Memaparkan catatan dengan label cerita ceriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita ceriti. Papar semua catatan

08 Disember 2011

Cerita Ceriti Basi

Memanglah cerita basi.  Harap maaf ya.  Selak2 folder tengok ada lagi gambar tanpa cerita.  overkan...masak sayur ni dah lama.  Ni pun kira 1st time juga ni masak lauk sayur petola.  Aku bukan tak nak masak sayur ni, takut nanti anak2 tak nak makan.  Dah omak eh tak masak sayur ni, camnerlah dia orang nak makan kan?  Ada sekali tu aku makan kat tempat kerja rasa sedaplah pulak.  Selalunya aku nengok orang masak lemak putih kan?  Tapi hari tu makcik tu masak goreng2 aje.  Terus terlintas kat hati aku nak masak cam tu jugak.  Akhirnya jadilah jugak lauk cincai aku ni.
Rasa bolehlah tahan.  Sesuai lah untuk aku, anak2 ngan ayah anak kat rumah ni.  Disebabkan rasa boleh tahan, hari tu dah buat lagi sekali.  Aku tumiskan bawang putih yang dicincang2.  Lepas tu masukkan sos tiram ngan air sikit.  Lepas tu masukkanlah sayur2 tu.  Sap sap soiiii...siap untuk di makan dengan nasi panas.
Hari tu kan aku ada pergi sekolah anak2 sebab nak ambil duit yang kerajaan bagi tulah.  Sementara menunggu cikgu besar balik dari bank, duduk lah kat kantin ngan danial n yasmin. Eimran tak ada sebab dia ada kelas-kan dia sesi pagi.  so tak dapatlah nak joint ibu dengan adik2 dia makan2 kat kantin...hehehe...dia heran pun tak...saja aje aku snap gambar air ni.  Aku minum teh ais, yasmin lak milo ais.  Dua2 air tu harganya RM 1 setiap satu.  Ada jugak kuih muih tapi aku dah tak ingatlah harga berapa sen sekeping.  Ada jugak nasi lemak sebungkus RM 1.


Terus aku terfikir, patutlah anak aku jarang...jaranggggg sangat bawa balik duit lebih.  Sekali makan waktu rehat dah habis duit belanja RM 2.  Anak aku ni pulak walaupun bawa air bekal dari rumah TETAP nak beli air kat kantin.  Kadang Yasmin adalah juga bawa bekal, tapi TETAP juga nak berbelanja kat kantin.  Kalau tak buat pelaburan kat kantin, dia akan ke kedai koperasi sekolah...sabar ajelah dengan dia tu kan...


Yang paling aku tak tahan bila eimran baru-baru ni tanya, ibu, tahun depan ibu nak kasi duit belanja berapa ringgit? macam biasalah RM 2.  kenapa?  Alahhh bagilah lebih sikit...aku saja aje nak test dia, tanyalah abang nak berapa?  ibu bagilah lima ringgit ke... boleh... wallaaa...aku dulu belanja 30 sen aje.  kalau bawa bekal tinggal 20 sen.  Tapi tulah, tak boleh nak salahkan sesiapa...dah barang mahal, tak kan orang kantin nak jual murah lak kan. karang dua tahun kontrak niaga kat kantin tak untung lak dia orang...


Makanan kat kantin sekolah rendah pun mahal ngalahkan sekolah menengah.  Bila masuk sekolah menengah nanti maunya kena bagi duit belanja RM 10 sehari.  Fuhhh gilosss... pengsan cam ni...Tapi memang sekarang ni pun barang2 semua mahalkan.  Kalau pergi pasar malam tu, sekejapan aje terbang RM50.  Redho ajelah kan...
Danial sedang menikmati ais krim malaysia.

06 Jun 2011

Cerita ceriti

Lama babas gak tx update blog.  Hari ni aku nak update citer basi untuk rekod aku di masa akan datang. 

