Ceritanya macam ni...pagi semalam macam biasa aku bagi dia duit belanja untuk sekolah keb dan sekolah agama. Sejak harga minyak naik ni, aku pun naikkan juga duit belanja sekolah dia. So sekolah agama RM 3 sekolah keb pun sama RM 3. Tapi dia tetap bawa RM 2 untuk setiap sekolah. Baki tu dia suruh aku simpankan...adalah tu nak beli apa-apa...
Dalam pukul 10 lebih macam tu, hp aku keluar nombor area rumah. Aku jawablah sekali dengar suara yasmin yang sedih sangat. Cakap pun slow aje...mestilah slow sebab telefon dalam pejabat sekolah..hahaha...dia cakap bag duit dia tercicir, dia letak dalam saku baju sekolah...kan ibu dah pesan letak dalam beg sekolah! sempat juga aku bebelkan kat dia. So sekarang ni dia tak ada duit nak makan waktu rehat. Dah lah pagi semalam aku tak sempat nak buat apa-apa breakfast, setakat minum air aje...mulalah aku pun jatuh kesian kat dia. Aku pun suruhlah dia pinjam dengan kawan dia, lagipun kawan dia ni pernah juga pinjam duit dia sebelum ni. Siap paksa-paksa lagi tu suruh yasmin bagi dia pinjam!! Nak tak nak yasmin bagi jugalah...
Jadinya semalam, yasmin dah kehilangan duit belanja untuk dua-dua sekolah. Memanglah kat nursery nanti dia dapat makan tengahari, tapi knowing yasmin yang tak boleh kureng makan ni...aku rasa kesian sangat kat dia semalam. Mujur abang eimran tengah cuti, suruhlah dia hantar duit belanja untuk sekolah kebangsaan. So settled lah duit belanja sekolah kebangsaan.
Kat sekolah agama lain pula jadinya. Kan aku dah suruh dia pinjam dengan kawan dia tu, boleh pula kawan dia tu cakap, kita kena tanya bapak kita dululah...masa dengar cerita yasmin tu hanginnnn aje aku...tengok kawan kakak tu, apa-apa hal dia tanya kat mak bapak dia...kalau kakak tu terus aje bagikan...hari tu masa dia minta duit kakak, ada kakak tanya ibu?
amboiiii...hari tu dia minta duit kakak tak ada pun kakak nak tanya kat bapak kakak kannnnnnnnn...perkataan bapak tu sengaja aku tekankann...hahaha...
Korang rasa yang mana satu ayat aku...hahaha...saiko sangat...dua-dua aku bagi kat dia. Lepas tu tanya lagi...yang dia pinjam hari tu dia ganti ke??? Tak tapi kakak dah halalkan...ohhh baiknya anak aku...yang tu bagus.
Tapi aku nasihatkan juga kat dia, kalau kawan macam tu...kita tolong sekali ajelah...lepas ni kalau dia minta lagi, pandai-pandai kakaklah ya. Kalau dia kata tak ada duit, kakak beli kuih, kerat dua dengan dia...Tak salah nak tolong kawan, tapi janganlah kawan dengan orang yang suka ambil kesempatan...
Beg duit dia tu jumpa tapi jumpa kat dalam tong sampah. Tak tahulah aku macam mana dia jumpa dalam tong sampah...tapi semalam ustazah dia yang bagi pinjam RM 1. Jadilah nak...buat alas perut...sob..sob...sob...macam mana ustazah pula yg bagi pinjam??? Kawan dia yang nak 'tanya kat bapak dia dulu' tu, cakap kat ustazah pasal beg duit yasmin hilang. Tu yang ustazah bagi RM1. Terima kasih ustazah...
Tu ajelah cerita yasmin...mesti ada yang kata, biasalah tu duit hilang...bagi aku, benda ni jadi luarbiasa sebab aku jauh kat tempat kerja. Tak dapat nak tolong masa dia dalam kesusahan macam tu...unless kalau aku ni surirumah...dah tentu berdesuppp aku hantar roti sapu kaya kat dia...hahaha...ohh doakan saya suatu hari nanti dapat bekerja dari rumah...
My girl
Siapa yang berminat nak beli 2nd hand novel, silalah jenguk kat blog aku lagi satu khas untuk novel sahaja : http://novel2ndhandonline.blogspot.com/ aku akan update dari masa ke semasa.
okey tu aje luahan hati ibu yang bekerja...uhuk..huk.huk...terima kasih datang baca. Sebelum tu nak menjawab pertanyaan kak sweetie kat entry sebelum ni : sy kerja kat area UTC-Pudu raya nun..hihihi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan