Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label open house. Papar semua catatan

07 Ogos 2015

Majlis Khatam Al-Quran dan Rumah Terbuka

Majlis ni berlangsung hari Sabtu lepas untuk Yasmin dan kawan-kawan yang sama mengaji dekat nursery.  Seminggu lagi dia dah sibuk suruh beli bunga telur dengan pahar tu. Bunga telur tu aku beli kat Mydin aje.  Sebab dia perempuan, aku beli yang kaler pink.  Telur tu aku rebus hari Jumaat malam.  Tak pernah buat kerja keras tangan ni, terhegeh-hegeh mengikat telur tu dengan benang.  Esoknya tu sambung ikat dengan dawai.
 Punyalah bersemangat dia nak pergi nursery petang tu, tak sempat nak bergambar kat rumah...bergambar di jalanan aje.  Aku tempah pulut kuning sebab aku mengaku aku tak pandai nak mengukus pulut.  Lagi pun aku punya pengukus kecil aje...tak sesuai nak kukus mengukus ni...takat nak kukus kuih pau 4 ke 5 ketul boleh lah.
Ada dalam 8 orang yang khatam quran beramai- ramai ni.  Budak lelaki dalam 3 orang selebihnya semua perempuan.  Aku rasa ni baru pertama kali kot pihak nursery ni buat majlis seumpama ni, sebab aku ada interview sorang budak yang khatam sama yasmin ni, dia kata dia dah lama habis baca quran, tahun lepas lagi.  cuma majlis khatam baru buat baru-baru ni...
 Pihak nursery baik hati menyediakan cenderahati untuk anak-anak yang dah khatam al-quran ni.  
Yasmin dapat sehelai blouse dan tudung.  Terima kasih ummi!  Pesanan untuk yasmin, ummi suruh jangan berhenti membaca al-quran.  Lepas ni belajar tajwid pula.

Selesai majlis khatam ni, ada majlis rumah terbuka pula kat nursery ni juga.  Memang tiap tahun ada majlis rumah terbuka kat sini.  Aku baru 2 tahun ni menghantar dia orang kat sini, so dua kali lah menghadirkan diri.  

Selesai kat sini, ada lagi satu jemputan rumah terbuka kat kejiranan aku ni.  Rumah kawan Eimran juga.  1st time aku pergi rumah kawan dia ni...dari luar dah cantik aku nengok kan rumah dia...kat dalam lagilah...english style gitu...makanan pun not bad. Ada sate minang, mee bandung, tepung pelita...ehhh macam-macam lagi lah...so kiranya hari tu kalau tak makan malam pun tak apa...tapi petang tu hujan lebat...biasa kalau hujan ni perut mesti lapar kan...anak-anak aje yang makan malam.  Aku dah tak boleh nak masuk dah...

Tu aje cerita hari sabtu lepas.  Terima kasih datang baca.

27 Ogos 2013

Jamuan Raya @ Office

 Aku beratur untuk ambil ketupat palas, lemang dan rendang
 Kawan aku beratur untuk ambil nasi arab dan kambing
Sorang lagi beratur ambil sate.  Kena bahagi-bahagikan untuk ambil makanan.  Kalau tak jenuh nak beratur...lepas tu nak makan lagi entah bila.  Itupun ada juga makanan yang kita orang tak ambil macam rojak mamak, aiskrim, mee rebus dan ntah apa lagi aku pun tak ingat.  Aku makan sikit-sikit aje, lepas tu terus balik...almaklumlah nak mengejarkan anak-anak yang duduk kat taska, tak sampai hati nak menikmati makanan ni...
Terima kasih datang baca.

04 September 2012

Open House @ Raya Keenam

Open house ni kat rumah kakak aku kat Mantin.  Untuk family start dari pukul 3 petang.  Bila dah masukkan gambar ni, baru aku perasan yang banyak menu dia aku tak makan... hehehe.  Yang aku ingat aku makan sate ngan green lamb aje.  Sorry tak ada gambar sebab tuan tanah memang menikmati hidangan tu...*tipu*...sebenarnya malas melampau!
Menu yang aku tak sempat nak rasa...sebenarnya bukan tak sempat...dah kenyang sangat, nasi lemak yang dikhabarkan wangi macam letak minyak wangi...sambal nasi lemak pun sedap, laksa, ketupat palas ngan rendang ayam yang dikatakan sedap juga...ishhh ishh ishhh banyaknya yang sedap...macam mana aku boleh terlepas pandang rasa ni...
 kazens
 pak cik saya
 laksa oh laksa
 ketupat palas huk huk huk
 qaseh suka pakai tudung syria ni.  tak buka sampai nak balik...terserlah kegembolan pipinya itu
qaseh yang ambik gambar kita orang ni...hebatkan budak sekarang...
aku balik pukul 9.30 mlm sebab nak tengok karoot komedia x raya tu.  sebelum balik sempatlah rasa kue teow share ngan eimran.  

04 Oktober 2010

Last Open House





Semalam aku gi open house kawan sekolah kat Seremban.  Dia ni jugak merangkap aku punyer consultant.  Ni 1st time aku gi rumah dia, selalunyer kita org janji jumpa kat luar.  Bila dia jemput open house tu, harus aku tx kecewakan dia,she's my buddy as well...Jenuh kita org duk pusing mencari rumah, yg bestnyer, aku suruh yasmin baca alamat yg dia sms kat aku, yasmin boleh tersalah baca-instead of 3/5 dia pi baca 5/3...hambik kau, mula2 melilau cari jalan 5/3, bila aku rasa lain macam jer, aku lak baca sms tu, ghopernyer 3/5...nak gelak guling2 pun ada, nak hangin pun ada. 

My darling en suami pun dah hangin gak mula2 tu, eimran pun sama siap ajak balik lagi...bertuah betul...lepas tu cari lak jln 5/3, boleh pulak tx jumpa, 5/1 ngan 5/2 jumpa, 5/3 tx jumpa.  Cam ner nak jumpa kalau signboard dah hilang..ishhhh...ish....

Syukur alhamdulillah, kalau niat baik tu mesti di permudahkan,kan..kan...kan...
Related Posts with Thumbnails