Lepas 3 beranak demam hari tu, hari Jumaatnya aku pulak berjangkit.  Bukan demam cuma pening kepala yang tx boleh nak cakap...hehehe...Dahlah balik kerja tu naik bas, sampai aje kat Kajang, terus muntah belahak...ingatkan lepas muntah tu hilang lah sakit kepala aku ni, rupanya tx jugak.  Masa nak tidur tu, eimran, yasmin dengan danial take turn tolong picitkan kepala.  Danial baru pegang aje dah tanya, dah ke bu...saja aje aku buli kata, belum...apa taknya, baru dua tiga kali picit dah tanya, dah ke, dah ke..sudahnya aku kata, dah...laju aje dia melompat turun katil...

28hb Mei, kita orang buat kenduri tahlil dan doa selamat.  Tapi kali ni tx buat kat kampung.  Kita orang buat kat rumah kakak aku kat Mantin.  Masak2 kat rumah dia lepas tu hantar ke surau.  Walaupun masih pening2 lalat pagi tu, aku orang pertama sampai kat rumah dia.  Dapatlah tolong kupas bawang dengan kopek udang.  Disebabkan tak sihat ni jugaklah aku tak ada mood langsung nak ambik gambar.  Padahal kamera ada je dlm beg.
Malamnya pun aku tak join ke surau pasal pening, so aku tolonglah sikit2 mengemaskan apa yang patut kat rumah dia tu.  Lauk malam tu, ayam goreng resepi mak long, sambal udang + petai, ikan tumis asam, buah tembikai.  Untuk lauk tengahari tu pulak ada gulai tempoyak...walaupun fav. tapi tak berani nak makan banyak, pasal pucuk ubikan takut angin.

Even lauk kenduri tu pun aku tak makan masa malam tu, tak ada selera langsung.  nasib baik aku tapau sikit, hari ahad tu baru makan...sambal udang pun dah tinggal kepala aje, jadilah...

Dan semalam pulak, rumah BIL aku pulak buat kenduri kesyukuran.  Penat weiiihhh sampai malam aku duk melepak kat rumah dia.  Nasi beriani + ayam masak merah...siap tapau lagi...ngeh..ngeh..ngeh...

24 Mei 2010

What happened to Aku, Dia dan Kami...???

Ceewahhh...dasat kan tajuk dia??? Tapi mmg betullah, mcm2 happend kat kitaorg last week. Memula aku yg hampir pitam kat dlm LRT, sib baik tx tergolek dok...nak kata tx breakfast, dah breakfast siap2 dr rumah lagi. Almaklumlah nak kena makan ubat, so kenalah alas perut dulu...tapi dah itu takdirnya, nk buat cam ner???
Lepas tu attend course kat Berjaya Times Square lagi. Ini bermakna, lunch yg sedap bangettt. Tapi aku tersangatlah bersyukur ke hadrat Illahi, kerana telah berjaya mengawal nafsu ku ini. Pesanan puan doktor sentiasa di hati...hihihi...Balik dr course tengok my luvly qaseh demam, panas sangat badan dia, sian kat dia, merengek jer. Lepas bagi ubat n menyusukan dia, nampak ok sikit, tapi tengah malam aku rasa badan dia panas balik, letak tuala basah kat dahi, tapi budak kecik ni naik angin bila aku letak tuala basah, di tariknya...so aku pun slowly lap kat belakang n kat bawah ketiak dia(panas sungguh kat ketiak dia). Pagi tu masa nak gi kerja, rasa cam berat hati jer nak tinggalkan dia, so ajak my hubby gi klinik.
Ramainyer org kat klinik pepagi ni. Kat satu jam tunggu turn. Doktor check then terus suruh ambik neubulizer(betul ker ejaan ku itu)Sian qaseh, meraung bagai nak rakkkk...kaki tangan dia bersilat nak menarik wayar2 itu...Jenuh aku nak pegang tangan dia, kuatlah pulak budak kecik ni...Doktor suh datang lagi sebelah malam...huhuhu...so, lepas eimran n yasmin balik dari mengaji, kita org pergi lagi klinik...fffuuuuhhh dr jauh dah nampak, ramainyerrrrr orangggg...musim org sakit kot!!!sib baik nak buat neubulizer tu tx yah tunggu turn, terus masuk.kali ni en hubby tx masuk, sbb bw rombongan cik kiahkan, tx kan nak masuk reramai!!!so, akulah yg kena bersilat ngan qaseh sorang2 kat dlm bilik rwtn tu...nk tergelak pun ada, tx ku sangka, kuat sungguh qaseh ni...dr raugan hinggalah kederat dia punyalah kuat nk menarik benda alah tu...
Then Sabtu lepas, eimran lak demam. Budak besar ni kalau tx nk makan ubat mmg nak kena jerkah lah jwbnyer. Demam dah baik, tapi still ada selsema lagi. Tapi yg musykilnyer, bila suruh belajar,"abg demam ni, sakit kepala bla..bla..bla.." tapi bila petang nak main basikal, ok jer aku nengok, hilang demam sumer...
Itulah kejadian pada aku, dia dan kami...

