06 Februari 2015

Vietnam ohhhh Vietnam

Memula nak bagitahu yang aku dah selamat kembali ke tanahair tercinta. Aku kalau nak cerita ceriti pasti dah selamat sampai ke tanah tumpahnya darahku baru boleh story mory. Belum berpeluang lagi nak buat lintas langsung...almaklumlah kalau berjalan ni tak berapa sangat nak online...online untuk perkara penting saja.

Kali ni aku bawa anakanda yang sulung gagah perkasa...boleh tolong angkat beg. Seminggu sebelum nak pergi tu, aku demam diikuti oleh danial,qaseh dan yasmin. Meruntun hati aku masa nak pergi tu...qaseh masih batuk-batuk tapi dia kata ok kalau aku pergi...janji belikan dia cekelat...ok no problem sayang! Tak keji kan...hahaha...


Sebelum ni aku dah biasa travel naik airasia kan...kali ni tukar angin naik penerbangan kebanggaan rakyat malaysia...tak lain tak bukan MAS. Walaupun bab makan kat airasia lebih sedap dari mas...akak redho jeee...nasi lemak pak nasir tu memang sodap yo...






Tapi makanan kat vietnam pun tak kurang sedapnya. Ni antara yang buat aku teringat-ingat dan tercari-cari rice paper tu kat sini...sape tahu kat mana ada jual rice paper cam tu? Tolong bagitahu ya...
Disebabkan aku ambil package masa kat sana, jadi makanan kitaorang semuanya terbaikkk...tang makan memang no komen...








Ok...tu antara menu makan tengahari dan malam...sedap-sedap belaka. Last tu spring roll kegemaran kitaorang.
Ok untuk entry pembukaan ni, aku cerita pasal makan di vietnam. Ni sebab kalau tak ambil package cam aku ni...makan kat sana adalah sedikit mahal. Atau paling tepat ala-ala makan kat KLCC gituuuu...Akak standard makan kat warung so kenalah ambil package...
Ok setakat ni dulu pembukaan cerita vietnam. Tunggu cerita day 1 dan seterusnya ya. Terima kasih datang baca...

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails