Majlis ni berlangsung hari Sabtu lepas untuk Yasmin dan kawan-kawan yang sama mengaji dekat nursery. Seminggu lagi dia dah sibuk suruh beli bunga telur dengan pahar tu. Bunga telur tu aku beli kat Mydin aje. Sebab dia perempuan, aku beli yang kaler pink. Telur tu aku rebus hari Jumaat malam. Tak pernah buat kerja keras tangan ni, terhegeh-hegeh mengikat telur tu dengan benang. Esoknya tu sambung ikat dengan dawai.
Punyalah bersemangat dia nak pergi nursery petang tu, tak sempat nak bergambar kat rumah...bergambar di jalanan aje. Aku tempah pulut kuning sebab aku mengaku aku tak pandai nak mengukus pulut. Lagi pun aku punya pengukus kecil aje...tak sesuai nak kukus mengukus ni...takat nak kukus kuih pau 4 ke 5 ketul boleh lah.
Ada dalam 8 orang yang khatam quran beramai- ramai ni. Budak lelaki dalam 3 orang selebihnya semua perempuan. Aku rasa ni baru pertama kali kot pihak nursery ni buat majlis seumpama ni, sebab aku ada interview sorang budak yang khatam sama yasmin ni, dia kata dia dah lama habis baca quran, tahun lepas lagi. cuma majlis khatam baru buat baru-baru ni...
Pihak nursery baik hati menyediakan cenderahati untuk anak-anak yang dah khatam al-quran ni.
Yasmin dapat sehelai blouse dan tudung. Terima kasih ummi! Pesanan untuk yasmin, ummi suruh jangan berhenti membaca al-quran. Lepas ni belajar tajwid pula.
Selesai majlis khatam ni, ada majlis rumah terbuka pula kat nursery ni juga. Memang tiap tahun ada majlis rumah terbuka kat sini. Aku baru 2 tahun ni menghantar dia orang kat sini, so dua kali lah menghadirkan diri.
Selesai kat sini, ada lagi satu jemputan rumah terbuka kat kejiranan aku ni. Rumah kawan Eimran juga. 1st time aku pergi rumah kawan dia ni...dari luar dah cantik aku nengok kan rumah dia...kat dalam lagilah...english style gitu...makanan pun not bad. Ada sate minang, mee bandung, tepung pelita...ehhh macam-macam lagi lah...so kiranya hari tu kalau tak makan malam pun tak apa...tapi petang tu hujan lebat...biasa kalau hujan ni perut mesti lapar kan...anak-anak aje yang makan malam. Aku dah tak boleh nak masuk dah...
Tu aje cerita hari sabtu lepas. Terima kasih datang baca.
Lama Yati tak menulis di blog. Tengok dah besar Yasmin...
BalasPadam