12 Mei 2010

LRT/Bas

Semenjak dua menjak ni, kalau gi kerja aku akan naik lrt dr sg besi, balik lak naik bas then turun kat tgh2 antara rumah ngan tempat kerja en hubby. Bab naik lrt ni aku kureng sikit, walaupun lrt cepat tp selalunya padat, tu yg tx larat tu. cam pagi tadi, dah lah penuh cam sardin, tx ada air cond lak, punyalah panas...sib baik aku dapat duduk! Sib baik jugak dlm bag aku ada kertas, so bolehlah dijadikan kipas tangan...Lagi satu aku perasan lrt ni, kalau lepas 8.15am mula lah dia slow semcm jer. Bila turun lrt, aku kena menapak byk gak lah utk spi opis, aku kira ni exercise jugaklah.
Aku suka time balik kalau naik bas. Naper ya?? Sebab confirm dapat tempat duduk, lepas tu aku boleh zzz. Selalunya kalau tx ada gang nk sembang mmg confirmed aku akan beradu tuk 30 minit sebelum sampai ke destinasi yg en hubby aku tunggu(selalunya aku yg tunggu dia) Pernah satu kejadian, aku terjaga ngam2 bas berhenti kat tempat aku sepatutnya turun, apalagi...aku pun kelam kabut turun, sib baik tx tersungkur...malunyer...(ada sapa kisah??)

10 Mei 2010

Peti Ais/Esbok

Peti ais aku masuk sepital selasa lepas. Bhgian sejuk beku tx membeku langsung tu yg kena gi buat 'medical check up' tu. Dlm 3 hari gaklah kita org kena minum air suam jer. Yasmin lak siap tanya, kenapa ibu tx beli air sejuk ? Sesekali apa salahnya minum air suam, elok utk kesihatan tau! Stok makanan mmg tx ada langsung, so kalau beli ayam, sebelah jer, terus goreng tx ada simpan2nyer. Sayur pun begitu juga, beli cipot jer, utk sekali makan jer, kalau tx cukup, dadar telur lah jawap nyer.
Aku tx ingat dah bila masa beli peti ais ni, tp rasanyer cam baru jer. tapi ada sekali tu aku terkejut beruk..eh silap, beruk yg terkezut...aku nengok danial tgh syok bergayut baik punyer kat pemegang pintu peti ais tu, bukak tutup bukak tutup...
aku pun apa lagi, loud speaker ler...
Lagi satu fridge magnet aku, selalu jadi mangsa penderaan budak2 bertuah ni. cian kat fm aku(dan aku sekali),nanti nk tambah koleksi lagi...setiap kali beli, setiap kali tu kena warning siang2 kat anak2 aku yg bertuah itu...JGN USIK IBUNYER MAGNET!
Related Posts with Thumbnails