Memaparkan catatan dengan label pasar malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasar malam. Papar semua catatan

24 Januari 2013

Pulut Kuning

Huishh lama giler tau aku tak makan pulut kuning.
Nak membuat tak reti...
daripada jadi lain, baiklah di beli sahaja...muahahaha...
minggu lepas sebenarnya beli pulut kuning ni
itupun sebab Danial yang nak
ada orang jual kat pasar malam
Danial duk tengok aje kat gerai dia...
Masa tu aku kat gerai sebelah...melilau aku cari dia
tu yang nampak dia tengah tengok kat pulut kuning tu...
bila aku panggil, dia kata nak nasi kuning...
alolooo...kesian kat anak aku
belilah satu sekali dengan rendang daging tu
pulut tu ok tapi rendang tu manis...
tu ajelah cerita nasi kuning aka pulut kuning
tq for reading

19 November 2012

Chicken Wing

Beli kat Pasar Malam Prima Saujana hari Khamis malam Jumaat lepas.  Al maklumlah baru balik dari cuti-cuti Malaysiakannnn...kepenatan kononnyaaaa...ajaklah pergi pasar malam, nasib baik ada pasar malam hari tu..ngeh..ngeh..ngeh...
Jarang-jarang jumpa orang jual kepak ayam ni.  Dulu kalau pasar malam hari Khamis ni kita orang suka beli ayam uncle bob.  Tapi hari tu memang tak ada pulak orang jual ayam uncle bob ni, nampak kepak ayam ni...bolehlah kannnn.
Sedap jugak, boleh lah beli lagi nanti...
Gambar2 kat Langkawi dah dapat, rasa macam nak kena resize lah.  Sebelum tu jamulah dulu ngan chicken wings ni hah.

29 Jun 2012

Pasar Malam @ Prima Saujana

Lamanyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak pergi pasar malam kat Prima ni.  Berbulan, bulan, bulan, bulan lamanya.  Selalu lalu pandang-pandang aje.  Hari tu ajak en suami singgah...
Aku ambil gambar apa yang aku beli ajelah.  Beli murtabak keramat ni, ayam dan daging.  Not bad...sedap jugak.
Mesti lah cari ayam goreng uncle bob...aku langsung tak perasan yang paper bag ayam goreng ni dah lain.  Dulu tu warna kuning.  Kali ni, yang cekelat tu aje.  Eimran dengan ayah dia yang perasan.  Aku malas nak fikir, yang kuning tu dah habis kot...kalau tengok orang yang jual pun lain jugak.  Yang tu masa beli lagi aku dah perasan.  Tapi akukan always think positive...pekerja baru kot...sebab masih jual kat tapak yang sama...tapi tak tahulah pulak kalau dah bertukar orang...
 kacang rebus 3 bungkus RM 5
Rangka ayam fav en suami. tapi dia dapat makan sikit aje.  Yang lain anak-anak dah selamatkan dulu.  Kak Min baik hati tolong suapkan kat qaseh...

09 Mei 2012

Ayam Goreng Uncle Bob

Lama betul tak makan uncle ni punya ayam goreng. Rinduuuuu sangat...almaklumlah sejak kepatahan kekakian ni tak ada maknanya aku nak menapak ke tapak pasar malam nun semata-mata nak beli ayam uncle ni...tapi padanlah muka juga kan...makan nak...pergi beli tak nak...
Hari tu masa en suami on leave, laju aje aku ajak gi pasar malam...itu salah satu aktiviti wajib.  Maunya tak wajib, berbulan tak pergi pasar malam...kesian kan kat kita orang...
Mulanya aku ingatkan aku aje yang kemaruk nak makan ayam goreng uncle ni, eimran pun 2 x 5 aje ngan ibu dia...ngeh..ngeh..ngeh...dalam kereta lagi duk ngap senyap-senyap kat belakang...
Walaupun dah lama tak menikmati ayam goreng uncle ni, kesedapannya tetap di rasai...Lepas ni tak tahu bila lagi lah dapat makan ayam goreng uncle bob ini... sob..sob..sob...

01 Jun 2011

Rambutan

Dua kali dah beli rambutan kat pasar malam.  Danial suka betul.  Kalau dia ikut pergi pasar malam tu, lepas tu dia nampak ada rambutan, siap tarik2 lagi tangan aku ni suruh beli.  masa aku beli memula hari tu 2 kilo RM 10.  Tapi yang ni en suami beli 2 kilo RM 12.
Dah dua kali beli rambutan ni, dua kali jugak aku tak makan walau sebijik pun.  Macam tak selera nak makan rambutan siam ni.  Aku nak makan rambutan kat kampung....ntah ada rezeki kitaorang ntah tidak...
Related Posts with Thumbnails