Untuk lunch berdua ni, dengan lauk2 yang kita orang makan ni, korang agak-agak berapa harganya? Termasuk air, en suami minum barli suam dan aku minum tea o ais limau. Total charged RM 41. Mahal ke?? Sekarang ni semua benda pun mahalkan...sekali sekala bolehlah...
Tu ajelah update JJCM aku kali ni. Terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan