29 Julai 2017

MRT

As salam

Kejadian minggu lepas. Bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam terbaru di negara kita.
Mulanya kitaorang bersarapan pagi dulu dekat Sg Sikamat. Kedai kegemaran anakanda Danial. Ada kaki ayam kesukaan dia. Makan tu aje dah cukup bagi dia.

Dalam pukul 9 baru kami bergerak ke stesen Sg Jerneh. Stesen ni kira paling dekat dengan rumah aku. Stesen ini juga paling hampir dengan KPJ Kajang. Jom kita tengok stesen Sg Jerneh..


Aku rasa sebab masih awal lagi, jadi tempat parking pun masih banyak. Sehari parking dekat situ rm 4.30. Oklah tu. Dari parking ke stesen tx jauh...bersambung dengan stesen. Ada banyak cctv. Taklah takut sangat kalau jalan sorang.


Arahan dekat mesin token tu senang nak faham. Ikut aje arahan, pasti tak salah tekan. Sekarang sampai hujung Ogos ada diskaun separuh harga.


Token dah dapat...jom naik mrt.


Aku beli token sampai stesen muzium. Jadi kita ambil arah ke Sg Buloh.


Keterujaan terlebih...


Tak ramai lagi yang naik pagi tu..maka tuan tanah dapat duduk.

Perjalanan dari Sg Jerneh ke Muzium lebih kurang 30 minit juga. Lepas stesen Sg Jerneh, aku tengok ramai juga yang bawa anak-anak menaiki mrt. Baguslah macam tu...

Tu ajelah cerita kitaorang naik mrt. Sampai stesen muzium tak sah kalau tak melawat muzium. Itu dalam entry yang akan datang.

Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails