30 Julai 2017

Dentist

As salam.

Terlangkau pula cerita Danial sakit gigi hari tu kan...Meh sini aku nak cerita.

Doktor bagi 3 botol antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 3 hari. Sekali makan dua sudu besar. Mujurlah Danial ni bab makan ubat tak ada masalah. Sebelum pergi cabut hari sabtu tu, kena makan 5 sudu besar...kalau aku pun tak sanggup...
Tapi nampak gaya dia redha aje...


Ni masa tunggu giliran. Kalau dah duduk diam begitu...memang dia sakit lah tu...sabar ya nak...ada pesakit kat dalam.


Doktor ni muda, baik dan pandai ambil hati dia. Nak kurangkan rasa takut Danial lah tu..


Doktor sapu ubat perasa strawberi...ubat kebaslah tu kot. Lepas tu dua tiga kali goyang terus tercabut.


Selesai sudah...tunggulah gigi kekal tumbuh ya. Tak menangis pun. Good boy!

Tu aje.cerita Danial. Dah cabut gigi baru boleh naik mrt.
Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails